Bekas suami nooraida muatnaik gambar topless adi putra di instagram

Bekas suami nooraida muatnaik gambar topless adi putra di instagram | Pihak polis sebelum ini telah mengklasifikasikan kes skandal Adi Putra ini sebagai NO FUTHER ACTION pada disember tahun 2013. Namun, Hj Amiruddin yang telah bercerai dengan Nooraida berkeras mahu membangkitkan semula kes berkenaan dan dibawakan ke mahkamah demi menegakkan keadilan untuk dirinya yang didakwa oleh masyarakat kononnya dia tidak pandai menjaga isteri.

Terbaru, Hj Amiruddin memuatnaik sekeping gambar selfie Adi Putra yang hanya mengenakan tuala di bilik air di laman Instagram miliknya.


“Yes my X salad tapi the other tai mengaku” comment Hj Amiruddin dal am gambar terse but.

Motif tidak dapat dikenalpasti, barangkali masih berang dengan keadilan yang tidak menyebelahi dirinya.

Menurut Tengok TV Online, bukti-bukti bergambar seperti itu sepatutnya didedahkan semasa awal kes. Namun Hj Amiruddin dan Nooraida yang ketika itu masih berstatuskan suami isteri hanya mendedahkan salinan rakaman sms di antara Nooraida dan sms yang kononnya dari Adi Putra.

Menurut forumer forum CARI pula, gambar topless Adi Putra ini sudah tersebar dari dulu lagi. Bermakna ia bukanlah gambar terbaru.

Sekali lagi timbul persoalan di sini, apakah motif Hj Amiruddin yang sebenarnya?

#Mh370: Faizah Khan & Aisah dedah kelakuan Kapten Zaharie beberapa minggu sebelum Insiden 8 Mac

#Mh370: Faizah Khan & Aisah dedah kelakuan Kapten Zaharie beberapa minggu sebelum Insiden 8 Mac | Menurut Daily Mail:

Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam proses ingin menceraikan isterinya.
Beliau didakwa enggan menghadiri sesi kaunseling perkahwinan.
Beliau banyak menghabiskan masa dengan simulator penerbangannya berbanding dengan keluarga.

Menurut Daily Mail, Juruterbang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu sebelum ini mengalami masalah rumah tangga, seperti yang didedahkan oleh keluarganya kepada Daily Mail.

Bercakap kepada media buat kali pertamanya semenjak insiden 8 Mac itu, isteri dan anak perempuan Kapten Zaharie berkata, juruterbang yang berusia 53 tahun itu terganggu sebelum kehilangan pesawat berkenaan.

Namun, tiada sebarang nota bunuh diri dan motif yang ditemui. Pihak berkuasa masih meneruskan siasatan terhadap latar belakang juruterbang itu.




Isterinya Faizah Khanum Mustafa Khan memberitahu penyiasat bahawa dia telah berhenti bercakap dengan beliau pada minggu-minggu sebelum penerbangan berkenaan dan mengakui dia banyak menghabiskan masa bersendirian di dalam bilik simulator penerbangannya.

Sementara itu, Aishah Zaharie, 28, anak perempuan juruterbang berkata, dalam perbualan terakhir dengan ayahnya,

“dia bukan ayah yang saya kenali, dia seolah-olah terganggu”

Minggu yang lalu, Faizah dan Aishah bersama-sama dengan ahli-ahli keluarga yang lain telah disoalsiasat oleh polis.

Walaupun tingkah laku Kapten Zaharie itu tidak seperti biasa, keluarganya tetap yakin bahawa beliau tidak bersalah dalam hal ini.

Faizah Khan pada mulanya enggan menceritakan hal pergolakan rumah tangganya dan dia menolak dakwaan bahawa suaminya terlibat dalam kehilangan pesawat berkenaan.

“Ini tidak adil untuk menyalahkan suami saya!”

Walau bagaimanapun, sepanjang soalsiasat, beliau telah memberitahu polis bahawa Kapten Zaharie menjadi semakin terganggu di bulan-bulan sebelum penerbangan malang berkenaan.

“Saya dapati dia menjadi jauh dan sukar untuk difahami,” katanya.



Walaupun mereka tinggal di rumah yang sama, Zaharie banyak menghabiskan masa bersendirian berbanding dengan keluarga.

Apabila dia tidak bertugas, Zaharie banyak meluangkan masa dengan rakan-rakannya daripada bersama dengan keluarga.



Menurut Aishah pula, ayahnya bukan seperti biasa dan mendapati dia mudah marah.

Aishah mengakui, ayahnya ada bercakap mengenai masalah hubungan dia dengan ibunya dan dia merasakan tiada lagi jalan pendamaian yang boleh dilakukan. Dan ayahnya juga bertanya, bagaimana dia rasa jika ibu dan bapanya bercerai?

