Showing posts with label Dalam Negara. Show all posts
Showing posts with label Dalam Negara. Show all posts

Ditangkap Basah, Isteri ‘Bertukar’ Wajah

Ditangkap Basah, Isteri ‘Bertukar’ Wajah | MELAKA – Akibat terlalu panik, seorang lelaki dikatakan cuba memperdayakan penguat kuasa dengan menunjukkan kad nikah ketika dicekup dengan kekasih gelapnya dalam satu operasi cegah maksiat di sebuah hotel bajet di sekitar bandar raya ini, awal pagi semalam.

Difahamkan, dalam serbuan jam 2 pagi, lelaki lingkungan 30-an itu sanggup memaklumkan kononnya sudah bernikah dengan wanita berusia 20-an berkenaan.

Namun, pemeriksaan mendapati wajah wanita pada kad nikah itu tidak sama dengan wajah sebenar pasangan yang dicekup bersamanya di bilik hotel terbabit.

Selepas disoal siasat, kedua-dua mereka mengaku belum berkahwin dan bapa kepada empat anak itu dikatakan sedang dalam proses perceraian dengan isterinya.

Perkara itu dibongkar sepasukan 25 pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang menjalankan Ops Ambang Tahun Baru di hotel bajet di sekitar Ujong Pasir dan Plaza Mahkota, di sini, bermula kira-kira jam 12 tengah malam.

Dalam operasi empat jam yang turut mendapat kerjasama polis itu, sebanyak 16 hotel diperiksa dan seramai tujuh pasangan berusia 16 dan 48 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Sepasang warga Indonesia berusia 28 dan 30 tahun turut dicekup bersama seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang didakwa anak mereka walaupun gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan status pernikahan.

Mendedahkan perkara itu, Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JAIM Zuruliman Zakaria berkata, operasi itu dijalankan bagi mengesan pasangan terutama remaja yang mengambil kesempatan melakukan maksiat sempena tahun baru.

“Ia lebih memfokuskan kepada hotel bajet menjadi tumpuan kepada pasangan beragama Islam yang bukan mahram disyaki membuat perkara maksiat di bilik hotel disewa mereka,” katanya.

“Justeru, pemeriksaan di premis berkenaan yang membawa kepada penahanan tujuh pasangan atau 12 individu termasuk seorang remaja perempuan berusia 16 tahun,” katanya yang mengetuai operasi itu.

Menurut beliau, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu berkurung yang mendatangkan syak.

“Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya,” katanya

Sumber mynewshub

Inikah Pelaku Kes Campak Al-Quran Dalam Jamban?

Inikah Pelaku Kes Campak Al-Quran Dalam Jamban? | Kejadian naskhah al-Quran diselerakkan dan sesetengahnya dicampakkan ke dalam lubang tandas di Masjid Limbongan, Besut, Terengganu sememangnya sesuatu yang mengejutkan dan menaikkan kemarahan umat Islam.

Susulan itu, seorang lelaki yang dikatakan pelaku perkara keji ini telah berjaya diberkas.



Menerusi gambar yang tersebar di rangkaian media sosial sejak semalam, wajah seorang lelaki yang didakwa pelaku kes ini kelihatan berlumuran darah dan cedera parah, dipercayai akibat dipukul.

 Baca : 
VIDEO: rakaman cctv insiden selerak al-quran di masjid limbongan, besut

Lelaki yang dikatakan bekerja sebagai pengawal keselamatan itu dikatakan ‘gila isim’.

Dalam pada itu, penangkapan suspek kes ini turut diuar-uarkan di laman Facebook Masjid Limbongan menerusi satu status di Facebook.


Klik untuk besarkan





Ketua Polis Daerah Besut, Tuan Kamaruddin Mohd Zakaria dikatakan memberi pengesahan tentang penangkapan ini kepada para jemaah selepas solat Isyak dan solat sunat hajat di masjid tersebut, malam tadi.

Turut hadir ketika penjelasan diberikan adalah ADUN Kota Putera, Mohd Mahdi Musa dan Pegawai Agama Daerah Besut.

Jika benar perkara ini, semoga pelaku terbabit diberikan hidayah dan petunjuk.


Sumber mynewshub

Bacaan ayat kursi selamatkan jururawat menjadi mangsa r0g0l lelaki bangladesh

Bacaan ayat kursi selamatkan jururawat menjadi mangsa r0g0l lelaki bangladesh | Kg. Baru - “Dia (penjenayah) menjerit kepanasan apabila saya membaca ayat Kursi. Malah, penjenayah itu tidak meneruskan niatnya untuk mer0g0l saya biarpun pakaian ditanggalkannya,” kata seorang jururawat mahu dikenali sebagai Intan, 21.

Intan berkata demikian ketika menceritakan detik cemas dia cuba dir0g0l seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh berusia lewat 30-an yang memecah masuk rumahnya di Kampung Baru, di sini, pada jam 5.45 petang, Selasa lalu.

Dalam kejadian itu, biarpun tidak merogol mangsanya, suspek dilapor merampas wang tunai RM50 selain beberapa barangan berharga lain dianggarkan bernilai RM300 sebelum melarikan diri.

Menceritakan semula kejadian itu, Intan berkata, dia yang tidur di ruang tamu terjaga apabila mendengar ada orang membuka pintu rumahnya.

“Saya terkejut apabila melihat seorang lelaki warga Bangladesh yang tidak dikenali sudah berada di depan pintu rumah.

Saya segera berlari untuk masuk ke dalam bilik namun dihalang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Intan, penjenayah itu mengeluarkan pisau sebelum mendakwa dirinya anggota polis selain memintanya supaya mendiamkan diri.

