Showing posts with label Seram. Show all posts
Showing posts with label Seram. Show all posts

Imej Pocong Berjaya Dirakam Atas Jambatan Kedua P. Pinang?



Imej Pocong Berjaya Dirakam Atas Jambatan Kedua P. Pinang? | Selepas Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang dibuka kepada umum 1 Mac lalu, sudah ada kegemparan berlaku iaitu cubaan kes bunuh diri.

Individu yang mencatat ‘rekod’ sebagai orang pertama terjun dari jambatan tersebut adalah pelajar jurusan undang-undang berusia 27 tahun yang merupakan anak saudara seorang timbalan menteri.

Mujurlah dia berjaya diselamatkan nelayan yang berada berhampiran jambatan.

Kini, sebuah lagi kisah sensasi melibatkan Jambatan Kedua Pulau Pinang kembali disebarkan iaitu kemunculan pocong yang berjaya dirakam imejnya.


Klik untuk besarkan




Imej yang disebarkan berupaya bayangan sesuatu berwarna putih yang salah satunya kelihatan seperti berada dalam kedudukan sedang meloncat.


Klik untuk besarkan


Bagaimanapun sejauh mana kebenaran cerita ini masih boleh dipertikaikan apatah lagi kisah hantu atas jambatan bukan modal baru dalam dunia mistik tanah air.

Sumber mynewshub

Keliwon Di Hutan Pahang

Keliwon Di Hutan Pahang | Sepasukan askar hutan pahang berjaya menangkap seekor keliwon yang besarnya hampir 2x ganda sebesar manusia. Keliwon ini didapati menyerupai manusia dan kelawar. Makanan keliwon ini adalah darah manusia jadi berhati-hati jika anda ternampak bayangan keliwon.

Menurut kajian, Keliwon adalah Khamis Malam Jumaat. Setiap kali malam jumaat, perkataan malam jumaat keliwon ini sering kali meniti di bibir sesetengah dari kita. Malam jumaat keliwon ini sering kali dikaitkan sebagai malam yang menyeramkan ataupun keras kerana dipercayai pada malam itu pelbagai jenis syaitan bergentayangan atau berterbangan. Selain itu juga dikatakan pada malam ini, para pengamal ilmu hitam atau ilmu yang salah akan menamatkan pengajian dan secara tidak langsung menguji ilmu mereka.


Sumber 2ndchan

SERAM penampakan HANTU wanita didalam foto keluarga Presiden Indonesia di Instagram.

Tahun baru 2014 baru saja kita lewati. Semua orang bersorak bahagia menyambut hari baru ini tak terkecuali keluarga Presiden SBY. Keluarga Presiden Susilo Bambang Yudhoyono merayakan malam tahun baru 2014 di Istana Cipanas, Cianjur, Jawa Barat. Dalam kesempatan ini, keluarga Presiden SBY turut mengugcapkan selamat tahun baru kepada rakyat Indonesia melalui sebuah foto.

Foto keluarga tersebut diposting ke akaun Instagram Bu Ani. Namun apa yang mengejutkan foto yang disiarkan menjadi topik hangat hingga diulas oleh akhbar-akhbar di Indonesia.

Ramai pengguna Instagram memberi komen tentang wajah sipi muka seorang wanita yang berada dibelakang isteri Presiden Indonesia itu.

Rata-rata mereka bertanyakan jika betul itu wajah manusia kenapa dia seolah-olah sedang cuba menyorok dari diambil gambarnya dan ada juga yang bertanya adakah wajah hantu seorang wanita menjelma ketika gambar tersebut diambil............ hanya keluarga presiden atau orang yang mengambil gambar tersebut boleh menjelaskannya.



Foto keluarga Presiden Indonesia yang menjadi perdebatan di internet. Kelihatan didalam bulatan merah foto wajah seorang wanita yang dirakamkan......... siapa wanita itu?.


Sumber

Presiden Indonesia Cerita Pengalaman DISIHIR Di Kediamannya

Jakarta – Dalam buku barunya yang diterbitkan kelmarin, Presiden Susilo BambangYudhoyono mengaku beliau dan keluarganya hampir jadi mangsa sihir.
Dalam buku berkenaan yang berjudul Selalu Ada Pilihan, Susilo menceritakan bagaimana beliau dan isteri, Ani, terpaksa bertarung dengan ‘awan hitam’ di dalam rumah mereka di Cikeas, Bogior, Jawa Barat.