Aishah cuba memujuk ayahnya dengan menyarankannya merujuk kepada orang-orang tua yang arif tentang agama dan cuba memperbaiki hubungan mereka tetapi Zaharie menolak saranan tersebut.

Aishah menjelaskan kepada penyiasat dia tidak tahu jika ayahnya mempunyai wanita lain dalam kehidupannya.

Namun, Aishah tetap tidak percaya bahawa ayahnya sengaja dan membahayakan nyawa anak-anak kapal dan penumpang beliau. - DAILY MAIL

Terbaru Ustaz Mimpi Lagi Kali Ke-2 Bertemu Dengan Penumpang Pesawat Di Sebuah Pulau

Terbaru Ustaz Mimpi Lagi Kali Ke-2 Bertemu Dengan Penumpang Pesawat Di Sebuah Pulau | Assalamualaikum.. Semalam (malam Jumaat), saya tersedar pada sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab terasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak dipasang . Anak saya seramai 5 orang semuanya dijangkiti demam dan batuk selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan dibuka selagi mereka belum sembuh sepenuhnya untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah merebak dengan penghawa dingin itu

Oleh kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di laptop saya. Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370, ada saja ‘friend request’. Saya hanya memerhati post dan komen yang ada. Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya teruskan juga niat tersebut.

Selesai mandi dan berpakaian, saya baring di katil. Puas dicuba, saya tetap tidak rasa mengantuk. Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya tertanya-tanya dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada jawapan yang saya dapat. Debaran semakin kuat…..

Maka, saya ambil bauan ros merah dan saya bacakan surah Az-Zumar:23 beberapa kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula mengantuk…

Saya dikejutkan dengan bunyi beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka mata, saya berada di belakang sebuah jip yang terbuka. Ada beberapa lagi kenderaan yang sama di depan dan di belakang saya. Kesemua jip ini menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih belum dimatikan enjinnya. Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya berceloreng warna biru lengkap dengan senjata.

Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak gembira.. “MH370..!!!!!!! Tapi sekarang ni di mana?” Hati saya bertanya sendiri.

Setelah diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka. Mula-mula saya lihat hanya seorang yang keluar sambil mengangkat kedua-dua tangan kanannya. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Kapt. Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan berjumpa dengan orang yang paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu pegawai atasan kerana melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya.

Setelah bercakap yang saya kira lebih kurang 10 minit (perbualan nampak tegas, Kapten jelas ketakutan di wajahnya). Di mengisyaratkan agar ke semua penumpang turun. Dimulai dengan Co-Pilot, krew dan seluruh penumpang. Kesemua mereka nampak terkejut dan ketakutan.

Kesemua mereka saya lihat dipaksa berjalan kaki dengan pengiring bersenjata ke sebuah dewan. Bila dilihat macam hangar tempat simpanan kapal terbang. Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah kapal yang sama jenis, warna dan bertulis MALAYSIA di situ….

Mereka kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang berani bersuara.

Kemudian, mereka dipisahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil. Kepala mereka diselubung dengan kain dan dibawa dengan jip secara berperingkat. Kumpulan terakhir yang dibawa adalah kumpulan Kapten Zaharie. Saya turut sama naik di belakang jip untuk mengetahui kemana kumpulan ini di bawa.

Mereka dibawa ke sebuah bilik berdinding zink. Di dalamnya tiada sebarang lampu dan suhunya amat membahang. Mereka diberi amaran untuk tidak bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di situ. Ada seorang lelaki dalam kumpulan itu cuba minta izin untuk ke tandas, tapi bukan izin yang dapat, di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya. Lelaki itu angkat tangan sambil menangis. Mujurlah tiada apa yang berlaku.

Dari dalam bilik tersebut, sesekali saya mendengar bunyi kicauan burung-burung. Ada juga kedengaran bunyi helicopter yang terbang rendah di udara. Saya menjenguk ke luar bilik dan lihat banyak sekali burung-burung berwarna putih terbang berkicauan..

Selama 2 hari saya berada di situ, saya lihat kumpulan Kapten Zaharie tidak di apa-apakan. Mereka diberi makan pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air basuhan. Untuk keluar dari bilik adalah dilarang sama sekali. Kumpulan lain saya tidak tahu dimana mereka berada.

Tepat tekaan saya bila saya mengambil keputusan untuk melilau di tempat itu. Ia adalah sebuah pulau kecil yang diubah suai. Di situ adalah tempat pendaratan kapal terbang dan MH370 masih di situ sebagaimana hari ia tiba. Saya ke sana bila melihat ada 2 buah jip terletak berdekatan tayar belakang. Saya masuk melalui ruang tayar tersebut dan nampak beberapa orang lelaki sedang membuat penyambungan litar. Mereka sambungkan dengan 1 kotak berlampu yang juga mempunyai wayar.

Saya keluar dari pesawat bila mendengar ketibaan jip dari luar. Dari situ, saya lihat mereka memunggah beberapa kotak kayu masuk ke dalam jip dan beredar.

