Cacing masih hidup ada dalam pinggan salad di Pizza Hut

Admin ada terbaca kisah dikongsikan di laman forum terkenal, iaitu Cari.com.my yang menyatakan semasa sedang menikmati hidangan di Pizza hut di Nilai,suaminya ternampak seekor cacing masih hidup dalam menu salad segar.Ikuti pengalamannya di bawah ini.Admin tiada niat mengaibkan mana mana pihak hanya untuk mengingatkan kita sebelum menjamah makanan periksa dahulu tahap kebersihannya.
Pada 23/11/13 @ 9.30pm, saya bersama suami makan Pizza Hut di kawasan Nilai. Suami order fresh salad dan makan macam biasa. Saya order pizza dan spaghetti.Tiba-tiba suami berhenti makan kerana kelihatan cacing yang masih hidup ada dalam pinggan salad yang kami order tadi. Saya memang geli dan rasa nak muntah.Terus berhenti makan sebab mati selera melihat cacing yang bergerak dalam pinggan salad tadi.


Kami tidak menjerit atau panik kerana keadaan malam minggu ramai orang datang dan sedang menjamu selera. Suami panggil staff pizza untuk datang melihat apa yang ada dalam pinggan salad dan staff tersebut terus memanggil ketua beliau.Seorang staff wanita datang mohon maaf atas kecuaian pihak mereka. Alasan yang diberikan sayur datang dari ladang dalam kuantiti yang banyak mungkin proses pembersihan tidak dijalankan dengan betul.


Kami sempat menulis dalam buku aduan mereka dan membayar semua menu yang kami makan kecuali fresh salad. Ini kali pertama suami order salad dan mungkin kali terakhir untuk kami makan pizza hut. Cukuplah sekali terkena dan ia amat menjijikan. Saya harap aduan ini dapat beri pengajaran pada pihak terlibat dan kejadian sama tidak berulang lagi.
Sumber

Demi Johan As'ari, Lana Nordin Akan Berhijab

Pengakuan Mak Nyah: Azabnya Bila Dagu Ditoreh Untuk Buang Kolagen, Implan

Pelajar IKBN Nak Bunuh Diri Sebab Tak Siap Tugasan

Bekas Suami Nafi Dakwaan Rogol Nor Fazira

Ini Last Warning Jika kaitkan aku – Sharnaaz Ahmad

Foto : Lana Bawa Johan Jumpa Keluarga?

Sharnaaz Ahmad: Ia Bukan Satu Karma Buat Shila Amzah

Belum Tentu Lana Jodoh Saya - Johan As'ari

PANAS…Bapa Izinkan Fazira Nikah Kerana Dirogol!

Johan: Anggap Shila sebagai adik

Status Twitter Ibu Johan Undang Tanda Tanya !


Peluk Gadis - Perlakon Muda Syafie Naswip Melenting Ditegur Peminat

Johan Akan Menjadi Pembimbing Saya - Lana Nodin.

Lagi Panggilan Kenakan Operator (VIDEO)

HAI, memang sudah jadi hobi budak zaman sekarang agaknya mengenakan operator perkhidmatan.
Sesekali buat memanglah lucu, tapi janganlah sampai dijadikan trend.
Nanti menyusahkan orang lain pula yang memerlukan perkhidmatan dengan kadar segera.
Disebabkan sibuk melayan panggilan palsu begini, orang lain pula yang terpaksa menunggu operator menjawab panggilan mereka.
Renung-renungkanlah ya!

Lihat VIDEO di bawah ini

Sumber

Kemalangan Melibatkan Tanker Terbakar Di Lebuhraya DUKE (VIDEO)

Kamal Adli Kecewa Sikap Buruk Fizz Fairuz

Kerana Sekotak Rokok, Azad Terima 13 Jahitan

Ibu Johan As’ari Tak ‘Restu’ Pilihan Anaknya?