“Saya tahu dia bukan polis kerana bahasa digunakan seperti warga Bangladesh.

Dia (penjenayah) memeluk dan mula #mencium saya.

Saya terpaksa mendiamkan diri kerana bimbang dicederakan,” katanya.

Menurutnya, penjenayah terbabit meminta wang tunai dan barang kemas daripadanya.

“Belum pun sempat berbuat apa-apa, dia (penjenayah) menolak saya ke katil dan mula menanggalkan pakaian dan seluar saya.

“Ketika itu, saya berulang-kali merayu supaya dikasihani namun suspek terus menindih badan saya kerana mahu mer0g0l.

“Pada mulanya ada sedikit pergelutan namun saya tidak berdaya melawan kudratnya apatah bimbang dicederakan kerana dia (suspek) bersenjata,” katanya.

Intan berkata, dia yang kebuntuan akhirnya mengambil keputusan untuk membaca ayat Kursi dengan kuat selain berniat di dalam hati untuk menyerahkan nasibnya kepada Allah.

“Apabila saya baca ayat Kursi, dia (penjenayah) bagaikan kepanasan dan menjerit-jerit mendakwa ‘panas’.

Penjenayah itu tidak jadi untuk mer0g0l saya.

“Penjenayah itu berubah fikiran, dia (suspek)menggunakan tali pinggang dan tudung mengikat kaki serta tangan saya,” katanya memberitahu, suspek melarikan diri selepas merampas wang tunai RM50 dan beberapa barangan berharga lain.

Katanya, dia yang membuka ikatan di tangan dan kakinya itu tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK)


Sumber isupanaz

Cemburu isteri dipandang orang, suami belasah lelaki depan bank di cheras

Cemburu isteri dipandang orang, suami belasah lelaki depan bank di cheras | Kuala Lumpur: Akibat cemburu, seorang lelaki bertindak memukul seorang lelaki yang didakwa memandang isterinya dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Cheras, di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa dipercayai sedang menaip SMS kemudian mendongakkan kepalanya ketika lelaki terbabit bersama isteri lalu di hadapannya.

Bagaimanapun, tindakan mangsa itu disalah erti menyebabkan lelaki berusia 27 tahun itu menjadi berang sebelum berhenti lalu mencekik dan memukul mangsa bertubi-tubi di bahagian kepala.

Menurut sumber, dalam insiden itu, lelaki terbabit mengaku dirinya gengster di kawasan berkenaan dan turut mengambil alat pembuka skru tayar di dalam kenderaannya sebagai ugutan untuk memukul mangsa.

“Orang ramai yang berada di tempat kejadian cuba meleraikan pergaduhan itu, namun lelaki itu terus memukul mangsa selain turut meludah ke arah mangsa sebelum beredar,” katanya.

klik untuk besarkan



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.


“Suspek sudah menyerah diri di Balai Polis Sungai Besi petang tadi (semalam).


“Pihak kami akan menjalankan kawad cam sebelum suspek dituduh di mahkamah. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 KK kerana mencederakan dengan niat, “katanya


Sumber mymedialab

Aishah Mengaku Tak Rapat Dengan Ibu Bapa

Aishah Mengaku Tak Rapat Dengan Ibu Bapa | STOCKHOLM: Anak perempuan pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan kerana didakwa memukul anak-anak mereka mengaku berasa terasing daripada ibu bapanya dan sering memikirkan ibu saudaranya sebagai ibu kandungnya yang sebenar.

“Saya rapat dengan adik-beradik perempuan ibu saya, saya rasa mereka seperti ibu saya yang sebenar. Saya tidak berasa dekat dengan ibu sebenar saya,” kata Aishah.

Ketika mendengarnya, ibunya, Shalwati Nurshal membetulkan tempat duduknya, manakala bapanya, Azizul Raheem Awalluddin memandang ke bawah dan menyapu bahagian dahinya dengan ibu jari.

Ibu bapa Aishah telah ditahan pada 18 Disember tahun lalu selepas anak sulung mereka, Ammar memberitahu kakitangan di sekolahnya bahawa dia telah dipukul.

Apabila ditanya jika dia menyukai ayahnya, Aishah berkata dia juga tidak rapat dengan bapanya dan lebih suka bersendirian di dalam bilik.

Dalam rakaman temubual yang dijalankan sebelum ini dan ditunjukkan di mahkamah daerah Solna pada Selasa, Aishah mengimbas kembali pergaduhan dengan ibunya disebabkan pakaian yang dibelikan ibu saudaranya untuk Aishah.

“Pada suatu masa, makcik saya membelikan saya seluar jeans, dan ibu berkata sepatutnya harganya perlulah di bawah RM50.

“Tetapi saya mendapat dua pasang seluar jeans dengan harga sekitar RM100, jadi ibu memarahi saya dengan mengatakan ia terlalu mahal,” kata Aishah.

Ditanya bagaimana perasannya, Aishah berkata dia berasa ‘marah dan sedih’, sambil mengoyak kertas tisu yang diletakkan di atas meja temubual.

Dalam satu temu bual sebelum ini, Aishah berkata kesemua adik-beradiknya mahu tinggal dengan ibu saudara mereka di Malaysia, selepas dihantar ke rumah keluarga angkat di Sweden.

Aishah dan adik-beradiknya, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, telah diletakkan dalam jagaan ibu saudara mereka, Shalena Hisham Makhzan dan suaminya Nik Farid Nik Abdullah sebaik sahaja mereka kembali ke Malaysia pada 1 Februari.