Saya kembali ke kumpulan Kapten Zaharie. Sedih saya tengok suasana mereka. Walaupun tiada seksaan fizikal, saya percaya mental mereka menderita. Mereka nampak lesu dan murung.

Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua mereka dikumpulkan bersama di dewan (tempat sama di hari pertama). Mereka dipaksa beratur dan masuk dalam bilik sementara (bilik yang hanya ditutup dengan tabir papan plywood). Bila saya intai apa yang berlaku dalam bilik tersebut, rupanya mereka di cucuk dengan sejenis cecair ke lengan mereka. Apa yang saya dengar dari perbualan ‘tukang’ cucuk dengan kawan-kawannya, mereka guna ubat nama TOLUENA… Saya pun tidak tahu apa tujuan mereka.

Kesemua penumpang MH370 di kerah untuk naik semula ke kapal terbang mereka. Maka sekali lagi mereka terpaksa berjalan dan menaiki MH370. Sebelumnya, ada suara mengatakan seorang penumpang (katanya duduk di kerusi depan) tidak ada. Pihak baju biru yang memeriksa buat macam tidak dengar aduan mereka.

Kapal terbang itu berlepas pergi dan disusuli sebuah pesawat yang lebih kecil mengekori mereka. Selepas itu terjadi peristiwa sebagaimana MIMPI MH370 yang pertama……

Saya dibawa semula ke tempat awal. Di sini, saya termasuk sebuah bilik yang dalamnya ada banyak komputer dan radio. Ada sebuah peta dunia yang besar di dinding. Tertarik pula untuk saya amati lebih dekat pada peta tersebut. Terkejut saya bila ada tanda ‘X’ berwarna merah di beberapa negara yang saya kenal…

Saya tersedar..
Memang tak pernah saya rasa begitu takut dalam hidup saya ini…. Tapi misteri sepenuhnya belum terjawab lagi.. Adakah saya masih diberi peluang oleh-Nya..? Wallahu’alam.. dakwanya

Nota : jangan percaya, mimpi Ini hanya mainan tidur. huhu. Apa komen korang tentang mimpi kali ke-2 ustaz ini ?

mh370 - Ustaz Azhar Idrus pertahankan tindakan raja bomoh?


mh370 - Ustaz Azhar Idrus pertahankan tindakan raja bomoh? | 26 Mac kelmarin, Raja Bomoh Sedunia sekali lagi mendapat perhatian media-media tempatan bilamana Raja Bomoh kali ini meneropong pula dari pantai bertempat di Pantai Sembilan.

Raja bomoh serta pengikutnya membuat satu ritual bertujuan bagi menyeru mayat-mayat penumpang pesawat MH370 untuk timbul ke pemukaan air.

Namun, bukan itu yang hendak diberitakan di sini.

 tertarik dengan satu artikel yang diterbitkan oleh SuaraTV yang bertarikh 28 Mac yang memaparkan penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus yang didakwa mempertahankan tindakan 'Raja Bomoh' semenjak kebelakangan ini.

Dikala rakyat Malaysia terutamanya umat Islam di negara ini berasa malu dengan perbuatan pelik Raja Bomoh itu, Ustaz Azhar pula lain pandangannya. Memetik dari portal SuaraTV, beliau menyelar mana-mana pihak yang menghukum tindakan Raja Bomoh itu sebagai syirik dan murtad.

Menurutnya lagi, tidak semua tindakan bomoh atau lebih dikenali sebagai pengamal perubatan tradisional itu boleh dianggap sebagai haram. Ini kerana, ada sebahagian daripadanya merupakan sunah nabi Muhammad SAW.

“Bomoh (ini) bukan makna syirik. Bomoh bermakna pengamal perubatan tradisional, adakala syirik adakala tak. Kalau dia baca ayat al-Quran tiup di air, suruh mandi (itu pun dikategorikan sebagai) tok bomoh juga, orang tak panggil doktor betul tak?

“Dah haram tak buat macam tu? Sunnah nabi (saw), baca ayat al-Quran baca Al-Fatihah tiup di air, faham?” soal beliau ketika menjawab pertanyaan yang dibangkitkan.




Tindakan Raja Bomoh di KLIA sebelum ini mendapat kritikan hebat dari masyarakat dalam dan luar kerana dianggap memalukan negara. Akibatnya, ramai yang ingin memberikan tamparan kokedai kepadanya. Namun tiada peluang untuk berbuat demikian.

“Baca yang pelik-pelik, baru tak boleh! Faham? Jangan gaduh nak tuduh orang syirik” ujar beliau lagi.

Walau bagaimanapun, Ustaz Azhar Idrus mengakui bahawa apa yang dilakukan oleh Raja Bomoh sebelum ini memang agak memalukan. Namun, perbuatannya itu masih boleh dimaafkan.