Menurutnya, satu pagi Ahad sebelum pilihan raya 2009, Ani membaca majalah di ruang tamu dan beliau sibuk di perpustakaan.
“Tiba-tiba isteri saya menjerit dan memanggil saya. Saya meluru ke ruang tamu untuk mengetahui apa yang terjadi. Saya melihat awan hitam tebal di bawah siling bergerak masuk ke bilik tidur kami,” kata Susilo dalam buku berkenaan.

“Saya mohon semua orang di dalam rumah itu berdoa. Saya tutup bilik tidur kami sementara pintu lain di buka luas. Akhirnya awan itu bergerak menuju ke luar rumah.
“Alhamdulillah keluarga saya selamat. Kejadian itu seperti dalam sebuah filem seram. Tetapi ia benar berlaku,” tulisnya dalam bab berjudul ‘Ancaman terhadap Presiden boleh mencapai tahap pembunuhan.’
Menurutnya, ada juga kejadian lain yang tidak boleh beliau jelaskan secara logik


Sumber

Bulu Roma Naik ‘Pagar’ Kawasan Sekolah

Kuching - “Bulu roma saya terus naik sebaik menghampiri kawasan sekolah ini,” kata seorang pengamal perubatan Islam Syahrizan Wahab ketika menjalankan operasi ‘memagar’ Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia, di sini, kelmarin, selepas 74 pelajarnya diserang histeria, sekali gus memaksa sekolah itu ditutup sejak hampir seminggu lalu.
Syahrizan berkata, dia tidak menafikan sekolah berkenaan dihuni banyak makhluk halus menyebabkan pelajarnya diganggu.

“Operasi yang bermula pada jam 9 malam dan berakhir dua jam kemudian turut mendapati persekitaran sekolah berkenaan terlalu kotor menyebabkan mudah didatangi makhluk halus.

“Sepanjang operasi ini, saya dapat berasakan kewujudan makhluk halus, tetapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar.“Saya pernah berhubung dengan makhluk berkenaan ketika merawat salah seorang pelajar yang diserang histeria



Sumber

Gambar Gadis Sarawak 17 Tahun Dicakar Lembaga Berambut Panjang

Kuching: “Saya melihat satu lembaga berambut panjang keluar daripada badan rakan yang dirawat seorang ustaz dan menuju ke arah saya.


“Selepas itu, saya terus tidak sedarkan diri,” kata Akilah Mansur, 17.
KAKAK kepada pelajar yang mengalami histeria, Azian Ibrahim (kanan) menunjukkan luka dialami adiknya, Natasha.


Dia antara 70 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Setia, di sini, yang diserang histeria ketika perhimpunan pagi di dewan sekolah, Isnin lalu dan berulang lagi, semalam.


Masalah itu yang dikatakan bermula sejak Jumaat minggu lalu memaksa pihak pengurusan menutup sekolah itu enam hari, bermula semalam.


Mengimbas kejadian Isnin lalu, Akilah berkata, pada mulanya dia cuba menenangkan beberapa rakannya yang ketakutan selepas diserang histeria.


Sumber

Guru Nampak Lembaga Hitam - 50 Pelajar Perempuan SMK Tanjung Puteri Histeria

JOHOR BAHRU – Lebih 50 pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, di sini, diserang histeria pada kira-kira 7 pagi tadi.

Pengurusan sekolah turut memanggil pakar perubatan Islam untuk membantu memulihkan pelajar berkenaan.

Difahamkan, ia berlaku apabila seorang guru melihat lembaga hitam di sekitar sekolah namun guru wanita berkenaan dapat mengawal diri.

Tidak lama kemudian, pelajar perempuan sekolah itu mula menjerit sehingga jumlahnya melebihi 50.

Pengurusan sekolah kemudiannya membatalkan sesi persekolahan pada hari ini dan membenarkan kira-kira 1,000 pelajarnya pulang.

Ibu bapa juga dibenarkan menjemput pulang anak masing-masing. Semua mangsa berjaya dipulihkan pada 11.30 pagi tadi.



