Raja Azmi perjelas isu persenda agama

Kuala Lumpur: “Saya betul-betul kecil hati dan terkilan dengan tuduhan macam itu. Sampai hati mereka tuduh tanpa usul periksa,” luah penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman berhubung dakwaan kononnya dia mempersenda Islam dalam sebuah majlis baru-baru ini.

Raja Azmi, 54, berkata, tuduhan mengatakan dia menganggap upacara bacaan doa dalam majlis anjurannya baru-baru ini tidak penting bertentangan dengan kejadian sebenar yang berlaku.

“Takkanlah Kak Mi nak cakap macam itu? Kak Mi sangat kesal dengan fitnah dilakukan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan benda tak betul.

“Tapi yang lebih buat Kak Mi kecewa apabila akhbar terbabit (bukan kumpulan NSTP) sewenang-wenangnya mengeluarkan artikel itu tanpa bertanyakan kesahihannya dulu,” katanya ketika menghubungi Harian Metro, semalam.

Menerusi artikel di sebuah akhbar mingguan, peserta rancangan MasterChef Malaysia All Stars itu dituduh memperlekeh agama Islam apabila mengeluarkan kenyataan kononnya bacaan doa dalam majlis anjurannya baru-baru ini bukan perkara penting.

Laporan itu turut mendakwa Raja Azmi mengeluarkan kenyataan berbaur sindiran bahawa bacaan doa wajar dilakukan di surau atau masjid saja dan bukan pada majlis hiburan.

Raja Azmi berkata, dakwaan dilaporkan itu bercanggah dengan fakta sebenar dan dia mempunyai bukti berdasarkan rakaman video pada hari kejadian.

“Lain saya cakap lain pula ditulis. Itu yang buat saya geram. Saya cakap dalam majlis itu, bacaan doa tak perlu dibuat lagi sebab saya sudah buat doa selamat terlebih awal di rumah sebelum majlis.

“Kenapa pula fitnah saya cakap doa selamat hanya sesuai di masjid atau surau saja? Bukankah sudah bercanggah kenyataan itu? Saya ada rakaman video pada majlis itu untuk buktikan apa yang saya cakapkan,” katanya.

Katanya, dia turut berharap akhbar berkenaan lebih berhati-hati sebelum menerbitkan sebarang artikel berunsur kontroversi pada masa akan datang.

“Lebih baik tanya dulu sebelum buat cerita. Fitnah macam itu bukankah tidak baik sedangkan benda dituduh tak berlaku langsung,” katanya.



Sumber

Fida Ibrahim Diserang Dato’ Terlajak Laris?

Fida Ibrahim Diserang Dato Terlajak Laris?

Akhir Zaman… Bapa Bersekedudukan Dengan Anak Gadis Sejak 2004

Tweet Diana Danielle Tentang Barang Naik Jadi Tumpuan


Dr. Mahathir Sekali Lagi Sentuh Bab Hantu Dan Jembalang…Ini Bahagian Kedua

Subhanallah, Bayi Di Sembelih Kerana Namanya Siti Aishah Binti Abu Bakar?

NGERI! 4 Gambar & Video Detik-Detik Peninju UFC Patah Kaki

LAS VEGAS – Seorang peninju seni mempertahankan diri terbaik dunia, Anderson Silva, 38, mengalami kecederaan yang menakutkan ketika dia bertarung di hadapan lebih sejuta penonton pada perlawanan Ultimate Fighting Championship (UFC) di sini.
Silva yang berasal dari Brazil mengalami patah tulang kering selepas bertarung dengan Chris Weidman.

Bunyi tulang keringnya patah turut didengari dari dalam gelanggang, sehingga membuatkan penonton terkejut.

Kejadian berlaku selepas Weidman menahan tendangan kaki Silva dengan lututnya.

Silva yang dalam kesakitan kemudiannya terjatuh di atas lantai dan terpaksa diangkat dengan pengusung.

Pakar kini bimbang kecederaan itu bakal mengakhiri karier Silva, yang sebelum ini memegang tali pinggang kejuaraan selama enam tahun.

Menurut pakar Orthopedic UFC, Dr. Steven Sanders, tulang tibia serta fibula Silva telah patah, justeru masa untuk dia kembali sembuh dijangka mengambil masa selama enam bulan.