VIDEO



“Yang tikar terbang tikar terbang lah, tapi jangan kita kata syirik. Kalau benda tu maknanya nakal, memang nakal. Makna bodoh pun boleh tapi jangan tuduh syirik sebab syirik ni dosa yang sangat besar, faham? Biar kita ada ilmu nak kata syirik, takut balik ke kita semula.

“Jangan gaduh, dengar dia ada puja tak? dia ada sebut nama jembalang tak? ada bangkitan nama yang mengarut-ngarut tak? kalu macam tu, (tidak) syirik, faham? Orang sekarang dia terus kata syirik, dah dia baca apa? kalau dia baca ayat al-Quran, boleh tak? boleh!” bidas beliau lagi.

Misteri: Philip Wood penumpang #MH370 hantar mesej minta tolong dari Diego Garcia

Misteri: Philip Wood penumpang #MH370 hantar mesej minta tolong dari Diego Garcia | MH370 masih diselubungi misteri .Bukan misteri nusantara tapi misteri alamaya.Didakwa seorang penumpang MH370 membuat satu posting dari Diego Garcia menyatakan beliau telah ditahan oleh tentera upahan.(tentera peribadi?)


Dibawah ialah mesej dari Philip Wood

I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly.


Link forum: http://archive.4plebs.org/pol/thread...4494/#27834944

Di forum tersebut Philip sempat mengupload gambar hitam sebagai Picture Profilenya :http://img.4plebs.org/boards/pol/ima...5192158752.jpg

Spoiler for data profile picture


Dan dengan menggunakan software online Jeffrey's Exif Viewer untuk menganalisa data exif dari gambar hitam tersebut, maka data lengkap akan terlihat :
http://regex.info/exif.cgi?dummy=on&...5192158752.jpg

Camera: Apple iPhone 5
Date: March 18, 2014 8:49:41PM
Location: Latitude/longitude: 7° 18' 58.3" South, 72° 25' 35.6" East
( -7.316197, 72.426544 )

Spoiler for Hangar Diego Garcia


Sesuai dengan rentetan saksi mata yang melihat MH270

Spoiler for saksi mata

Di akhir postingan forum tersebut ada hal menarik :
"OP photo is interesting because it's not actually just a pure black picture, you can see noise if you zoom in. He is in a dark room. "



Nama Philip Wood penumpang MH370

Sumber

Aktivis kuwait: "ada personaliti asia yang penting di dalam pesawat menjadi punca #mh370 hilang

Aktivis kuwait: "ada personaliti asia yang penting di dalam pesawat menjadi punca #mh370 hilangSEKIRANYA datang kepada kita seseorang membawa berita tentang apa yang "sebenarnya" terjadi kepada pesawat penerbangan MH370 — itu ini, begitu begini, janganlah kita terus percaya bulat-bulat. Hendaklah kita siasat dengan teliti.

Kita barangkali mudah menepis cerita yang didakwa kisah sebenar — kononnya — tentang nasib malang MH370 itu kalau ia berkait dengan tenung nasib, ilmu tilik atau teropong ajaib. Ini cerita karut, tidak masuk akal dan menyesatkan, kata kita.

Pesawat milik Penerbangan Malaysia berpendaftaran 9M-MRO yang dikenali umum dengan nama MH370.

Tetapi kita — tidak semua — mudah pula sebaliknya terperangkap untuk percaya dengan cerita yang kononnya datang daripada mimpi, misalnya. Mimpi-mimpi itu sekarang tersebar melalui jaringan sosial media, dikongsi oleh kawan yang kemudian berkongsi pula dengan kawan-kawan yang lain. Begitulah seterusnya.

Seorang ustaz yang bergiat dalam perubatan Islam menulis di Facebook tentang mimpinya melihat detik-detik akhir pesawat MH370 sebelum jatuh ke laut. Macam mana 'establishing shot'bahawa pesawat itu adalah penerbangan MH370 tidak beliau ceritakan dalam tulisannya itu — apakah ada penampakan nombor pendaftaran pada ekor pesawat, apakah ada pengumuman oleh juruterbang atau apakah tahu-tahu begitu saja mimpinya.

BACA SINI: Mimpi #mh370 - mungkin mainan tidur [sekadar berkongsi]

(Tetapi naratif mimpi begitulah; memang selalu tidak ada aturan, melawan logik akal dan selalu juga, melawan hukum alam. Seorang kawan saya mengaku setiap kali dia bermimpi terjatuh daripada tempat tinggi, dia tidak pernah jatuh sampai ke tanah — selalu saja terbang jatuh tetapi tidak jatuh-jatuh. Mimpi seperti itu — yang selalu — cukup memenatkan, katanya.)

(Gambar Kanan) Sepasang suami isteri di Bogor, Indonesia pula mendakwa dapat berhubung secara ghaib dengan krew pesawat. Daripada komunikasi itu, mereka diberitahu tentang keadaan pesawat yang mati seluruh perangkatnya dan kemudian jatuh ke laut.