Sumber

Bayi dalam kandungan dilarikan BUNIAN!!!

Wanita dakwa kandungan ghaib
Keterujaan sepasang suami isteri untuk menimang cahaya mata kedua terbantut apabila kandungan yang sudah berusia lima bulan disahkan ghaib tiba-tiba, minggu lalu.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Liza, 30, berkata, seorang doktor perubatan mengesahkan janin dikandungnya ghaib ketika dia menjalani pemeriksaan di sebuah klinik kesihatan, di sini.

Menurutnya, dua minggu sebelum kejadian, jururawat bertugas meminta supaya dia mengamalkan pemakanan sihat berikutan berat kandungan bayinya yang berusia hampir lima bulan ketika itu semakin berkurangan.Liza berkata, pada mulanya dia tidak mempercayai penjelasan diberikan petugas klinik kesihatan terbabit dan bertemu seorang doktor perbidanan serta sakit puan untuk mendapatkan kepastian.

Bagaimanapun, mangsa dan suami sekali lagi terkejut apabila hasil pemeriksaan doktor terbabit turut mengesahkan kehilangan janinnya.Menurutnya, sebalik pengesahan dibuat doktor, dia masih tidak berputus asa dan mencuba rawatan perubatan tradisional dengan harapan dapat memulihkan kandungannya.

Bagaimanapun, usaha Liza dan suaminya tidak berhasil apabila lima pengamal perubatan tradisional yang ditemui mendakwa bayi dalam kandungannya dilarikan makhluk halus atau orang bunian.



Sumber

Gadis Tiba-Tiba Mengilai, Mahu Menari ‘Ulik Mayang’ Tepi Pantai Port Dickson

PORT DICKSON –  “Lepaskan saya, saya nak menari, jangan pegang saya… tolonglah,” kata seorang wanita berusia awal 20-an yang secara tiba-tiba diserang histeria ketika tidur di dalam sebuah khemah di Batu 4, Jalan Pantai, di sini, awal pagi semalam.
Wanita terbabit yang mengikut teman lelakinya menyertai Pertandingan Bola Sepak Pantai Sepanjang Malam anjuran Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), mengejutkan orang ramai yang menyaksikan perlawanan itu apabila diserang histeria dan menari ‘ulik mayang’ pada jam 4 pagi.
Wanita berkenaan yang kemudian meraung sekuat hati dan berlari seperti mengejar sesuatu menyebabkan perlawanan terhenti seketika dan beberapa pengunjung terpaksa menenangkan wanita itu.
Saksi kejadian, Yusri Hassan, 35, berkata, sebelum kejadian dia sedang menyaksikan perlawanan bola sepak yang diadakan sempena sambutan tahun baru 2014.
Katanya, ketika asyik menonton perlawanan, tiba-tiba terdengar suara wanita mengilai seperti dirasuk daripada khemah berhampiran menyebabkan 100 penonton panik.
“Akibatnya, beberapa pengunjung menyerbu ke khemah wanita itu dan menyaksikannya dalam keadaan dirasuk,” katanya yang ditemui di tempat kejadian.
Wartawan yang berada di lokasi kejadian membuat liputan perlawanan itu turut terkejut apabila mendapati wanita berkenaan tiba-tiba meracau.
Ada beberapa individu cuba menenangkan wanita itu, tetapi dia meraung supaya dilepaskan kerana ingin membuat tarian ulik mayang.
“Tolong lepaskan saya, jangan pegang, saya nak menari,” rayu wanita berkenaan kepada orang ramai dan kemudian membuat tarian berkenaan.
Bagaimanapun, selepas 10 minit ditenangkan pengunjung selain dibacakan ayat suci al-Quran, wanita berkenaan kembali tenang namun masih lemah.
Dia kemudian dibawa pengunjung wanita lain memasuki kereta sebelum perlawanan bola sepak diteruskan.
Mengimbau kejadian sama, Harian Metro pada 10 November lalu melaporkan hampir 50 peserta Perhimpunan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di Batu 1, Jalan Pantai, pernah diserang histeria ketika mengadakan tarian ulik mayang dan kuda kepang.
Menurut laporan, keadaan dapat dipulihkan apabila beberapa pengamal perubatan Islam tampil memberikan bantuan.
Sementara itu, pengamal perubatan Islam dari daerah ini, Ustaz Mohammad Salleh menasihatkan pengunjung pantai di daerah ini lebih berhati-hati dan menjaga tingkah laku ketika berada di kawasan berkenaan.
Katanya, ia kerana makhluk halus berada di mana-mana tanpa mengira tempat dan histeria sering berlaku kepada mereka yang gagal mengawal emosi.
“Jika kita terlalu gembira, sedih, takut atau marah, kebarangkalian tinggi untuk dirasuk makhluk halus,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sumber