Komen Shila Amzah Tentang Cinta Johan As'ari & Lana Nordin

Komen Shila Amzah Tentang Cinta Johan As'ari & Lana Nordin

Johan As'ari Nekad Lamar Lana Nordin Untuk Jadi Isterinya

Johan As'ari Nekad Lamar Lana Nordin Untuk Jadi Isterinya

Bulu Khinzir Ditemui Dalam Perut Ikan Patin

Maki Polis di Facebook, Lelaki Berdepan Hukuman Penjara 2 Tahun

Solat Hajat Halau Langsuir Di Kelantan

KOTA BHARU – Penduduk di beberapa kampung di Pasir Puteh dan Jerteh yang pernah terlibat dengan kemunculan langsuir sebelum ini diminta melakukan solat hajat beramai-ramai bagi memastikan kampung mereka aman semula.
Pengerusi Darussyifa’ Kelantan, Zaki Ya berkata, orang ramai juga diminta bertenang menghadapinya dan mencari punca sebenar dari mana langsuir itu boleh wujud.
“Ia (langsuir) mahkluk ALLAH SWT dan kita perlu kembalikannya kepada yang asal (ALLAH SWT) dengan sebaik-baiknya melakukan solat hajat beramai-ramai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.
Sinar Harian semalam melaporkan, langsuir dikatakan mengganggu penduduk di beberapa kampung di Pasir Puteh termasuk di Kampung Gong Tinggi, Gong Pasir, Kampung Tasek, Gong Lapang (Pasir Puteh) dan Kampung Penaga Putar (Jerteh).
Mengulas mengenai dakwaan seorang bomoh dari Kampung Gong Manak yang menangkap dan memasungkan langsuir itu di tempat khusus, beliau berkata, sebagai manusia sesiapapun tidak boleh menangkap makhluk halus kerana ia adalah halus dan tidak berjasad serta sukar untuk ditangkap.
“Makhluk halus ini boleh boleh masuk melalui dinding, jika dari botol ia boleh keluar kerana sangat halus, jadi kita perlu pulangkannya kepada yang asal (ALLAH SWT) dengan melakukan solat hajat,” katanya.
Menurutnya, kerjasama dalam kalangan penduduk buat masa ini amat penting dan mereka perlu bertenang serta mengelak keluar pada waktu malam.
“Darussyifa’ mengalu-alukan jemputan orang kampung untuk mengadakan rawatan dan solat hajat secara berkumpulan bagi mengatasi masalah yang menyelubungi penduduk.
“Usah terlalu percaya perkara itu kerana jika terlalu percaya, hati kita dapat dihidu oleh makhluk halus, ALLAH SWT akan menguji kita dan ALLAH SWT akan menampakkannya kepada kita. Kalau kita buat tidak tahu, makhluk halus juga tidak mahu mendekati,” katanya.
Sumber

Wajah Perompak iMuslim TTDI Dikehendaki (VIDEO)

Pelajar Universiti Malaysia Pahang Muatnaik Gambar Hubungan Terlarang Di Facebook

Pelajar Universiti Buat Laporan Polis Teman Lelaki Aibkan Dirinya Di Laman Sosial

Remaja Gurau Buka Bikini Maut Kemalangan

BENARLAH kata orang, harus ada batas dalam bergurau. Jika melampau, pasti buruk padahnya.
Itulah yang berlaku terhadap seorang remaja lelaki di New York apabila dia maut dalam satu kemalangan jalan raya akibat gurauan melampau pada hari ulang tahun kelahirannya.
Brandon Berman, 19, bersama beberapa lagi rakan sedang dalam perjalanan pulang dari pantai dengan menaiki kereta sebelum dia mengusik pemandu, Britanny Lahm, 24, dengan meletakkan kakinya di muka gadis itu.
Tidak cukup dengan itu, dia juga membuka payung dalam kenderaan tersebut.
Kemuncak gurauan yang membawa maut itu ialah apabila dia menarik tali bikini Lahm sehingga terbuka dan menyebabkan gadis itu melepaskan stereng kereta.
Akibatnya, kereta yang dipandunya hilang kawalan sehingga terbabas dan terbalik sekaligus mengakibatkan kematian Berman dan mencederakan yang lain.
Itulah yang dikatakan nasi sudah menjadi bubur. Nyawa pun sudah tak dapat dikembalikan lagi.
Semoga kejadian ini dijadikan iktibar bagi anda di luar sana selepas ini supaya berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu yang bodoh.