Ada satu persamaan pada dua cerita ini: bahawa kedua-duanya berlaku selepas mereka membaca Al-Quran atau bersolat sunat. Ada banyak cerita seperti ini. Bomoh yang melagakan dua biji kelapa muda itu pun melaungkan kalimah Allahuakbar. Bahawa ada nuansa agama dalam cerita-cerita seperti ini adalah hal yang cukup menarik — agama jadi bumbu yang menyedapkan cerita, yang memberikan rasa yang lain kepada yang mendengarnya.

Apakah mimpi dan hal-hal lain itu boleh dipercayai? Siapa yang hendak percaya, percayalah. Siapa yang tidak mahu percaya, tidak usahlah percaya. Berpeganglah kepada panduan ini: Kamu dengan kepercayaanmu, aku dengan kepercayaanku.

Tetapi selain mimpi dan hal-hal ghaib yang disangkutkan dengan misteri kehilangan MH370, ada juga 'tukang tilik' yang muncul dengan bermacam-macam teori. Sesetengah mereka ini muncul di televisyen dan akhbar dengan penampilan yang meyakinkan — maklumlah, jual ayat.

(Gambar Kiri) Imej satelit objek-objek berkemungkinan serpihan MH370 yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Ada cerita kononnya pesawat itu disorok di satu tempat rahsia untuk kegunaan akan datang. Ada cerita ia gagal dikesan kerana ada pihak yang menggunakan teknologi halimunan. Ingat cerita Harry Porter dengan jubah halimunannya?

Ada juga cerita kononnya pesawat itu hilang kerana persaingan merebut hak paten yang dipegang oleh penumpangnya. Ada juga cerita kononnya MH370 terbang dibayangi sebuah pesawat lain milik Singapore Airlines dan kerana itu ia tidak dapat dikesan oleh radar. Ada juga cerita kononnya pihak berkuasa berkonspirasi menyembunyi cerita yang sebenarnya.

Dalam banyak-banyak teori konspirasi itu, ada satu yang menjadi pilihan saya. Seorang aktivis wanita di Kuwait tampil mendakwa dia tahu kenapa pesawat Malaysia Airlines itu hilang. Katanya, di kalangan penumpang MH370, ada seorang "personaliti Asia yang penting". Dia tidak menamakan siapa penumpang itu.

Tetapi, melalui satu mesej di YouTube, aktivis itu menegaskan dia hanya akan mendedahkan maklumat tersebut kalau ada permintaan rasmi. "Tidak bolehkah Malaysia menghantar wakil kedutaan untuk berjumpa saya (dan mendapatkan maklumat tersebut)? Kenapa perlu hanyar sampai 40 buah pesawat mencarinya dan mengheret seluruh dunia dalam masalah yang saya boleh selesaikan dengan mudah?" kata wanita itu.

"Percayalah, saya boleh selesaikan masalah ini kalau mereka (Malaysia) secara rasmi minta pertolongan saya. Banyak orang minta saya campur tangan tetapi saya tidak mahu kecuali ada permohonan rasmi."

Dalam tragedi, banyak orang yang bersimpati dan memahami tetapi banyak juga yang pasang lukah di tempat genting. Setakat ini, sesiapa pun yang mendakwa tahu sebab musabab kehilangan MH370, sama dia raja penipu atau tilikannya bernasib baik macam Nujum Pak Belalang.

Sehingga ini, teori tetap tinggal jadi teori. Seorang kawan saya menulis di Facebook: "Janganlah kita yang rasional ini terpedaya dengan teori konspirasi. Yang sakit mental itu, biarlah."

Misteri kehilangan  pesawat Malaysia Airlines itu mungkin hanya akan terjawab apabila kotak hitam pesawat itu berjaya ditemui. Atau mungkin juga nanti apabila siasatannya selesai, kita tetap tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku pada 8 Mac lalu.

Tetapi sehingga misteri ini dirungkaikan nanti, kita akan terus dihadapkan dengan banyak orang yang muncul dengan bermacam-macam teori. Mereka mungkin merasakan teori-teori itu menjadikan mereka sebagai VIP, orang yang penting. Mereka tidak sedar betapa teori-teori itu menjadikan mereka VDP, very dumb person. - ASTRO AWANI

Thailand Rakam 300 objek terapung di Lautan Hindi - Imej Satelit

Thailand Rakam 300 objek terapung di Lautan Hindi - Imej Satelit | BANGKOK: Imej satelit Thailand menunjukkan 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi ketika misi mencari pesawat MH370, kata pegawai hari ini.


Agensi Maklumat Geo dan Pembangunan Teknologi Angkasa Thailand, berkata objek berukuran dari dua hingga 15 meter dilihat bertaburan di kawasan kira-kira 2,700 kilometer barat daya Perth.

