Showing posts with label Ngeri. Show all posts
Showing posts with label Ngeri. Show all posts

Lelaki Dihukum Korek Mata , Potong Telinga

Lelaki Dihukum Korek Mata , Potong Telinga | Tehran – Seorang lelaki Iran dijatuhkan hukuman kedua-dua matanya dikorek manakala telinga kanan dan hidungnya dipotong selepas dia didapati bersalah mencurahkan asid ke muka seorang budak perempuan.

Hukuman itu dijatuhkan selepas lelaki berkenaan disahkan melakukan perbuatan berkenaan secara sengaja dalam satu kejadian, pada Oktober lalu.

Budak perempuan itu hilang penglihatan dan telinga kanannya tidak dapat mendengar selepas diserang dengan asid.

Meskipun hukuman itu mendapat tentangan banyak pihak terutama badan asasi kemanusiaan, namun Majlis Kebangsaan Iran memutuskan bahawa hukuman itu merupakan sebahagian daripada sistem perundangan negara berkenaan.

Mahkamah negara berkenaan juga sebelum ini telah mengarahkan tangan dan kakiseorang lelaki dipotong.

Tahun lepas, antara 500 hingga 625 orang termasuk 28 wanita dan dua kanak-kanak telah dihukum di Iran.

* Sekadar Gambar Hiasan


Sumber mynewshub

Lelaki Kunci Mulut Anak, Elak Menangis

Lelaki Kunci Mulut Anak, Elak Menangis | Nigeria – Bapa syaitan merupakan gelaran paling sesuai untuk diberikan kepada seorang lelaki, Chris Elvis, 30, yang sanggup memasang mangga di mulut anak lelakinya yang berusia empat tahun kerana budak itu dianggapnya sebagai `anak syaitan’.

Elvis memasang manga itu kerana mahu menutup mulut anaknya yang menangis ketika dia membelasah si kecil itu.

Dia mendakwa budak itu membawa nasib malang kepadanya dalam beberapa hari ini.

Selepas memukul budak malang itu, dia melekapkan seterika panas di seluruh budak itu sebelum menguncinya dalam tong plastik.

Ibu budak itu menghubungi polis selepas dia menemui mayat anaknya dalam keadaan ngeri ketika pulang dari pasar.

Ketika ditangkap, Elvis berpura-pura bahawa dia sakit mental namun telah disahkan oleh pihak berkuasa bahawa dia normal.

Dia kini ditahan selepas didakwa membunuh.


Sumber mynewshub

VIDEO: Janin Maut Terkena Serpihan Bom

Nauzubillah.. sedih rasanya melihat bayi tidak berdosa menjadi mangsa kerakusan manusia.

Janin dalam video yang dikongsikan nescafeais.com ini maut sebelum sempat melihat dunia apabila perut ibunya ditembusi serpihan bom yang dihantar tentera Assad di Syria.

Bukan rahsia lagi, tentera Assad sememangnya gemar menghalakan sasaran mereka kepada kanak-kanak dan perempuan mengandung.

Bukti kekejaman ini dirakamkan kakitangan perubatan di Majlis Perubatan Bandar Aleppo (ACMC).

Kejadian dilaporkan berlaku di Ferdous, Aleppo pada 2 Februari lalu.

Hasbunallah wa nikmal wakiil. Mudah-mudahan penderitaan saudara Islam kita di Syria segera berakhir.




Sumber

2 GAMBAR NGERI - AKIBAT PULAS TELINGA ANAK MURID, TANGAN GURU PUTUS DIPOTONG

Kesahihan kisah ini belum dapat disahkan sepenuhnya tetapi menurut maklumat yang diberikan, ia melibatkan satu kejadian melibatkan seorang yang ditetak tangan sehingga putus semata-mata kerana memulas telinga anak muridnya.

Jika benar, maka amatlah malang nasib guru berkenaan kerana terpaksa membayar harga yang tinggi hanya kerana mendidik anak muridnya.

Apa pun, sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat tambahan, diharap dapat menyalurkan kepada kami melalui comment di bawah




Sumber

Sadis- Penunggang Motor Maut Di Gilis & Di Seret 40 Kilometer

Sadis- Penunggang Motor Maut Di Gilis & Di Seret 40 Kilometer | Seorang penunggang motosikal maut dan anggota badannya hancur selepas terbabit dalam kemalangan dipercayai dengan kenderaan berat sebelum diseret sejauh lebih 40 kilometer, awal pagi tadi.


Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, serpihan daging dan motosikal mangsa jenis Honda EX5 ditemui di Kilometer 274.2 arah Selatan kira-kira 800 meter ke susur keluar Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Ipoh.

Serpihan daging dan sebahagian tangan serta kaki mangsa kemudian turut ditemui Kilometer 317 kawasan Tapah arah Selatan.



Pemeriksaan melalui nombor pendaftaran motosikal yang ditemui, mangsa dikenalpasti sebagai Ahmad Mahmud, 25, beralamat di Lot 15 Kampung Majidi, Serdang, Kedah yang dalam perjalanan dari kampungnya ke tempat kerja di kilang PROTON di Tanjung Malim, dekat sini.

Ketika kejadian keadaan cuaca baru lepas hujan dan jalan licin.Difahamkan ibu mangsa sudah dimaklumkan mengenai kemalangan ngeri itu.



Sumber

Kematian Budak 2 Tahun Di Paka – Ibu Antara Ditahan

Lelaki Maut Kepala Tersepit di Lif !

Foto

‘MAD DOG’ – Lelaki Yang Dahagakan Darah Dan Daging Orang Islam!

REPUBLIK AFRIKA TENGAH – Kurang ajar dan gila. Mad Dog atau nama penuhnya Ouandja Magloire sememangnya adalah manusia sakit otak yang sanggup makan daging manusia demi membalas dendam terhadap pembunuhan isteri, anak dalam kandungan dan kakak iparnya.

Dia mendakwa orang Islam bertanggungjawab dalam pembunuhan itu dan akan membalas dendam.

Ini juga merupakan perbuatan makan daging manusia yang kedua dilakukan oleh Mad Dog..

Meskipun kali ini dia tidak terlibat membunuh dua penduduk Islam di situ, namun dia telah dirakamkan menjilat pisau yang dipenuhi darah itu.

Manakala dua penduduk Islam yang lain pula, telah dibunuh dan mayat mereka dibakar.

Imej menakutkan dan menjijikkan itu dirakamkan di Bangui pada Ahad lalu.

Nasib baik dua penduduk Islam yang lain berjaya diselamatkan oleh tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dari Perancis dan Afrika.

Menurut sumber, hanya Mad Dog dikenal pasti sebagai individu makan orang di negara bergolak itu dengan mangsa pertama adalah penduduk Islam yang dibunuh dalam bas, beberapa minggu lalu.

Dalam kejadian pada 13 Januari itu, Mad Dog tanpa emosi memberitahu BBC: ‘Saya curah minyak tanah ke atasnya. Saya bakar dia. Saya makan kakinya iaitu kaki kanan hingga ke tulang putih,’’ katanya yang bangga dengan perbuatan itu.

Perbuatan makan orang ini mengingatkan kembali kepada pemerintah Republik Afrika Selatan, Jean Bedel Bokassa pada 1966 dan 1979.

Selain seorang diktaktor, Jean juga dituduh makan daging manusia dalam hidangannya dan memberi makan daging penentangnya kepada binatang.





Sumber

Anjing Mati TERGANTUNG Depan Pintu Lif

KEJADIAN ini berlaku pukul 6.30 pagi kelmarin di Blik 621, Flat Bukit Batok, Singapura.

Ini kisah yang diceritakan oleh saksi yang melihat kejadian tersebut.

” Pemilik anjing itu mahu naik ke rumahnya selepas membawa anjingnya berjalan-jalan. Dia kemudian masuk ke dalam lif dengan tali yang mengikat anjing kesayangannya itu digenggamannya.

” Ketika dia masuk ke dalam lif tersebut, dia masih memegang tali berkenaan. Pintu lif kemudiannya tertutup sedangkan anjing kesayangannya itu masih di luar.

” Kejadian berlaku begitu pantas, pemilik anjing tersebut tak sempat nak berbuat apa-apa. Lif itu kemudiannya bergerak naik ke tingkat tiga.

” Beberapa minit kemudian satu pasukan penyelamat tiba tetapi sudah terlambat kerana anjing itu didapati telah mati tergantung di depan pintu lif lobi flat tersebut,” katanya.

Inilah yang dikatakan malang tidak berbau



Sumber

Lelaki Terbelah Kepala Ditetak - Rusuhan kedai arak berhampiran Masjid India

Gambar yang tersebar di Facebook di mana kepala seorang lelaki terbelah terkena tetakan parang. 