“Silva telah dibawa ke hospital dan menjalani pembedahan dan besi telah dimasukkan ke dalam kakinya.

“Dia akan berada di hospital untuk seketika dan tidak perlu menjalani pembedahan lagi,’’ kata Dr. Sanders.

Sementara itu, Wiedman berkata, tidak ada keseronokan menjuarai UFC jika lawan berdepan dengan kesakitan seumpama itu.

Wiedman turut mengakui Silva sebagai pejuang yang berjuang sepanjang masa untuk memburu kemenangan.

Dalam pada itu, aksi Wiedman menentang Silva itu turut ditonton oleh bekas lagenda bola sepak Brazil, Ronaldo dan bekas juara tinju, Mike Tyson yang turut memenuhi arena pertandingan itu.








Sumber

Tukang Gantung Cerita Detik Akhir Saddam Hussein di Tali Gantung

Tukang Gantung Cerita Detik Akhir Saddam Hussein di Tali Gantung

Kutub menyongsang pada 2015?

KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.

Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.

Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.

Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013.

Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.

Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'.

Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.
Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.

Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.

Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.

Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.

Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?

Kiamat menurut Islam

Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat:

Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:

1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.

2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.

3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.

4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.

5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman?

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.'

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran.

ALLAH SWT berfirman :
Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(Surah Al-A’raf, Ayat 187)


Dan juga pada ayat:
Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.
(Surah Al-Ahzab, Ayat 63) 
– Sinar Harian Online

Gambar : Superbike putus dua di Ulu Yam !


"Jangan Mainkan Perasaan Wanita "- Izreen Azminda Kepada Johan As'ari


Hanya ALLAH yang tahu siapa Johan

Iklan Produk ‘Macam Cantik, Macam Comel Je’ Yang Sesungguhnya Mengundang Penampar Ke Muka Kak Ton…

Terdapat pelbagai cara yang boleh diambil untuk melariskan sesuatu produk yang dijual.
Cumanya kita perlu menjadi lebih kreatif dan lari daripada kebiasaan sekiranya mahu mempopularkan sesuatu produk itu.
Mungkin pengusaha-pengusaha di luar sana boleh mencontohi langkah promosi yang dilakukan oleh pengasas Beauty Umaira yang dikenali sebagai Kak Ton ni.
Kak Ton bijak menggunakan peluang dengan mengetengahkan ‘bakat-bakat’ baru yang dicungkil menerusi laman perkongsian video popular, Youtube iaitu Bobo dan juga Syasya Legoland.
Iklan produk Beauty Umaira ini menggunakan ‘tagline’ popular Syasya, “macam cantik, macam comel je” dengan lenggok dan gaya bersahaja ketiga-tiga personaliti tersebut.
Ketika menonton video ini terdetik perasaan meluat melihat aksi gedik dan ‘adik-adik’ yang ditonjolkan Bobo.
Buat biasa-biasa sahaja sudahlah, tak gitu?
Saksikan VIDEO di bawah ini




Sumber

Khalwat- Neelofa Kecewa, Jangan Sebar Fitnah

PELAKON popular, Noor Neelofa Mohd.Noor atau dikenali sebagai Neelofa melahirkan rasa kecewa di atas dakwaan yang dilemparkan kepadanya hari ini.
Menurut Neelofa, sekiranya betul dakwaan yang diperkatakan itu, semestinya beliau masih berada di Malaysia untuk menyelesaikan kes khalwat tersebut.
“Sejujurnya saya sendiri tidak tahu menahu tentang hal ini sehingga ianya tersebar dan jika benar saya ditangkap khalwat, pastinya saya masih berada di Malaysia untuk selesaikan kes ini.
“Sekarang saya berada diluar negara untuk meneruskan pengajian saya dan berharap orang yang berkenaan bertanggungjawab atas fitnah dan artikel tersebut,” katanya menerusi laman Twitter.
Pengacara melodi itu turut mengharapkan agar pihak media menyiasat terlebih dahulu sebelum membuat artikel sekeras ini.
Ini kerana menurut Neelofa, artikel tersebut mampu menjatuhkan maruah dan kredibiliti sebagai seorang artis.
“Harap pihak wartawan berusaha untuk mendapat maklumat yang betuk sekurang-kurangnya tanya pihak berkuasa, Jabatan agama dan pihak polis terlebih dahulu sebelum membuat artikel ini.
“Artikel ini tidak masuk akal dan ia boleh menjatuhkan imej dan kredibilit artis.
“Dan kalau benar ia berlaku sebetulnya dalam isi undang-undang Malaysia dakwaan tersebut haruslah mempunyai laporan polis dan juga surat Jabatan Agama Islam berserta saksi,” katanya.
Dalam laporan tempatan hari ini, Neelofa didakwa telah ditangkap khalwat malam kelmarin. 