Sumber mynewshub

5 gambar lelaki gantung diri selepas bergaduh dengan kekasih di batu maung

5 gambar lelaki gantung diri selepas bergaduh dengan kekasih di batu maung | Seorang lelaki ditemui mati di kawasan siar kaki berdekatan dengan Kilang Jabil, Batu Maung, Pulau Pinang.

Gambar yang diperolehi dari Facebook Daily Traffic Report itu bagaimana pun tidak disertakan dengan laporan penuh mengenai kejadian itu.

Namun, menurut sumber tidak rasmi, lelaki berkenaan didakwa bergaduh dengan kekasihnya. Gagal mencapai elemen pendamaian, lalu lelaki berkenaan bertindak membunuh diri dengan mengantungkan dirinya di sebatang pokok di siar kaki.

Kekasihnya cuba membantu dan menyelamatkan lelaki tersebut. Malangnya sudah terlambat, lelaki berkenaan meninggal di tempat kejadian.







Sumber mymedialab

Jenazah Lengkap Dikafan Ditinggal Di Tepi Jalan

Jenazah Lengkap Dikafan Ditinggal Di Tepi Jalan | BUKIT MERTAJAM – Kekecohan telah tercetus bilamana satu jenazah yang telah lengkap dikafankan telah ditemui ditepi jalan di Bukit Minyak, Bukit Mertajam pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Azman Abd Lah berkata ia ditemui oleh seorang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 8.45 pagi dengan kepala dan kaki mayat diikat dan ianya dipercayai mayat seorang lelaki warga asing.


“Keadaan mayat seperti sudah dikafan. Ia masih dalam keadaan sempurna, tidak berpakaian dan mulutnya berbuih. Kita percaya mungkin lelaki itu baru mati,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati ditempat lain sebelum mayatnya diletakkan di situ.

Tiada sebarang dokumen ditemui bersama mayat yang kemudiannya dihantar ke hospital untuk mengenal pasti punca kematian mangsa, katanya.

“Tiada sebarang kesan kecederaan di badan mayat dan tiada unsur jenayah. Kes disiasat sebagai mati mengejut bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya


Sumber mynewshub

3 gambar sharnaaz dedah salinan perbualan sms dengan fauzi nawawi

3 gambar sharnaaz dedah salinan perbualan sms dengan fauzi nawawi | Berdepan saman maksimum! Itu kata-kata amaran dari Sharnaaz ditujukan kepada pasangan suami isteri, Fauzi Nawawi & Lisdawati yang sebelum itu telah mengeluarkan kenyataan kepada pihak media kononnya Lisdawati diancam & diugut oleh Sharnaaz di lokasi pengambaran.

 BACASharnaaz Maki Nisdawati di set penggambaran
Klik untuk besarkan



Kredit Gambar Harian Metro


Dipetik dari Harian Metro hari ini, Sharnaaz memberikan tempoh seminggu kepada Fauzi Nawawi dan isterinya untuk meminta maaf secara terbuka atau bakal berdepan dengan tindakan undang undang.

“Saya bagi masa seminggu kepada Poji (Fauzi) dan Lisdawati untuk minta maaf secara terbuka. Mereka juga kena minta maaf pada mak bapa saya atas apa yang sudah berlaku”

“Mereka sudah membuat cerita dan memburukkan keadaan, sedangkan benda ini boleh diselesaikan dengan baik. Bila orang panggil kita anjing kurap dan membabitkan mak bapa dalam kes ini, tahap kesabaran saya pun ada batasnya”

“Kalau mereka tak minta maaf dan terus memalukan saya, tunggu saja saman (daripada) saya semaksimum mungkin,” ujar Sharnaaz Ahmad tegas.

Luahan Imam ‘BALING SELIPAR’ Ketika Ambil BR1M VIDEO


Luahan Imam ‘BALING SELIPAR’ Ketika Ambil BR1M | MASIH ingatkah lagi kisah seorang imam yang bertindak biadap dengan membaling selipar kearah Hakim dalam Mahkamah?

Ahli PAS seumur hidup, Hoslan Hussin pernah mendapat perhatian umum dan menghiasi dada dada akhbar serta mendapat liputan berita telivisyen ketika kisah ini hangat diperkatakan.

Hoslan Hussin yang turut menyertai himpunan jalanan Bersih, Blackout dan pelbagai demo telah dibebaskan setelah menjadi hukuman penjara setahun kerana menghina Mahkamah.

Baru-baru ini setelah kembali daripada menghantar anak beliau mengaji di Yemen,beliau telah dijemput oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menjadi Pakar Motivasi kepada banduan-banduan kes dadah dalam penjara.

Kalau google kronologi cerita pasal imam selipar ini memang banyak.

Kelmarin beliau turut hadir untuk menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), jom dengar apa katanya





Sumber mynewshub

Remaja Sudah Duga Ajal Menerusi Status Facebook

Remaja Sudah Duga Ajal Menerusi Status Facebook | AJAL maut sememangnya di tangan Tuhan dan tiada siapa pun yang akan tahu bilakah waktu dan tarikh tepat kematian mereka.

Namun, tidak dinafikan ada juga insan yang dapat merasakan waktu kematian mereka semakin hampir.

Ia dapat diperhatikan melalui sikap yang luar dari kebiasaan atau kata-kata mereka.

Seperti remaja ini, dia seperti dapat menduga ajalnya semakin hampir melalui status yang ditulisnya di laman Facebook yang berbunyi:



Melalui perkongsian di Facebook Oh! Media, dia meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah van sewaktu menunggang motosikal di Kampung Perana, Pulau Langkawi.