Sumber

Wanita Sarat Mengandung Pukul Perut Dengan Tukul Besi (VIDEO)

Angola Negara Pertama Di Dunia HARAMKAN Islam, Mula Runtuhkan Masjid-Masjid!

angoladude432
ANGOLA menjadi negara pertama di dunia yang memutuskan untuk melarang perkembangan agama Islam dan komuniti Muslim di negara tersebut.
Kerajaan mereka kini sedang mengambil langkah menghancurkan masjid-masjid di negara berkenaan.
Presiden Angola, Jose Edurado dos Santos dipetik sebagai berkata, kini tiba masanya pengaruh Islam berakhir di negaranya.
Sementara itu Rosa Cruz de Silva , Menteri Kebudayaan Angola berkata , tindakan itu diperlukan bagi membanteras ibadah yang ‘bertentangan’ dengan budaya penduduk di negara itu.
” Masjid akan ditutup sampai pemberitahuan lebih lanjut , ”  katanya.
ob_da0e35da479e5a09312b139a69265cbe_capture
DALAM perkembangan berkaitan, Ikatan Muslimin Malaysia hari ini mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Angola mengharamkan Islam, menutup masjid-masjid dan merobohkan sebahagiannya.
“Tindakan mereka tidak masuk akal dan sangat melampau. Tindakan mereka tidak bertamadun bahkan amat bertentangan dengan hak-hak asasi manusia yang sering mereka laungkan selama ini,” demikian tegas Naib Presiden I ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.
Jelasnya, dalam konteks ini kerajaan Angola tidak boleh mengkategorikan Islam sebaris dengan ratusan agama-agama palsu ciptaan masyarakat di Angola yang juga telah diharamkan.
“Sedangkan Islam adalah salah satu dari agama besar dunia dan telah diiktiraf oleh masyarakat dunia sedemikian rupa.
“Jika hendak dibandingkan dengan agama-agama besar dunia lain seperti Kristian, Hindu, Yahudi dan Buddha, Islam dilihat lebih sempurna ajarannya,” ujar Ustaz Fauzi.
Mengulas lebih lanjut katanya, dakwaan bahawa Islam hanyalah ritual pemujaan dan pendatang yang melakukan jenayah pemalsuan dan pembersihan wang haram rata-rata adalah orang Islam adalah tuduhan yang tidak berasas.
Bahkan mengaitkan orang Islam Angola dengan kumpulan al-Qaedah juga tidak pernah dibuktikan oleh pihak kerajaan.
Sebenarnya jelas Ustaz Fauzi, tindakan kerajaan Angola itu dilihat hanyalah kesinambungan dari siri-siri kebencian kerajaan Kristian itu terhadap perkembangan dakwah Islam yang sedang meningkat naik di Angola.
Justeru, beliau meminta seluruh umat Islam di Malaysia mengambil iktibar dari pendirian kerajaan Angola tersebut dan berusaha untuk memahami tabiat sebenar pertembungan di antara Islam dan musuh Islam.
“Umat Islam perlu mempertahankan Islam di mana juga mereka berada. Doa kita kepada umat Islam di Angola agar tidak menyerah kalah dengan pendirian kerajaan tersebut,” katanya kepada wartawan ISMA.
article-0-14546F49000005DC-367_634x314
IBU negara Angola, Luanda.
Sumber

Terkejut Lihat Langsuir Berterbangan Depan Mata (VIDEO)

Terkejut Lihat Langsuir Berterbangan Depan Mata
Terkejut Lihat Langsuir Berterbangan Depan Mata | Cerita langsuir mengganggu penduduk yang sebelum ini hanya diketahui penduduk di beberapa kampung di sini dan Jerteh, Terengganu akhir-akhir ini menjadi perbualan hangat apabila isu itu tersebar melalui laman sosial.

Cerita itu menarik perhatian penduduk dari luar kawasan yang memasuki kampung terlibat seperti Kampung Gong Tinggi, Gong Pasir, Kampung Tasek, Gong Lapang (Pasir Puteh) dan Kampung Penaga Putar (Jerteh) secara berkumpulan.

Menurut info, ada penduduk mengakui pernah terserempak dengan lembaga berambut panjang yang berterbangan sambil mengilai dengan suara mengerikan tapi ada pula dikalangan penduduk menafikannya.

Pegawai Agama Jajahan, Ahmad Talhah Ab Rahman berkata, beliau tidak jelas mengenai perkara itu kerana hanya mengetahui cerita mengenai langsuir itu melalui Facebook.