Sumber

Benarkah Dakwaan Neelofa Ditangkap Khalwat?

(Gambar) Ikan besar mendarat di tepi pantai pula tersebar

Dua keping gambar diperoleh dari laman sosial Facebook yang menyaksikan seekor ikan paus telah terdampar di panta. 

Kelihatan anggota Bomba sedang membasahkan haiwan mamalia terbesar di dunia itu sebelum tindakan selanjutnya dilakukan.



Kejadian tersebut menarik perhatian masyarakat sekeliling untuk datang melihat sendiri ikan paus tersebut. Kejadian ini juga biasa berlaku di negara-negara jiran seperti Filipina pada awal 2013 yang lalu. 

Apa yang menarik mengenai penyebaran berita-berita sensasi sebegini adalah ianya bersumberkan entah dari mana hingga sukar menentukan kesahihan penceritaannya. Contoh yang kami ambil adalah foto ini disebarkan oleh dua pihak dan kedua-duanya menyatakan kejadian ini berlaku di dua tempat yang berbeza. Seorang lapor di Kelantan, seorang lagi di Melaka.

Dan akhirnya persoalan ini terjawab apabila ini adalah gambar lama yang berlaku sekitar Ogos 2012 yang telah dilaporkan oleh laman blog Melvister.com



Sumber

Kekasih Larang Berpeluk Antara Sebab Izara Aishah Tangguh Kahwin

Kami Tak Pernah Halang Johan & Lana Bercinta – Kakak Johan As’ari


Gambar Kucing Dalam Bekas Undang Padah

TINDAKAN seorang pelajar kolej di Taiwan memuatnaik gambar kucingnya yang dimasukkan ke dalam sebuah bekas makanan ternyata mengundang padah apabila bakal berhadapan dengan dakwaan mendera di bawah Undang-undang Pelindungan Haiwan di negara itu.
Kiki Lin melalui laman sosialnya berkata, ia merupakan ‘hukuman’ kepada kucing itu kerana kenakalannya selain memudahkan dia membawa haiwan itu keluar berjalan-jalan dengan lebih selesa, memetik laporan Stomp Straits Times.

Sebelum itu, gadis ini mendapat kecaman hebat daripada pelayar internet yang lain yang menggelarnya sebagai pendera haiwan selepas melihat gambar tersebut.
Bagaimanapun, Kiki menafikannya dan menyatakan bahawa dia menyayangi kucing itu lebih daripada nyawanya sendiri.
Gadis ini bakal berdepan dengan hukuman maksimum penjara satu tahun sekiranya didapati bersalah.
Kejadian ini hampir menyerupai perbuatan dua lelaki di Johor Bahru yang memasukkan kucing ke dalam bekas sekitar September lalu sebelum memuatnaik gambar di laman sosial.

Namun, mereka kemudiannya memohon maaf selepas mendapat kritikan daripada orang ramai.
Diharapkan selepas ini tiada siapa yang cuba melakukan perkara yang sama kepada haiwan-haiwan comel ini. Ramai mata yang memerhati perbuatan anda. Silap-silap, tidur lokap jawabnya!

Sumber

Lagu ‘Chocolate Cake’ Dikritik, Fazley Tetap Positif (VIDEO)

Budak Hilang Jari, Diserang Pirana

Emma Maembong Rugi RM5,000 Jadi Mangsa Penyeluk Saku

Kekasih Terkini Nabila Huda Pemain Bola?

SUBHANALLAH! - IKAN BERGERAK SEAKAN MENGELILINGI KAABAH KETIKA MENDENGAR LABBAIK ALLAH [VIDEO]

Disini admin nak tunjukkan pada korang satu kejadian aneh dimana ikan yang membuat gerakan seakan tawaf setelah di dengarkan “Labbaik Allah”.