"Tetapi kami tidak boleh dan tidak akan mengesahkan bahawa ia adalah serpihan pesawat berkenaan," kata Pengarah Eksekutif agensi itu, Anond Snidvongs.

KLIK UNTUK BESARKAN



Katanya, maklumat itu sudah dimaklumkan kepada kerajaan Malaysia.

Imej itu diambil menggunakan satelit pemantau bumi tunggal milik Thailand pada Isnin lalu tetapi memerlukan beberapa hari untuk diproses.

Katanya, objek itu dikesan kira-kira 200 kilometer dari kawasan imej satelit Perancis yang menunjukkan objek berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat itu ketika misi SAR baru-baru ini.

Gurauan Terakhir dari Captain Zaharie - Kau Tidak Akan Jumpa PusaraKU

"Kau tidak akan jumpa kubur atau pusaraku", itulah gurauan terakhir Kapten Zaharie Ahmad Shah pada kenalan rapatnya, Mohaza.

Mohaza tidak menyangka gurauan di Aidilfitri tahun lalu itu menjadi petanda bahawa Kapten Zaharie akan pergi buat selama-lamanya.

Menurut Mohaza, Kapten Zaharie bergurau sedemikian ketika berada di Tanah Perkuburan Jalan Perak, Pulau Pinang.

“Zaharie memberitahu saya (secara gurauan) yang saya tidak akan jumpa kubur atau pusaranya. Inilah rupa maksudnya. Baru saya mengerti. Pusaranya di Lautan Hindi.


“Al-Fatihah. Semoga Allah SWT mencucuri setinggi-tinggi rahmat ke atas rohnya dan juga muslimin muslimat pesawat MH370 kesemuanya serta ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Amin,” katanya.

Ahmad Idris Zaharie, anak kepada Kapten Zaharie juga turut berkongsikan rasa terharu dengan sokongan dan kata-kata semangat dari sahabat serta kenalan bapanya.

Melalui laman Facebook ‘Friends of Captain Zaharie MH370′, Ahmad Idris menulis;

“Terima kasih semua untuk sokongan yang diberikan. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah kerana telah meminjamkan aku seorang ayah yang berdedikasi dan penyayang selama 31 tahun aku ini. Al-Fatihah.”

Shila Amzah dikaitkan tragedi MH370 oleh peminatnya di CHINA


Shila Amzah dikaitkan tragedi MH370 oleh peminat di CHINA | Tidak dinafikan misteri kehilangan pesawat MH370 memberi kesan bukan sahaja kepada rakyat Malaysia malah masyarakat di seluruh dunia.

Namun, warga China yang dilihat lebih terkesan dengan insiden ini apabila melibatkan sejumlah besar penumpang pesawat malang itu yang berasal dari sana.

Kita pun sudah tahu banyak daripada rakyatnya terang-terangan menghentam kerajaan Malaysia berhubung perkara tersebut.

Namun, tidak disangka-sangka penyanyi berbakat besar kelahiran Malaysia yang semakin mencipta nama di sana iaitu Shila Amzah turut terkena tempias apabila peminat-peminatnya turut mengaitkannya dengan tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines itu.

Shila sampaikan terpaksa memuat naik status di laman sosialnya berbunyi, “MH370 is not my fault… Really sorry… please…”.

Tiada siapa pun yang mahukan perkara sebegini berlaku, MH370 bukan salah Shila, bukan salah MAS dan bukan juga salah kerajaan Malaysia!

Diana Danielle Akui Pernah Lalui Saat Cemas Pesawat Menjunam

Diana Danielle Akui Pernah Lalui Saat Cemas Pesawat Menjunam | Diana Danielle Akui Pernah Lalui Saat Cemas Pesawat Menjunam | Isteri pelakon terkenal, Farid Kamil iaitu Diana Danielle akui dirinya sangat terasa dengan insiden kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 kerana dia juga pernah mengalami saat mencemaskan ketika dalam penerbangan ke Amerika Syarikat tiga tahun lalu.

Menurut Diana, dalam kejadian itu, pesawat yang dinaikinya mengalami masalah pada bahagian enjin sehingga ia terpaksa mendarat di lapangan terbang terdekat bagi membolehkan penumpang berpindah ke pesawat lain.

"Ia sukar untuk digambarkan keadaan itu kerana saya rasakan seperti pesawat itu menjunam selama enam saat dengan enjinnya berhenti.

"Ketika itu saya dapat rasakan semua penumpang berada dalam keadaan cemas dan saling berpandangan antara satu sama lain,"

Kata beliau lagi, masalah kerosakan enjin itu diberitahu selepas kapal terbang tersebut selamat mendarat bagi memindahkan penumpang ke pesawat lain untuk meneruskan perjalanan ke Amerika Syarikat.



Kejadian itu juga membuatkan dia fobia setiap kali terpaksa menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara untuk ke sesuatu destinasi.