Terkejut Lihat Langsuir Berterbangan Depan Mata

“Susah nak cakap sebenarnya. Tak nak percaya tak boleh juga kerana kita kena ingat Islam juga mengajar umatnya mempercayai perkara ghaib seperti wujudnya jin dan syaitan.

“Cuma jangan kita panik dan terlalu takut kerana ia boleh menjejaskan iman. Kena sama-sama jaga akidah dengan sentiasa merujuk kepada pakar atau orang yang layak membicarakannya,” katanya.

Beliau tidak menafikan ada mendengar cerita mengenai bomoh yang berjaya ‘menangkap hantu’ namun katanya, perlu berhati-hati kerana jin juga mungkin menipu dengan berpura- pura terperangkap.

Ahmad Talhah berkata, sekali pun langsuir didakwa penduduk itu betul, makhluk itu tidak memudaratkan kerana ia mungkin jin yang mahu mengganggu manusia.

Terkejut Lihat Langsuir Berterbangan Depan Mata


Penduduk Kampung Penaga Putar, Tuan Muda Tuan Mat, 48, berkata, dia melihat sendiri kelibat lembaga yang berterbangan sambil mengilai panjang ketika pulang ke rumah dengan menunggang motosikal jam 12 tengah malam, minggu lalu.

Katanya, walaupun tidak nampak dengan jelas ketika dia memberhentikan motosikal, suara lembaga itu menyebabkan bulu romanya meremang dan memaksanya bergegas pulang.

Perasaan takut datang lagi ketika saya tersedar dari tidur pada malam itu. Sebelum ini saya ada dengar orang kampung cerita pasal langsuir tetapi saya tidak percaya sehinggalah saya berdepan dengannya.

"Saya pernah beberapa kali terserempak dengan hantu. Suara langsuir menyeramkan tapi saya tak endahkan,’ katanya.

Seorang bomoh dari Kampung Gong Manak, Ramli Yusof, 41, ketika ditemui mendakwa telah menangkap kesemua empat langsuir yang mengganggu penduduk iaitu dua di Gong Pasir, satu di Gong Tinggi dan satu di Gong Lapang.

Terkejut Lihat Langsuir Berterbangan Depan Mata

Katanya, lembaga dengan ketinggian paras pinggangnya itu ditangkap dengan bantuan seorang rakan tidak sampai 10 minit dengan menggunakan ayat al-Quran.

“Saya ‘memasungkannya’ di satu tempat khusus dan akan ‘menghantarnya balik ke tempat asal’ selepas 40 hari ditangkap. Saya tidak tahu dari mana ia datang kerana inilah kali pertama saya menangkap langsuir.

“Sebelum menangkap, saya membaca jampi di rumah dan ketika itu, penduduk memberitahu terdengar langsuir berteriak seperti kesakitan, bukan lagi mengilai,” katanya yang terlibat dengan aktiviti seperti itu sejak empat tahun lalu.

“Berikutan rupanya di belakang serta wajahnya tidak seperti perempuan, langsuir pemalu kepada wanita, namun meminati lelaki,” kata pengamal perubatan tradisional, Ramli Yusof, 41, yang mendakwa berjaya menangkap ribuan hantu sepanjang empat tahun pembabitannya dalam bidang itu.

Jom tengok Video Seram Orang Jepun Bermain Dengan Roh di Bawah....(Tak Pasti Kebenarannya)


Saksikan VIDEO di bawah ini



Sumber

Pramugari Menari Dalam Penerbangan (VIDEO)

KAMI yakin ada di antara anda yang kerap tidak menumpukan perhatian sewaktu pramugara atau pramugari memberikan penerangan mengenai langkah keselamatan di dalam penerbangan.
Mungkin ada yang memberi alasan sudah hafal atau bosan dengan cara penyampaian yang sama oleh krew penerbangan.
Bagaimanapun, sebuah syarikat penerbangan menggunakan pendekatan yang unik dalam menarik perhatian para penumpang untuk menumpukan perhatian dalam sesi penerangan itu.
Caranya ialah dengan memperlihatkan para pramugari menari mengikut rentak lagu ‘Just Dance’ sambil menunjukkan penggunaan alatan keselamatan.
Kalau semua syarikat penerbangan buat begini, rasanya tiada siapa yang akan tidur selepas ini.