Subhanallah, cantik sungguh formasi ikan di atas ini.. ia seakan membuat lingkaran bulatan, tetapi andai nyer korang melihat video di bawah ini, mungkin korang akan terkejut…

Saksikan VIDEO di bawah ini




Sumber

KISAH SEBENAR KEJADIAN IKAN NAIK KE PELANTAR MINYAK TERENGGANU (4 GAMBAR)

SETELAH kita dikejutkan dengan insiden ribuan ikan muncul secara tiba-tiba dan naik ke darat seperti mana yang berlaku di Lahad Datu, Sabah kelmarin, kita dikejutkan pula dengan khabar imej yang menggambarkan situasi yang sama di sebuah pelantar minyak.

Menerusi khabar tersebut yang disertakan sekeping foto, dilaporkan ikan lumba-lumba, ketam dan segala kehidupan laut lari ke persisiran pantai di Terengganu. Kalau kita lihat gambar di atas ini ia agak kabur, tak nampak pulak mana ikan lumba-lumba nyer mahupun ketam dan lokasi tepat pelantar minyak itu juga tidak dinyatakan. Dalam erti kata lain, ia boleh dipertikaikan kesahihannya.

Hasil siasatan mendakwa gambar yang tersebar sangat meragukan berikutan imej yang kabur dan langsung tidak kelihatan kelibat ribuan ikan seperti yang dilaporkan.

Pasti ramai yang tertanya-tanya benarkah kejadian yang berlaku di pelantar minyak terengganu tersebut? Disini tao ada update terkini... yang di kongsikan oleh Hezeri Samsuri.



Hezeri Samsuri berkata : Thse are two vessels at Bekok A, offshore platform off Trengganu. This is the latest picture. As u can see, tak ada gelombang besar dan tak ada ikan main lompat lompat. Lompat tinggi lompat jauh lompat galah dan lompat parti pun tak ada. So kemungkinan gambar yg tgh tersebar sekarang mungkin hoax (palsu). Apapun, amaran ombak besar dan air pasang telah pun dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Sila berhati hati.


Sumber

Berkat Doa Isteri…Mangsa Lemas Akhirnya Ditemui Unit Udara…

PERUBAHAN KUTUB BUMI MENURUT HADIS DAN SAINS

Mesir sedang mengalami musim salji pertama dalam sejarah selepas 112 tahun manakala Vietnam juga mengalami jatuhan salji namun tidak begitu berat berbanding Mesir.


Kehadiran salji di beberapa tempat di Vietnam menarik ramai penduduk seluruh Vietnam ke kawasan terlibat untuk melihat fenomena bersejarah itu sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas selam berjam-jam seperti dilaporkan Al Jazeera.


Penjelasan tentang fenomena itu boleh dirungkai dengan membaca artikel di bawah.


PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH


Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari.

Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut.. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai.

Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.

Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas.

Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013.

Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!!

Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah.

Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam.

Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir.

Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku.

Khatulistiwa berada di Antartika

Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan " flip" di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan.

Semasa pergerakan " flip" peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis.

Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat. Bandar-bandar ditepi laut akan ditenggelami air

Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan tenggelam terus. Begitu juga Australia barat.

Apabila berlaku "flip" pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api di matahari, angin solar, ribut surya dan "sun spot".

Manakala "flip" juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi, letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku. makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku.

Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku?

Mengikut anggaran saintis ianya akan berlaku pada 2015. Hanya Allah yang Maha Mengetahui kerana semuanya adalah perencanan Ilahi.

Samada merujuk kepada Komet ISON atau kejadian langit yang lain yang belum muncul, berikut adalah sabdaan Rasulullah SAW dan kata-kata sahabat tentang fenomena bintang berekor yang bakal disaksikan di akhir zaman.

Terdapat sabdaan Rasulullah s.a.w dan Saidina Ali tentang sejenis komet yang memberi indikasi sejarah. Samada hadis dan sabdaan tersebut merujuk kepada kehadiran Komet ISON, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.

Sabda Rasulullah S.A.W "
“..antara tanda muncul Imam Mahadi ialah munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya menerangi langit dan menyebabkan tenggelamnya kawasan pantai”

Kata Saidina Ali RA mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar),

"Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad.

Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit.

Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang- orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat".

Antara fakta Komet ISON ialah:

1. ISON digelar “ Komet abad ini”
2. ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.
3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013
4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.
5. ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam.
6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km.
7. ISON adalah komet yang paling mudah dilihat oleh ramai orang.
8. ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan.
9. ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm.
10. Bumi akan merempuh debu2 komet ISON pada 14 Januari 2014.