Lebih menyedihkan, hari kematiannya merupakan hari yang sama dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-16.

Berikut adalah komen-komen daripada beberapa individu yang mengenali mangsa.

Klik untuk besarkan



Apa pun, sedekahkahlah surah Al-Fatihah buat remaja ini dan janganlah membuat andaian yang bukan-bukan kerana kita sendiri tidak tahu bagaimanakah bentuk kematian kita suatu hari nanti. Wallahu a’lam…


Sumber mynewshub

Eksklusif: luahan hati mahasiswa yang dianiaya oleh air asia

Kuala Lumpur, tiada tolak ansur dan langsung tidak berjiwa masyarakat selain tidak berhati perut dengan hanya mengaut keuntungan semata-mata yang dapat menyifatkan rasa tidak berpuashati sekumpulan pelajar Institut Pengajian Tinggi terhadap syarikat penerbangan tambang murah Air Asia.

Perkara itu disebut sebaik sekumpulan pelajar tersebut berjaya pulang sejurus lawatan mereka ke Medan, Indonesia dengan menggunakan perkhidmatan penerbangan tambang murah Air Asia dekat sini, LCCT kelmarin.

Jelas mereka, penerbangan mereka ke Medan pada 12 Februari yang lalu tergendala seketika apabila kelewatan yang hanya seminit dijadikan alasan untuk tidak membenarkan mereka melepasi pintu untuk menaiki pesawat AK1350 yang dijadualkan berlepas pada jam 7.45 pagi waktu Malaysia.

Tambah mereka lagi, pintu penerbangan tersebut ditutup dihadapan mereka ketika sebahagian darinya berjaya melepasi pintu tersebut dan pegawai bertanggungjawab langsung tidak memberikan budi bicara dan tolak ansur untuk membenarkan sebahagian yang lain menaiki pesawat.

Menurut mereka seramai 15 penumpang gagal menaiki pesawat atas alasan yang sama dan dinasihatkan pegawai yang menjaga pintu berkenaan untuk membeli tiket perjalanan seterusnya pada jam 1.50 petang.

"Mereka langsung tidak bertolak ansur, kata mereka tak nak ganggu jadual perjalanan..tapi kami masih menghubungi kawan yang berjaya menaiki pesawat dan mereka cakap pesawat sehingga jam 7.55 pagi pun masih belum berlepas.

Kumpulan pelajar tersebut yang kemudiannya akur dengan tindakan tidak bertimbang rasa tersebut mengambil keputusan untuk menaiki penerbangan seterusnya. Kini, lain pula ceritanya apabila mereka menyedari bahawa mereka tidak boleh mengurangkan harga tambang yang baru daripada penerbangan sebelumnya.

"Mereka kata tiket kami tiket promosi dan kami perlu bayar penuh kerana tak boleh buat pengurangan harga tiket daripada tiket sebelumnya.

Akur dengan kenyataan tersebut, kumpulan pelajar itu terpaksa mengeluarkan duit mereka sendiri bagi menampung kos penerbangan seterusnya yang menelan belanja sebanyak RM200 setiap seorang tidak termasuk bagasi tambahan.

Namun, kekecewaan pelajar tersebut tidak berakhir begitu sahaja apabila menyedari bahawa beg mereka tersalah tagging selain mendapati bahawa beg rakan mereka yang berjaya melepasi pintu penerbangan turut dihantarkan ke bahagian lost and found.

Setelah berbincang dengan pegawai di kaunter khidmat pelanggan Air Asia, mereka dikejutkan bahawa bayaran bagasi terdahulu tidak boleh dikehadapankan bagi penerbangan seterusnya selain mereka terpaksa mengeluarkan wang tambahan bagi menampung kos bagasi tersebut.

Pelajar pelajar tersebut ketika ditemui wartawan UNC sempat mencadangkan agar semua mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi menjadikan Air Asia sebagai perkhidmatan penerbangan pilihan terakhir memandangkan syarikat itu yang semakin teguh dilihat semakin angkuh dan tidak bertimbang rasa.

*Luahan Hati seorang daripada pelajar tersebut di laman sosial*

Hati-hati dengan promosi murah AirAsia!

Ini teguran ikhlas aku kepada semua orang supaya lepas ni taklah korang pun terkena tipu dengan perniagaan KOTOR AirAsia ni. Walaupun aku bangga dia sebagai company tempatan yang Berjaya di pesada dunia tapi bagi aku layanan pelanggan yang TERANIAYA tak wajar berlaku!

Begini kisahnya, aku dan lapan orang kawan-kawan dah membeli sebuah tiket promosi AirAsia ke Medan. Nak dijadikan cerita kami dah tiba awal dekat LCCT untuk naik flight tapi punyalah ramai orang beratur tambah pula dengan pekerja AirAsia sendiri yang layan kteorang lambat nak masuk luggage terhegeh-hegeh. Tak pe boleh sabar lagi ye la excited first time nak pergi Medan.

Lepas melepasi Kastam, kami pun berjalan ke pintu kaunter 3 untuk ke Medan pada 12 Februari 2014. Depan mata aku seorg mamat staf AirAsia ni tutup pintu setelah 4 daripada kami Berjaya masuk. Terkejut beruklah kami berlima yang tertinggal ni eh kenapa dah tutup pintu kami dahlah datang berkumpulan bagilah masuk. Alasannya masa dah tamat mereka akan menutup pintu 20 MINIT SEBELUM PENERBANGAN dan waktu penerbangan pukul 6.45 pagi dan masa tu jam pukul 6.25 pagi. Consider la sikit tak payahlah nak RIGID sangat.