Dakwaan Penampakan Hantu Galah Di Flat PPR Sri Semarak Adalah Palsu (VIDEO)

Kecoh di Facebook berkongsikan sebuah video yang mendakwa si perakam berjaya merakam kelibat Hantu Galah di Flat PPR Sri Semarak.

Hantu Galah yang berjaya dirakam itu dilihat sedang merangkak di dinding tepi bangunan dan berupaya memanjangkan tubuhnya seperti karekter Luffy dalam siri animasi Jepun, One Piece. 

Malangnya, perkhabaran yang mengatakan kejadian itu berlaku di Flat PPR Sri Semarak adalah bohong semata-mata untuk mendapatkan LIKE dan SHARE pemilik Facebook berkenaan. 

Video rakaman itu berasal dari Russia yang telah menjadi viral sejak sebulan yang lalu. 
Saksikan VIDEO di bawah ini


SLENDERMAN/STICK CREATURE CLIMBS BUILDING IN RUSSIA?

Ada yang mengatakan ia hasil edit dari Adobe After Effect tetapi pergerakan makhluk tersebut yang begitu 'unik' mematikan dakwaan tersebut. 

Oleh itu, dakwaan penampakan hantu galah di Flat PPR Sri Semarak adalah tidak benar. 

Heres the creepy part. Dua tahun yang lalu, ada gambar viral di internet. Seorang lelaki yang baru nak balik kerja, terkejut apabila terdengar bunyi pelik dari luar. Bila dia menjenguk ke luar, alangkah terkejutnya dia ternampak satu "extremely tall humanoid" figure. Lalu dia pun mencapai handphone dan ambil gambar. And that thing also happen in Russia(tak pasti daerah yang sama atau lain).

Lihat gambar-gambar yang berkaitan di bawah:




2 tahun yang lalu? Cerita lama di kitar-semula?

Sumber

Hantu Galah dirakam Di Flat PPR Sri Semarak (VIDEO)

Jika di Kota Kemuning heboh dengan gambar penemuan entiti pontianak, di flat PPR Sri Semarak pula gempar dengan sebuah video yang menyaksikan kelibat dipercayai hantu galah yang bergayut di flat tersebut.
Perkara ini menjadi heboh selepas video yang dirakam salah seorang penduduk flat tersebut tersebar di laman Facebook.
Penulis pun tak pasti sama ada video ini diedit atau pun memang yang real punya.
Tapi kalau sekali tengok, memang real habis!
Mengikut kepercayaan masyarakat dahulu kala, hantu galah antara hantu-hantu yang dikatakan direka ceritanya untuk menakut-nakutkan kanak-kanak supaya tidak memanjat pokok pada waktu malam.
Selain itu, hantu galah juga dipercayai hanya mengusik tetapi tidak membahayakan orang.
Walaupun ada sesetengahnya yang tidak percaya dengan kewujudan benda ghaib namun kita juga telah diberitahu bahawa yang menghuni di dunia ini bukannya manusia sahaja.
Terpulang kepada interpretasi masing-masing lah kan.
Walahualam..
Saksikan VIDEO di bawah ini

Sumber

Putera Arab Saudi di Tanam Hidup-Hidup (VIDEO)

Ramai di antara kita yang takut akan kematian, takut memikirkan siksaan-siksaan yang akan didepani di alam barzah, apatah lagi bila kehidupan kita sering diselubungi maksiat serta dosa-dosa semasa hidup.
Namun berlainan bagi Sheikh Abdul Aziz bin Ali al-Nuaimi, yang merupakan kerabat diraja Ajman, UAE. Beliau berhasrat untuk merasai sendiri suasana 'kehidupan' di dalam kubur dengan memasukinya selama 20 minit.