Keterangan gambar adalah seperti berikut;

Asalam Tuan.

LAPURAN SIASATAN/RISIKAN DI TEMPAT KEJADIAN MERUSUH BERSENJATA PARANG DI KEDAI ARAK TEPI SUNGAI MASJID INDIA JAM 1900 HRS TADI.

Pada 14/01/14 jam 2030 hrs
Maklumat siasatan di tempat kejadian terdapat cctv dalam kedai tersebut, samada berfungsi atau tidak belum pasti lagi kerana buat masa sekarang owner masih di hospital melawat mangsa pekerjanya.

Saksi kejadian (mangsa) nama "BABU" wn India bagi tahu terdapat 10_15 lelaki India tidak di kenali datang menyerang dgn mengunakan parang dan kayu.

Pada masa kejadian berlaku salah seorang lelaki india yg menyerang berkata" lu pukul sy punya adek saya pecah u punya kedai".

Temu bual dengan org awam yg berada di tempat kejadian juga kenal pasti kenderaan di gunakan/di naiki oleh saspek adalah WWR 5633 jenis Proton Wira warna hitam.

Semakan no kenderaan melalui sistem JPJ masih belum di perolehi pending.
Selain daripada itu terdapat sebuah lagi kenderaan d tempat kejadian jenis KIA SPECTRA warna silver, semakan pemilik adalah atas nama: KRISHNAN A/L THANMALAY
Alt: No 83.85 Penang Street George Town P.Pinang.
Kpt: belum diperolehi lagi

Buat masa ini D/Kpl Razak berada di HKL temubual manga.

Maklumat seterunya akan d salurkan dari masa ke masa Tuan.

Sekian sy majukan lapuran siasatan. 



Sumber

NGERI! 4 Gambar Kemalangan Kaki Penunggang Motorsikal Terputus

Kejam! Bagi Ular Sawa Makan Anak Kucing

Adik-Beradik bertumbuk sebab Makwe!! (VIDEO)


Subhanallah, Bayi Di Sembelih Kerana Namanya Siti Aishah Binti Abu Bakar?

NGERI! 4 Gambar & Video Detik-Detik Peninju UFC Patah Kaki

LAS VEGAS – Seorang peninju seni mempertahankan diri terbaik dunia, Anderson Silva, 38, mengalami kecederaan yang menakutkan ketika dia bertarung di hadapan lebih sejuta penonton pada perlawanan Ultimate Fighting Championship (UFC) di sini.
Silva yang berasal dari Brazil mengalami patah tulang kering selepas bertarung dengan Chris Weidman.

Bunyi tulang keringnya patah turut didengari dari dalam gelanggang, sehingga membuatkan penonton terkejut.

Kejadian berlaku selepas Weidman menahan tendangan kaki Silva dengan lututnya.

Silva yang dalam kesakitan kemudiannya terjatuh di atas lantai dan terpaksa diangkat dengan pengusung.

Pakar kini bimbang kecederaan itu bakal mengakhiri karier Silva, yang sebelum ini memegang tali pinggang kejuaraan selama enam tahun.

Menurut pakar Orthopedic UFC, Dr. Steven Sanders, tulang tibia serta fibula Silva telah patah, justeru masa untuk dia kembali sembuh dijangka mengambil masa selama enam bulan.

“Silva telah dibawa ke hospital dan menjalani pembedahan dan besi telah dimasukkan ke dalam kakinya.

“Dia akan berada di hospital untuk seketika dan tidak perlu menjalani pembedahan lagi,’’ kata Dr. Sanders.

Sementara itu, Wiedman berkata, tidak ada keseronokan menjuarai UFC jika lawan berdepan dengan kesakitan seumpama itu.

Wiedman turut mengakui Silva sebagai pejuang yang berjuang sepanjang masa untuk memburu kemenangan.

Dalam pada itu, aksi Wiedman menentang Silva itu turut ditonton oleh bekas lagenda bola sepak Brazil, Ronaldo dan bekas juara tinju, Mike Tyson yang turut memenuhi arena pertandingan itu.








Sumber

Gambar : Superbike putus dua di Ulu Yam !


Budak Hilang Jari, Diserang Pirana

Gambar Mangsa Tetakan Berkali-kali Sampai Mati Oleh Gangster Di Puchong Tersebar

KEJAM!!! Dilibas parang hingga putus Badan (VIDEO)

Tangan Putus Terselamat Dijahit Sementara Di Kaki Selama Sebulan