Kejadah giler! Nego punya nego dia kata “Maaflah encik kami tak boleh bukak sebab ini akan menganggu schedule penerbangan”.

Aku mcm tak boleh terima sebab depan mata kami dia tutup pintu. Nak dijadikan cerita bukan kami berlima je ada lagi 10 orang yang menimpa nasib yang sama macam kami. KIRANYA ADA 15 ORANG DIA TAK BAGI MASUK DENGAN SENGAJA!

Daripada runding elok2 sampailah bergaduh kami kat situ sebab jawapan yang dia berikan sangat KURANG AJAR DAN TAK MASUK AKAL. Akhirnya dia suruh kami beli tiket baru di kaunter servis. Senang je kan nak kaut untung.

Tak cukup dengan tu kawan kami yang Berjaya naik flight kata, “Eh flight tak gerak pun pukul 6.45 TEPAT. Flight delay!!! Sebab apa plak delay. So apa masalah tak nak bagi kami masuk. NOT MAKE SENSE AT ALL!

Selepas urusan dengan kastam selesai kami pun pergi ke kaunter servis. Kami disuruhlah ambil bagasi kami kembali, menurut staff AirAsia tu kalau kami MISS FLIGHT, bagasi pun takkan naik sekali. OK LAA.. so masa ambil bagasi, kami terperasan pula ada dua beg bagasi kawan kami yang dah berlepas fly ke Medan tertinggal sekali.

Eh apalah pulak ni kan. Check punya check rupanya dia letak nama berbeza-beza setiap beg. Beg aku nama kawan aku, beg kawan aku nama aku.. BERCELARU!
SENANG JE KAN!!

Kalau kami tak perasan beg kawan kami tu macam mana? Kalau ada harta berharga dalam bagasi kemudian ada orang ambil macam mana? Macam mana staff dorg kerja letak nama beg lain2. Bila report kat kaunter servis dia kata kami kena beli luggage baru sebab tak ada insurans cover… Dah makan duit orang lagi!!!

Disebabkan tak nak mengecewakan impian nak pergi juga Medan, ditambah pula rasa tanggungjawab nak kena tanggung lagi beg kawan kami yang dah berlepas ke Medan tu, kami pun beli je la next flight yang kos RM200 seorang(termasuk luggage BARU).. melayang macam tu je duit kan!!

Flight seterusnya pukul 1.10 tengahhari. Tak nak perkara sama berulang pukul 12.30 kami dah mula tunggu depan pintu kaunter. Ok MAMAT AIRASIA KURANG AJAR YANG SAMA PAGI TADI JUGA JAGA KAUNTER… yang kelakarnya punya penat kami tunggu dan beratur, dalam tiket tertera kuanter buka pukul 1.10 tapi pukul 1.20 baru dia buka dan flight kata nak terbang pukul 1.45. Kiranya pukul 1.25 dia akan tutup pintu..

HANYA ADA 5 MINIT JE KITA NAK BEREBUT MASUK DALAM FLIGHT OTHERWISE AKAN JADI MACAM KES AKU TADI DIA TERUS TUTUP PINTU DAN SURUH BELI TIKET BARU!!!

Bayangkan betapa bengang ye aku sebagai seorg pelangan rasa sangat sangat teraniaya dengan layanan sebegini seakan-akan sengaja je nak kaut untung lebih lagi-lagi tiket promosi yang tidak menawarkan insurans jadi sebab tu dia rigid tapi bila nak buka pintu tak ikut masa yang ditetapkan pula!

So nasihat aku, plzzz la kawan-kawan lepas ni lebih berjaga-jaga. Mungkin salah aku juga kot sebab tak tunggu pukul 5 pagi depan kaunter tu kan..!!

Semoga Tony Fernandes boleh baca dan plzz laa improve servis AirAsia ni sebelum kami rakyat Malaysia sendiri beralih ke penerbangan murah yang lebih berkualiti dan BERHATI PERUT.


Yes Now Everyone can fly but not necessary with you AIRASIA..!!! #BYE #HateAirAsia


p/s: ayat kelakar masa gaduh dengan mamat AirAsia kaunter tu kawan aku cakap ingat NASI LEMAK KORG DAH LENGKAP KORANG DAH CUKUP BAGUS.. #ehh rare giler hahaha #suddenly


*Post ini pun atas keizinan mamat staf AirAsia yang kurang ajar tu. Dia kata kalau nak masukkan kat media pun SILAKAN.. (masa bergaduh mulut dengan dia)

Sumber mymedialab

Sayu, warkah maaf daripada ammar buat ibunya yang ditahan di sweden

Sayu, warkah maaf daripada ammar buat ibunya yang ditahan di sweden | Surat permohonan maaf yang dihantar oleh anak lelaki pasangan suami isteri rakyat Malaysia di Sweden yang berusia 12 tahun itu, menyentuh hati ramai orang terutamanya Shalwati Norshal. Azizul Raheem Awalludin , yang menjadi pegawai Pelancongan Malaysia di Sweden, dan isterinya, Shalwati Norshal , didakwa secara berasingan di Solna daerah mahkamah hari ini dengan pelbagai tuduhan mencederakan empat anak-mereka yang berusia di antara 7 dan 14 tahun.


Pegawai Kedutaan Malaysia , adik-beradik Shalwati dan beberapa rakyat Malaysia yang tinggal di sana hadir untuk memberi pasangan itu sokongan moral. Turut hadir adalah Ketua Pengarah Tourism Malaysia , Datuk Mirza Muhammad Tayeb.