Kesan dari 'mati' selama 20minit ini telah mengubah hidupnya menjadi insan yang lebh baik, serta taat kepada perintahNYA. Semoga kita semua juga termasuk dalam golongan yang bertaqwa. Ikuti video dibawah.


Saksikan VIDEO di bawah ini



Sumber

Solat Hajat Halau Langsuir Di Kelantan

KOTA BHARU – Penduduk di beberapa kampung di Pasir Puteh dan Jerteh yang pernah terlibat dengan kemunculan langsuir sebelum ini diminta melakukan solat hajat beramai-ramai bagi memastikan kampung mereka aman semula.
Pengerusi Darussyifa’ Kelantan, Zaki Ya berkata, orang ramai juga diminta bertenang menghadapinya dan mencari punca sebenar dari mana langsuir itu boleh wujud.
“Ia (langsuir) mahkluk ALLAH SWT dan kita perlu kembalikannya kepada yang asal (ALLAH SWT) dengan sebaik-baiknya melakukan solat hajat beramai-ramai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.
Sinar Harian semalam melaporkan, langsuir dikatakan mengganggu penduduk di beberapa kampung di Pasir Puteh termasuk di Kampung Gong Tinggi, Gong Pasir, Kampung Tasek, Gong Lapang (Pasir Puteh) dan Kampung Penaga Putar (Jerteh).
Mengulas mengenai dakwaan seorang bomoh dari Kampung Gong Manak yang menangkap dan memasungkan langsuir itu di tempat khusus, beliau berkata, sebagai manusia sesiapapun tidak boleh menangkap makhluk halus kerana ia adalah halus dan tidak berjasad serta sukar untuk ditangkap.
“Makhluk halus ini boleh boleh masuk melalui dinding, jika dari botol ia boleh keluar kerana sangat halus, jadi kita perlu pulangkannya kepada yang asal (ALLAH SWT) dengan melakukan solat hajat,” katanya.
Menurutnya, kerjasama dalam kalangan penduduk buat masa ini amat penting dan mereka perlu bertenang serta mengelak keluar pada waktu malam.
“Darussyifa’ mengalu-alukan jemputan orang kampung untuk mengadakan rawatan dan solat hajat secara berkumpulan bagi mengatasi masalah yang menyelubungi penduduk.
“Usah terlalu percaya perkara itu kerana jika terlalu percaya, hati kita dapat dihidu oleh makhluk halus, ALLAH SWT akan menguji kita dan ALLAH SWT akan menampakkannya kepada kita. Kalau kita buat tidak tahu, makhluk halus juga tidak mahu mendekati,” katanya.
Sumber

Terkejut Lihat Langsuir Berterbangan Depan Mata (VIDEO)

Terkejut Lihat Langsuir Berterbangan Depan Mata
Terkejut Lihat Langsuir Berterbangan Depan Mata | Cerita langsuir mengganggu penduduk yang sebelum ini hanya diketahui penduduk di beberapa kampung di sini dan Jerteh, Terengganu akhir-akhir ini menjadi perbualan hangat apabila isu itu tersebar melalui laman sosial.

Cerita itu menarik perhatian penduduk dari luar kawasan yang memasuki kampung terlibat seperti Kampung Gong Tinggi, Gong Pasir, Kampung Tasek, Gong Lapang (Pasir Puteh) dan Kampung Penaga Putar (Jerteh) secara berkumpulan.

Menurut info, ada penduduk mengakui pernah terserempak dengan lembaga berambut panjang yang berterbangan sambil mengilai dengan suara mengerikan tapi ada pula dikalangan penduduk menafikannya.

Pegawai Agama Jajahan, Ahmad Talhah Ab Rahman berkata, beliau tidak jelas mengenai perkara itu kerana hanya mengetahui cerita mengenai langsuir itu melalui Facebook.

Terkejut Lihat Langsuir Berterbangan Depan Mata

“Susah nak cakap sebenarnya. Tak nak percaya tak boleh juga kerana kita kena ingat Islam juga mengajar umatnya mempercayai perkara ghaib seperti wujudnya jin dan syaitan.