Saksikan VIDEO di bawah ini

Sumber

Remaja Muat Naik Gambar Bercium Di Magribi Berhadapan Hukuman 5 Tahun Penjara

Maghribi – Tiga remaja yang mendapat liputan meluas susulan gambar bercium mereka yang dimuatnaik dalam Facebook hingga menyebabkan mereka ditangkap, kini memohon supaya mahkamah hanya memberikan teguran, berbanding hukuman penjara.
Remaja tersebut berdepan hukuman penjara lima tahun kerana berkelakuan tidak senonoh.
Rayuan berkenaan dibuat peguam mereka semalam dan hakim dijangka memberikan keputusan kes berkenaan pada 6 Disember ini.
Tertuduh adalah sepasang kekasih iaitu remaja lelaki dan perempuan berusia 15 serta 14 tahun dan seorang lagi remaja lelaki berusia 15 tahun.
Pasangan remaja itu telah bercium manakala rakan mereka pula telah mengambil gambar berkenaan ketika waktu persekolahan di bandar Nador.
Mereka hadir di mahkamah bersama ibu bapa masing-masing dan peguam bela mereka.
Menurut peguam bela mereka, terdapat tanda-tanda positif bahawa hukuman itu mungkin diringankan.

Sumber

ISU TEMAN KHALWAT SIMPAN CINCIN DAN BAJU SHAHZ JASZLE


WANITA DITIKAM DI HADAPAN HOTEL HORIZON

Pengedar Dadah Libas Pedang Samurai Ditembak

Unta Kena Geletek Ketawa Kelakar (VIDEO)

Pernah tengok siri kartun Family Guy yang menampilkan watak Peter Griffin?
Jika pernah, anda pasti masih ingat bunyi ketawanya.
Saling tak tumpah, itulah bunyi ketawa unta dalam video di bawah ini apabila digeletek. 
Bagaimanapun ada yang mendakwa bunyi ketawa ini adalah palsu. Tapi kalau pun palsu, siapa yang buat kerja ni memang kritis.
Tak hairanlah penonton YouTube yang singgah tetap memberikan komen, sama ada palsu atau tidak ini adalah kelakar

Saksikan VIDEO di bawah ini



Sumber

Ngeri! Bunuh diri lompat dari atas bumbung di TTDI (VIDEO)

ROH berkeliaran!!! - Kanak-kanak sudah MATI Tapi Muncul Dalam Gambar Sepupu

Nicolas McCabe, 9, merupakan salah seorang korban ketika berlaku ribut tornado di Oklahama, 20 Mei lalu.
Dalam kejadian tersebut Nicolas terbunuh bersama enam lagi murid lain di sekolah mereka, Sekolah Elementari Plaza Towers di Moore.
Bagaimanapun dalam satu gambar yang diambil 4 Julai lalu, imej menyerupai Nicolas dilihat muncul dalam satu gambar bersama sepupunya, Madison.
Wajah Nicolas dilihat jelas berada di belakang Madison yang ketika itu sedang bermain bunga api.
Biar pun banyak pihak tampil dengan bermacam kemungkinan perkara ini boleh berlaku, bapa Nicolas, Scott McCabe tetap percaya itu adalah anaknya kerana Nicolas dikatakan memang suka bermain bunga api.
Malah abangnya yang juga bapa saudara Nicolas mengakui, bulu tengkuknya berdiri sewaktu kali pertama melihat gambar tersebut.
Apa pendapat anda? - 
Gambar yang dikatakan ‘berhantu’ :

Klik untuk besarkan


Gambar Nicolas yang terbunuh sewaktu ribut melanda sekolahnya, Mei lalu:


Keadaan sekolah Nicolas yang ranap dilanda ribut hingga menyebabkan kematiannya dan enam murid lain:


Bapa Nicolas percaya anaknya itu datang menziarahi ‘menziarahi’ mereka:
Sudah Mati Tapi Muncul Dalam Gambar Sepupuhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Fullscreen-capture-11252013-54917-PM1.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Fullscreen-capture-11252013-54917-PM1-150x150.jpgAuthor MNHTerkini

Sumber