Warkah Maaf daripada Ammar buat Ibu
” Ibu, saya minta maaf. Disebabkan kemarahan saya, semua perkara ini berlaku. Saya akan sentiasa menyayangi ibu dan tiada apa yang akan mengubah itu. Saya akan sentiasa menyayangi ibu. “ – Ammar ( anak kedua pasangan itu )


Peguam Shalwati iaitu Kristofer Stahre memberitahu mahkamah bahawa surat itu ditemui di rumah pasangan itu di Spanygayagen ketika pemeriksaan di rumah di mana dakwaan memukul dan serangan terhadap kanak-kanak yang dikatakan telah berlaku. Pasangan ini telah dibawa ke mahkamah dalam keadaan bergari.

Peguam Shalwati berkata, adalah sukar bagi Ammar untuk bertolak ansur dengan tekanan diminta oleh ibubapanya untuk membantu mereka di rumah, yang menjadikan dia benci kepada ibu bapanya. Tambahnya lagi, Ammar juga merupakan seorang yang suka mencari perhatian dan juga membesar-besarkan cerita. Stahre juga menyerahkan bukti komen yang dibuat oleh Ammar kepada seorang rakan sekelas melalui Skype,mengenai betapa dia membenci ibu bapanya.

Sementara itu , Shalwati kelihatan gembira melihat adik-adiknya dan seorang saudara hadir di mahkamah. Dia juga sangat emosi apabila melihat suaminya Azizul , di dalam pakaian berwarna hijau dan bergari. Dua peguam lain , Johan Kallus dan Clara Hjort , turut hadir untuk membuat tuntutan ganti rugi terhadap pasangan itu jika mereka didapati bersalah atas tuduhan yang dikenakan terhadap mereka.

Rakaman Video Ammar kepada Polis

Menerusi rakaman video yang dibuat oleh polis Sweden pada Disember lalu, Ammar berkata dia dipukul 'lebih seribu kali' dalam masa setahun. Ammar turut mengaku ibunya Shalwati Nurshal sering memukulnya apabila dia menghentak-hentak kakinya atau menonton video di YouTube dan tidak bersama keluarga untuk makan malam.

Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awalluddin iaitu pengarah Tourism Malaysia di Stockholm, dibicarakan pada hari kedua di Mahkamah Daerah Solna di sini atas tuduhan mendera anak-anak mereka.

Ammar yang kelihatan gementar pada permulaan video itu bertanya jika ibu bapanya akan mengetahui mengenai temuduga tersebut.

"Saya rasa selepas ini ibu bapa saya tidak suka saya, tidak sayang saya. Saya bimbang ibu bapa saya akan pukul jika mereka tahu saya tidak di sekolah," kata Ammar (temuduga telah dijalankan oleh pihak polis semasa waktu sekolah dengan kebenaran penolong guru besar).


Ammar menerangkan tiga insiden yang menyebabkan dia dipukul iaitu memasang muzik dengan kuat ketika dia sepatutnya menyiapak kerja rumah; apabila bergaduh dengan kakaknya Aishah semasa hendak ke sekolah dan ketika dia belajar al-Quran dengan ibunya.

Shalwati dan Azizul Raheem kelihatan suram semasa menonton temuduga yang dipertontonkan ketika perbicaraan itu dengan Shalwati menggigit bibir dan suaminya menundukkan kepalanya.


Apabila ditanya jika adik-beradiknya turut sering dipukul, Ammar mendakwa mereka hanya dipukul kadang-kadang jika dibandingkan dengannya.

Walau bagaimanapun, Ammar beberapa kali menyebut bahawa dia 'layak dipukul' kerana menurutnya hukuman itu dibuat kerana tindakan yang sering melakukan kesalahan.

Apabila ditanya siapa yang menentukan hak untuk dia dipukul, Ammar berkata dia yang menentukannya sendiri.

Perbicaraan disambung pada Khamis.


Keadaan di mahkamah semasa perbicaraan pasangan ini di Sweden

Dakwaan

Pegawai pendakwaan, Arnell bermula dengan mengemukakan tuduhan terhadap Shalwati , bermula dengan dakwaan menggunakan penyangkut baju , kayu atau penyangkut kot dan pemukul permaidani untuk memukul anak mereka. Beliau juga menggariskan tuduhan terhadap Azizul , termasuk menampar Ammar sehingga jatuh ke lantai dan pukulan pada badannya ketika dia berada di atas lantai. Bagi pertuduhan lain, beliau berkata Azizul memaksa Ammar untuk duduk di satu sudut lebih dari lapan jam tanpa makanan.

Gantirugi

Kallus membuat tuntutan gantirugi untuk Ammar , dengan tuntutan sebanyak RM49,100 ( Krona Sweden 96,200 ) kerana didakwa melanggar integriti, penderitaan mental dan fizikal Ammar. Bagi anak pasangan itu yang lain, Adam , 11, jumlah tuntutan ganti rugi adalah RM27,500 ( Krona Sweden 54,000) , Arif , 7, RM31,600 ( Krona Sweden 62,000 ) dan anak perempuan mereka yang berusia 14 tahun , Aisyah , RM31,600 (Sek 62,000 ).

Perbicaraan itu dijangka berlangsung selama 10 hari. Keterangan dalam kes termasuk sembilan jam rakaman polis dengan anak-anak pasangan itu.