“Cuma jangan kita panik dan terlalu takut kerana ia boleh menjejaskan iman. Kena sama-sama jaga akidah dengan sentiasa merujuk kepada pakar atau orang yang layak membicarakannya,” katanya.

Beliau tidak menafikan ada mendengar cerita mengenai bomoh yang berjaya ‘menangkap hantu’ namun katanya, perlu berhati-hati kerana jin juga mungkin menipu dengan berpura- pura terperangkap.

Ahmad Talhah berkata, sekali pun langsuir didakwa penduduk itu betul, makhluk itu tidak memudaratkan kerana ia mungkin jin yang mahu mengganggu manusia.

Terkejut Lihat Langsuir Berterbangan Depan Mata


Penduduk Kampung Penaga Putar, Tuan Muda Tuan Mat, 48, berkata, dia melihat sendiri kelibat lembaga yang berterbangan sambil mengilai panjang ketika pulang ke rumah dengan menunggang motosikal jam 12 tengah malam, minggu lalu.

Katanya, walaupun tidak nampak dengan jelas ketika dia memberhentikan motosikal, suara lembaga itu menyebabkan bulu romanya meremang dan memaksanya bergegas pulang.

Perasaan takut datang lagi ketika saya tersedar dari tidur pada malam itu. Sebelum ini saya ada dengar orang kampung cerita pasal langsuir tetapi saya tidak percaya sehinggalah saya berdepan dengannya.

"Saya pernah beberapa kali terserempak dengan hantu. Suara langsuir menyeramkan tapi saya tak endahkan,’ katanya.

Seorang bomoh dari Kampung Gong Manak, Ramli Yusof, 41, ketika ditemui mendakwa telah menangkap kesemua empat langsuir yang mengganggu penduduk iaitu dua di Gong Pasir, satu di Gong Tinggi dan satu di Gong Lapang.

Terkejut Lihat Langsuir Berterbangan Depan Mata

Katanya, lembaga dengan ketinggian paras pinggangnya itu ditangkap dengan bantuan seorang rakan tidak sampai 10 minit dengan menggunakan ayat al-Quran.

“Saya ‘memasungkannya’ di satu tempat khusus dan akan ‘menghantarnya balik ke tempat asal’ selepas 40 hari ditangkap. Saya tidak tahu dari mana ia datang kerana inilah kali pertama saya menangkap langsuir.

“Sebelum menangkap, saya membaca jampi di rumah dan ketika itu, penduduk memberitahu terdengar langsuir berteriak seperti kesakitan, bukan lagi mengilai,” katanya yang terlibat dengan aktiviti seperti itu sejak empat tahun lalu.

“Berikutan rupanya di belakang serta wajahnya tidak seperti perempuan, langsuir pemalu kepada wanita, namun meminati lelaki,” kata pengamal perubatan tradisional, Ramli Yusof, 41, yang mendakwa berjaya menangkap ribuan hantu sepanjang empat tahun pembabitannya dalam bidang itu.

Jom tengok Video Seram Orang Jepun Bermain Dengan Roh di Bawah....(Tak Pasti Kebenarannya)


Saksikan VIDEO di bawah ini



Sumber

ROH berkeliaran!!! - Kanak-kanak sudah MATI Tapi Muncul Dalam Gambar Sepupu

Nicolas McCabe, 9, merupakan salah seorang korban ketika berlaku ribut tornado di Oklahama, 20 Mei lalu.
Dalam kejadian tersebut Nicolas terbunuh bersama enam lagi murid lain di sekolah mereka, Sekolah Elementari Plaza Towers di Moore.
Bagaimanapun dalam satu gambar yang diambil 4 Julai lalu, imej menyerupai Nicolas dilihat muncul dalam satu gambar bersama sepupunya, Madison.
Wajah Nicolas dilihat jelas berada di belakang Madison yang ketika itu sedang bermain bunga api.
Biar pun banyak pihak tampil dengan bermacam kemungkinan perkara ini boleh berlaku, bapa Nicolas, Scott McCabe tetap percaya itu adalah anaknya kerana Nicolas dikatakan memang suka bermain bunga api.
Malah abangnya yang juga bapa saudara Nicolas mengakui, bulu tengkuknya berdiri sewaktu kali pertama melihat gambar tersebut.
Apa pendapat anda? - 
Gambar yang dikatakan ‘berhantu’ :