"Kalau boleh saya tidak mahu menaiki kapal terbang terutama jika pergi ke tempat-tempat yang dekat dan ia boleh naiki kereta sahaja."Setiap kali ketika kapal terbang ingin berlepas atau mendarat saya akan rasa terlalu takut sehingga kadang-kala terpaksa memeluk penumpang di sebelah," katanya.

Dalam pada itu, Diana berkata, insiden MH370 sangat menyentuh perasaan, namun jauh di sudut hatinya masih berharap penumpang dan anak kapal itu selamat selagi belum ada bukti kukuh yang mengesahkan ia terhempas di Lautan Hindi seperti dilaporkan.

Tambahnya, sejak insiden yang bermula pada 8 Mac lalu itu, dia antara individu yang tidak terkecuali mahu mendapatkan maklumat terkini tentang pesawat berkenaan.

"Sejak kejadian ini semua orang jadi pakar penerbangan termasuklah saya. Sedikit sebanyak saya belajar tentang penerbangan. 

Terkini (TAKZIAH) Datuk Osman Jantan @ Ali Mamak Meninggal Dunia

Terkini (TAKZIAH) Datuk Osman Jantan @ Ali Mamak Meninggal Dunia | Datuk Osman Jantan atau Ali Mamak, seorang pelawak yang cukup dikenali di era 80′an dengan sitkom ‘Santan Berlada’ telah meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia jam 4.20 pagi tadi kerana kanser tahap kedua. Perkara ini juga disahkan oleh anak lelaki beliau, Sharol Nizam melalui Facebook peribadinya.

Alllahyarham yang merupakan anak kelahiran Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka sudah berkecimpung dalam bidang seni selama kira-kira 25 tahun, dan telah dianugerahkan gelaran Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk.

Di samping berlawak, Ali juga merupakan seorang penyanyi lagu-lagu komedi yang tidak asing lagi dengan pelbagai rentak dan lagunya pula sarat dengan mesej berunsur kritikan sosial atas isu-isu semasa yang berlaku di negara ini.

Jenazah akan dibawa ke Hulu Langat, Selangor untuk pengebumian sebelum Zohor. Bersama-sama kita doakan agar roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

MH370 - Perangkap Pusaran Maut Gyre Di Lautan Hindi Cabaran Terbesar SAR

MH370 - Perangkap Pusaran Maut Gyre Di Permukaan Laut Cabaran Terbesar SAR | Kuala Lumpur: “Pasukan mencari sekarang bekerja di kawasan laut yang ada pusaran amat besar serta mampu memerangkap apa saja objek yang jatuh di dalamnya.”

Itu kata Pensyarah Jabatan Geografi Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM) Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah mengenai keadaan di selatan Lautan Hindi, kira-kira 2,500 kilometer ke arah barat daya Perth, Australia yang menjadi tumpuan dunia sekarang.

Kawasan dianggap antara lokasi terpencil dunia itu menjadi perhatian selepas Perdana Menteri Australia Tony Abbott kelmarin mengumumkan satelit mengesan dua objek besar yang berkemungkinan ada kaitan dengan MH370 yang hilang sejak dua minggu lalu.


Dr Azizan berkata, saiz pusaran besar dinamakan ocean gyre di Lautan Hindi itu amat luas dan merangkumi Sumatera, Indonesia hingga ke perairan Madagascar.
“Gyre adalah pusaran besar di permukaan laut. Semua serpihan yang terperangkap dalam ocean gyre ini akan berpusing dan diapung oleh arus. - 

MH370: Gunung Berapi Dasar Lautan Hindi Cabaran Pasukan SAR

MH370: Gunung Berapi Dasar Lautan Hindi Cabaran Pasukan SAR  | Misi operasi dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 di kawasan terpencil selatan Lautan Hindi bertambah rumit apabila pasukan tersebut berdepan cabaran menempuh gunungberapi dasar laut dan kawasan bergunung.

Menurut pakar yang terbabit dalam operasi tersebut, tiada jaminan dapat diberikan sama ada adakah mereka berjaya menemui bangkai pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Sementara itu, penyelidik lautan dari University of New South Wales, Erik van Sebille menyatakan kawasan nahas itu dikenali di kalangan pelaut sebagai ‘roaring forties’ iaitu lautan tebusan.


Selain itu, Lautan Hindi yang merupakan lautan ketiga paling besar di dunia memang sangat dikenali sebagai lautan yang sentiasa bergelora dengan keadaan ribut kencang dan ombak laut yang mampu mencapai sehingga 10 ke 15 meter ketika musim sejuk.

Sebelum ini, pada Isnin lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat pengumuman bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 telah mengakhiri penerbangan mereka di tengah Lautan Hindi, Isnin lalu

MH370: AirAsia Gantung Tugas Juruterbang Biadap!

MH370: AirAsia Gantung Tugas Juruterbang Biadap! | KUALA LUMPUR – Seorang juruterbang syarikat penerbangan AirAsia digantung tugas kerana didakwa mengkritik pengumuman kerajaan berhubung pesawat MH370 terhempas di Lautan Hindi menggunakan laman sosial.

Ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam satu kenyataan berkata, tindakah itu bagi membolehkan siasatan dilakukan ke atas juruterbang berkenaan.

“Pegawai kanan AirAsia X telah digantung tugas sementara menunggu siasatan berkenaan pelanggaran polisi syarikat dalam tulisan Facebook,” katanya menerusi akaun Twitternya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Rani Osman dalam Twitternya berkata, juruterbang itu melanggar “arahan khusus” iaitu tidak mengulas mengenai pencarian MH370 secara terbuka.

Arahan tersebut dikeluarkan untuk mengelakkan kakitangan AirAsia membuat kenyataan yang boleh mengguris perasaan pihak lain, tegas beliau.

Mynewshub.my semalam melaporkan, seorang individu dipercayai juruterbang syarikat penerbangan Air Asia X mengkritik langkah-langkah kerajaan dalam menangani isu kehilangan pesawat MH370.

Berikutan kenyataan juruterbang itu melalui Facebook:

(*Mencarut* … betulkah sudah ada bukti konkrit yang MH370 dah terhempas?! Adalah tidak betul untuk membuat andaian jika tiada bukti yang mengesahkannya!! Serpihan tu belum dibuktikan lagi daripada pesawat! Tunjukkan bukti pada kami MH370 dah terhempas. Selagi itu, berhenti sembunyikan fakta! Orang buta pun boleh nampak banyak perkara yang kerajaan tahu tapi tak nak dedahkan!!) 


MH370: Juruterbang Air Asia Kutuk Kerajaan Malaysia?

MH370: Juruterbang Air Asia Kutuk Kerajaan Malaysia? | Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Kerajaan Malaysia sudah berusaha sehabis daya untuk memberikan usaha terbaik dalam menangani masalah kehilangan pesawat MH370 sejak hari pertama lagi.

Harus diingat, ini adalah tragedi pertama seumpamanya yang melanda syarikat penerbangan hingga membingungkan banyak negara termasuk kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dan China.

Namun sesetengah media asing yang mempunyai agenda tersendiri, telah menulis banyak laporan tidak benar termasuk mempertikaikan usaha Kerajaan Malaysia dan menuduh ada maklumat disembunyikan sekaligus menjadi batu api yang memarakkan perasaan keluarga penumpang MH370 terutama dari luar negara.

Adalah malang jika dalam keadaan ini, rakyat Malaysia turut memilih untuk bersatu dengan media asing mengutuk negara sendiri.

Namun itulah yang digambarkan dalam satu status yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Krish Jejendira.

Status tersebut berbunyi:

(*Mencarut* … betulkah sudah ada bukti konkrit yang MH370 dah terhempas?! Adalah tidak betul untuk membuat andaian jika tiada bukti yang mengesahkannya!! Serpihan tu belum dibuktikan lagi daripada pesawat! Tunjukkan bukti pada kami MH370 dah terhempas. Selagi itu, berhenti sembunyikan fakta! Orang buta pun boleh nampak banyak perkara yang kerajaan tahu tapi tak nak dedahkan!!)

Apa yang dikesalkan, individu berkenaan dipercayai bekerja sebagai juruterbang di Syarikat Penerbangan Air Asia X.



Tindakan ini boleh dikira amat tidak patut apatah lagi tragedi MH370 turut melibatkan kakitangan dan keluarga Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Kalau warga MAS dan ketua mereka berdiri teguh di belakang Kerajaan Malaysia, apa hak kakitangan syarikat penerbangan lain untuk berfikir sebaliknya?

Sekiranya status ini benar-benar dimuatnaik oleh kakitangan Air Asia, rasanya syarikat penerbangan tambang murah ini perlu menegur kakitangannya agar lebih sensitif jika mahu berkongsi pendapat dengan umum terutama apabila membabitkan isu nasional seperti ini

WANTED!!! gambar zharif, individu menghina anak ketua pramugara #mh370 tersebar

WANTED!!! gambar zharif, individu menghina anak ketua pramugara #mh370 tersebar | Dikala keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi bersedih, ada pula individu yang bertindak menghina mereka.

Zharif Hakim, yang menggunakan ID @Zharif32 di Twitter dilihat kerap kali menghentam anak Ketua Pramugara MH370, Maira Elizabeth Nari.






Motif, sebab dan punca tidak dapat diketahui. Barangkali lelaki ini berang dengan kedudukan Maira yang semakin mendapat perhatian orang ramai termasuklah media antarabangsa.

Ramai yang mengecam tindakan Zharif yang dilihat kurang cerdik oleh ribuan pengguna lamanFacebook & Twitter.

Kini tersebar pula gambar Zharif di media sosial. Harap pihak polis ambil tindakan tegas terhadap individu yang biadab ini.

Sumber