Perbicaraan Di Sweden Bermula, Shalwati Menangis Lihat Suami

Perbicaraan Di Sweden Bermula, Shalwati Menangis Lihat Suami | Tiada saksi dipanggil oleh pihak pendakwa untuk memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan pasangan rakyat Malaysia di mahkamah daerah Solna di Stockholm, Sweden, kata Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam) Datuk Khairul Anwar Rahmat.

Khairul Anwar, yang tiba di Stockholm pagi semalam berkata perbicaraan sebaliknya menyaksikan pihak pendakwa mengemukakan rakaman video polis Sweden dengan anak bongsu pasangan itu, Arif.

Beliau berkata Sukaguam dimaklumkan bahawa tiada orang dewasa atau jiran pasangan itu akan dipanggil untuk memberi keterangan pada perbicaraan itu.

“Kami membuat andaian bahawa mungkin saksi yang dipanggil terdiri daripada rakan-rakan sekolah anak-anak berkenaan,” kata beliau dalam kenyataan kepada Bernama, di sini.

Khairul said Sukaguam juga percaya bahawa saksi-saksi utama dan barangan kes penting cuma rakaman video anak pasangan itu.

Pada 10 Feb, Shalwati Norshal, guru yang mengambil cuti tanpa gaji, dan suaminya Azizul Raheem, pegawai Tourism Malaysia di Sweden didakwa secara berasingan di mahkamah daerah Stockholm atas tuduhan mendera anak mereka.

Perbicaraan bermula pukul 9 pagi dan dijangka berlangsung selama dua minggu.

Peguam Shalwati, Kristofer Stahre, juga mengesahkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa anak pasangan itu tidak perlu menghadiri perbicaraan.

Sebelumnya, Khairul Anwar dilaporkan sebagai berkata pihak pendakwa Sweden sebaliknya boleh menghantar wakil ke Malaysia untuk merakamkan kenyataan lanjut daripada anak pasangan itu.

Sementara itu, kakak Shalwati, Noor Azila Makhzan ketika dihubungi Bernama berkata pasangan itu amat gembira apabila bertemu satu sama lain dan anggota keluarga semasa perbicaraan.

“Ini lah kali pertama Azizul dan Shalwati (direman berasingan) dapat melihat muka masing-masing. Shalwati menitis air mata melihat Azizul.

“Dia dan Azizul juga melambai tangan melihat keluarga dalam mahkamah,” katanya yang tiba di Stockholm pagi semalam.

Menurut Noor Azila, beliau mendapati bahawa semasa perbicaraan, pihak pendakwa mengemukakan antara lain, rotan, pemukul permaidani dan gambar penyangkut baju pelbagai warna iaitu antara objek yang dikatakan diguna untuk memukul kanak-kanak itu beberapa kali.

“Barang-barang kes ditunjuk kepada Azizul dan Shalwati melalui peguam-peguam mereka di mana Azizul dan Shalwati tidak mengaku memukul anak-anak mereka dengan barang-barang kes tersebut,” katanya.

Perbicaraan ditangguhkan pada 5 petang (12 malam waktu Malaysia) dan akan bersambung pukul 9 pagi esok.

Pasangan itu ditahan reman sejak 18 Dis tahun lepas kerana dikatakan memukul tangan seorang daripada anak mereka kerana tidak bersolat. Reman ke atas mereka telah dilanjut tiga kali.

Di bawah sistem kehakiman Sweden, mereka yang dituduh tidak dibenar dibebas dengan ikat jamin.

Keempat-empat anak pasangan itu yang sebelum ini diletakkan di bawah jagaan keluarga angkat bukan Islam susulan kes itu kemudian diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di Sweden pada 30 Jan dan kembali ke Malaysia pada hari berikut.

Mereka kini memulakan persekolahan di sebuah sekolah di Kelantan dan dijaga oleh sanak saudara.

Sumber mynewshub

Lori Buang Sisa Cecair Ke Laut Port Dickson

Lori Buang Sisa Cecair Ke Laut Port Dickson | UMUM tahu pantai Port Dickson sering menjadi lokasi pelancong khususnya dari warga kota Kuala Lumpur menghabiskan masa berkelah dan bermandi-manda bersama keluarga ketika cuti hujung minggu dan cuti sekolah.

Keunikan pantai Port Dickson yang masih bersih sering menjadi pilihan kerana jaraknya yang tidak jauh dari ibu negara.

Bagaimanapun di laman twitter ada pengguna laman sosial itu mendedahkan perbuatan membuang sisa cecair terus ke dalam laut didakwa pengguna berkenaan di Port Dickson dilakukan seorang individu dari sebuah lori.

Tidak diketahui apa kandungan cecair yang disalurkan ke dalam laut itu tetapi warnanya perang kehitaman dan jelas ia kelihatan kotor.

Jika benar, ia adalah cecair yang kotor atau mengandungi bahan kimia, tidakkah perbuatan itu dilihat pihak berkuasa tempatan yang membuat pemantauan di bandar yang dikenali sebagai Bandar Angkatan Tentera itu.

Pastinya orang ramai sudah berasa sedikit terganggu untuk ke Port Dickson dan bermandi-manda bersama keluarga dan sahabat handai

Sumber mynewshub

"Saya sudah biasa dipukul oleh ibu" - dedah anak pasangan malaysia yang ditahan di sweden

ANAK pasangan Malaysia yang kini sedang didakwa di Mahkamah Sweden kerana dakwaan penderaan anak-anak dalam keterangan mereka berkata mereka menanggung penderitaan akibat kerap dipukul oleh ibu mereka Shalwati Norshal.