Artikel ini ditulis bukan untuk menggempar dan menakutkan. Apa yang bakal terjadi akan tetap terjadi.

Semoga setelah membaca artikel ini, saudara- saudari serta anak-anak ku bertambah kesedaran dan keinsafan. Bertambah taat pada Allah.

Bertambah akan amalan agama. Di waktu yang sama terus peka dengan perubahan-perubahan serta lebih rajin membaca dan mengkaji fenomena perubahan kutub ini



Sumber

Benarkah Ikan Juga ‘Lari’ Ke Pelantar Minyak?

SETELAH  kita dikejutkan dengan insiden ribuan ikan muncul secara tiba-tiba dan naik ke darat seperti mana yang berlaku di Lahad Datu, Sabah kelmarin, kita dikejutkan pula dengan imej yang menggambarkan situasi yang sama di sebuah pelantar minyak.
Namun imejnya agak kabur dan lokasi tepat pelantar minyak itu juga tidak dinyatakan.
Dalam erti kata lain, ia boleh dipertikaikan kesahihannya.
Namun yang penting kita kena sentiasa beringat bahawa azab Allah amat pedih.
Tidak ada yang mustahil berlakui jika itulah kehendak-Nya.
Buat mereka yang menyebarkan imej di bawah, kalau ia betul tak mengapa, tapi janganlah menipu pula.
Janganlah ia dibuat semata-mata untuk menimbulkan kegusaran masyarakat.
Matlamat tak menghalalkan cara…

Sumber

“Ya Allah..Kau Campakkan Segera Mayat Suamiku Ke Darat, Aku Reda,”

Johan Tak Letak Taraf Kekasih Ketika Berkawan Dengan Lana?

Johan Tak Letak Taraf Kekasih Ketika Berkawan Dengan Lana?

3 Di Tahan Khianat Kereta Awam & Peronda Polis

Gambar~ 3 Di Tahan Khianat Kereta Awam & Peronda Polis
Sekumpulan remaja yang dipercayai berkumpul untuk meraikan Hari Natal bertindak liar dengan melakukan khianat ke atas kenderaan awam termasuk sebuah kereta peronda polis di sekitar pusat peranginan Pantai Teluk Chempedak, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, sekumpulan remaja terbabit bertindak mengganggu pengguna jalan apabila menyembur buih ke arah kereta yang melalui kawasan tersebut.

Susulan perbuatan kumpulan terbabit, ada pemandu kenderaan terlibat menghubungi pihak polis untuk mengawal dan meleraikan kumpulan remaja itu.


Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan Mohd Haris Daud berkata, sebuah kereta peronda bersama dua anggota polis di kerah ke lokasi dan mendapati keadaan sesak dipenuhi orang ramai yang berkumpul di kawasan tersebut.

Menurutnya, kehadiran kereta peronda di kawasan itu gagal menyuraikan kumpulan terbabit sebaliknya mereka bertindak menahan dan menyembur buih sabun dan melontar tin, batu dan botol air mineral ke arah kenderaan polis itu.


“Dua anggota polis dalam kenderaan itu menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan meminta bantuan memandangkan keadaan agak tidak terkawal.

“Susulan kejadian, polis menahan tiga remaja berusia 16 hingga 23 tahun bagi membantu siasatan,"katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Menurutnya, semua suspek bagaimanapun tiada rekod jenayah namun mereka terpaksa ditahan  reman selama empat hari bermula semalam  hingga Sabtu depan. Mohd Haris berkata, akibat kejadian kereta peronda mengalami kerosakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kereta peronda terbabit kemek di bahagian belakang sebelah kiri dan kanan akibat disepak, lampu belakang sebelah kiri retak, cermin depan retak dan berlekuk di bonet depan akibat dibaling objek keras.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186/427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Gambar ~ 3 Di Tahan Khianat Kereta Awam & Peronda Polis | Sekumpulan remaja yang dipercayai berkumpul untuk meraikan Hari Natal bertindak liar dengan melakukan khianat ke atas kenderaan awam termasuk sebuah kereta peronda polis di sekitar pusat peranginan Pantai Teluk Chempedak, malam kelmarin.


Sumber

Shila Amzah tegur Beautiful Nara jangan kerap sebar fitnah