Seorang daripada anaknya pula berkata, mereka sudah tidak berasa sakit lagi akibatnya kerana sering dipukul.

Menurut laporan portal berita Sweden The Local, Shalwati dilaporkan memukul anak-anaknya untuk beberapa tahun termasuk menggunakan kayu, penyangkut baju dan juga tali pinggang.

“Saya sudah biasa dipukul oleh ibu.

“Dia selalu memukul saya di belakang dan di kaki, kemudian dia akan menarik telinga saya dan memukul saya di kepala,” kata seorang anak Shalwati.

Sebelum ini Shalwati, seorang guru yang kini mengambil cuti tanpa gaji kerana menemani suaminya seorang Pegawai Tourism Malaysia di Sweden, mendakwa hanya memukul anaknya itu sekali sahaja.

Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awaluddin yang bertugas di Stockholm, Sweden kini sedang dibicarakan di Mahkamah Daerah Solna kerana memukul empat anak mereka berusia antara tujuh dan 14 tahun.

Menurut laporan media lain, Azizul ketika soal siasat berkata beliau hanya memukul anaknya pada kali kedua mereka sudah melakukan kesalahan untuk mendisiplinkan mereka.

Antara dakwaan yang dikenakan ke atas Azizul ialah beliau memaksa seorang daripada anaknya itu untuk duduk di penjuru rumah selama lapan jam tanpa makanan.

Anak Shalwati yang berusia 12 tahun juga dilaporkan telah menulis surat meminta maaf daripada ibunya.

“Ia adalah hanya kemarahan saya yang memulakan semua ini, saya akan menyayangi ibu dan tiada apa yang akan mengubahnya,” katanya.

Surat itu dimaklumkan oleh peguam bela Shalwati Kristofer Stahre kerana ia ditemui di dalam rumah ketika pemeriksaan dilakukan tetapi surat itu ditolak oleh pasukan pendakwaan untuk dijadikan bahan bukti.

Pendakwa, Ana Arnell pula dilaporkan berkata surat itu tidak diambil kira sebagai bukti kerana ia adalah satu bentuk komunikasi peribadi dalam kalangan ahli keluarga.

Shalwati dan Azizul didakwa memukul anak mereka di rumah mereka di Stockhoml antara 15 September 2010 hingga 17 Disember 2013.

Mereka berdua bakal berdepan hukuman penjara antara enam bulan dan enam tahun bagi setiap pertuduhan.

Perbicaraan ditetapkan berlangsung selama 10 hari sehingga 10 Mac depan.

Pasangan itu ditahan pada 18 Disember tahun lepas kerana didakwa memuduk anak mereka kerana tidak menunaikan solat.

Sumber mynewshub

Wajib baca! Lagi bukti pengetua pusat tahfiz amal memperhambakan kanak-kanak


Wajib baca! Lagi bukti pengetua pusat tahfiz amal memperhambakan kanak-kanak | Tidak sampai satu jam perkongsian pendedahan mengenai Pengetua Pusat Tahfiz Amal yang mempergunakan kanak-kanak mengaut keuntungan melalui derma didedahkan, ada pula suara-suara sumbang atau lebih dikenali sebagai keyboard warrior mendakwa maklumat yang didedahkan berunsurkan fitnah. Sedangkan di penghujung post bertajuk Pengetua Pusat Tahfiz Amal Sibuk Berfoya-foya Dikala Kanak-Kanak Bersengkang Mata Meminta Derma ada diselitkan sumber (url) maklumat tersebut.

Terima kasih kepada keyboard warrior tersebut. Apa yang menariknya, dakwaan mengenai pengetua pusat tahfiz berkenaan bukanlah fitnah semata-mata. Perkara itu terbukti benar apabila blogger yang juga seorang wartawan Media Prima yang terkenal iaitu Mazidul juga pernah mendedahkan perkara yang sama. Baca pendedahan dari Mazidul di bawah:

Ajaran SESAT Azhar Wahab telah difatwakan haram pada 21 September 2004.

Klik di sini untuk membaca butiran lengkap pengharaman ajaran terbabit.

Siapakah AZHAR WAHAB?

Kita ketahui AZHAR, pengasas Al-Mansur Holdings Sdn. Bhd dan Pusat Tahfiz Amal, PTA di Yan, Kedah.

Klik untuk besarkan



Sila klik di sini untuk membaca maklumat lebih terperinci.



Teliti nama di bawah ini. Cuma buangkan perkataan 'YM Tuan Raja' dan 'Ibni' daripada nama tertera itu.



HASILNYA? ... SM AMIN, atau nama sebenarnya AZHAR WAHAB.


Lihat antara produk dijual oleh remaja Pusat Tahfiz Amal, PTA diperhambakan di seluruh negara selama ini.








Pengasas Al-Mansur dan Pusat 'TAHFIZ' Amal ...
















Beginilah rupanya ... 



Hidup kaya-raya tetapi mengapakah remaja di bawah umur harus terus diperhamba?



Saya secara terbuka, memohon SM AMIN atau AZHAR WAHAB untuk berhenti mengeksploitasikan remaja di bawah umur untuk memasarkan pelbagai produk keluaran syarikatnya.


Aduan telah dikemukakan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor.

Klik page 'Hentikan Perhambaan Kanak-Kanak Dan Remaja', kongsikan informasi berhubung kegiatan tidak berperikemanusiaan itu bersama masyarakat dan pemimpin di Malaysia.

Semoga tindakan berupaya dilaksanakan dengan kadar SEGERA.

SUMBER - BLOG BERSAMA MAZIDUL