Klik untuk besarkan


Gambar Nicolas yang terbunuh sewaktu ribut melanda sekolahnya, Mei lalu:


Keadaan sekolah Nicolas yang ranap dilanda ribut hingga menyebabkan kematiannya dan enam murid lain:


Bapa Nicolas percaya anaknya itu datang menziarahi ‘menziarahi’ mereka:
Sudah Mati Tapi Muncul Dalam Gambar Sepupuhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Fullscreen-capture-11252013-54917-PM1.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Fullscreen-capture-11252013-54917-PM1-150x150.jpgAuthor MNHTerkini

Sumber

Gambar penampakan hantu ketika Jep Sepahtu dan Rahim R2 kemalangan

Baru sahaja sebentar tadi, heboh media sosial apabila dikhabarkan Pelawak terkenal Jep Sepahtu mengalami kemalangan bersama Rahim Sepahtu (bekas Kumpulan R2) semalam.

Sebenarnya yang mengalami kemalangan hanya Rahim dan adiknya. Jep tidak terlibat dan dia hanya berada disitu untuk memberi bantuan kepada rakannya. Melihat kepada gambar, tiada kecederaan berlaku dan kereta Rahim tidak mengalami kerosakan teruk.

Admin pun tak perasan artikel sebelum ni - baca artikel  
Jep & Rahim Sepahtu Kemalangan?

Kejadian ini dipercayai berlaku apabila Rahim dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bermain sepak takraw bersama Mawi.

Namun gambar yang dikongsikan jep menjadi perhatian apabila beberapa peminat memberi komen mengenai penampakan makhluk halus dalam kejadian itu. Adakah menjadi kebetulan apabila kedua-dua gambar yang diupload menunjukkan bentuk mahluk tersebut? Anda cari sendiri jawapannya!


Klik untuk besarkan



Komen Peminat yang perasan "benda" yang ada di dalam gambar kemalangan






Sumber

Tidur Dengan Mayat Suami, Kerana Terlalu Sayang

Belgium – Kerana terlalu sayangkan suaminya, seorang wanita sanggup mengenepikan bau busuk untuk tidur di sebelah rangka suaminya, yang sudah meninggal dunia hampir setahun lalu.
Mayat berkenaan dikenali sebagai Marcel H yang berusia 79 tahun dan meninggal dunia akibat serangan asma pada bulan November tahun lepas.
Namun selepas kematianya, isterinya yang berusia 69 tahun tidak membuat laporan dan terus tidur di sebelah mayat berkenaan, di sebalik bau mayat mereput.
Jiran-jirannya juga tidak menyedari bau busuk tersebut dan keadaan sebenar hanya terbongkar apabila tuan rumah memasuki apartmen tersebut.
Dia berbuat demikian kerana curiga selepas pasangan itu tidak membayar sewa rumah sejak 2012 lalu.
Menurut seorang ahli , pathologist, Philippe Boxho, mayat berkenaan telah reput di atas katil dan organ dalamannya juga sudah reput serta mengeluarkan bendair dalam masa seminggu.
Bendalir itu, katanya telah mengalir di atas katil dan menyebabkan dihurungi serangga serta ulat selain mengeluarkan bau yang amat busuk.
“Meskipun ia mengeluarkan bau yang busuk, namun bagi orang ramai, ia umpama bau sampah dan apabila mayat sudah reput, bau tersebut semakin berkurang.
“Ini bukan kali pertama saya berdepan dengan kes seperti ini malah saya pernah menghadapi dua hingga tiga kes melibatkan orang yang terus tidur dengan pasangan mereka yang sudah meninggal dunia,’’ katanya.


Sumber

SERAM!! Sembilan Jin Berkawan Dengan Siti Dimasukkan Dalam Botol..

Sembilan Jin Berkawan Dengan Siti Dimasukkan Dalam Botol | Selepas 15 minit kedua-dua bomoh itu merawatnya, rakan bomoh di luar rumah ternampak satu lembaga dan terus mengejar lalu berjaya menangkap makhluk jin berkenaan.Kerja menangkap berkenaan berlangsung satu demi satu sebelum sembilan jin atau makhluk halus berjaya ditangkap, menyebabkan beratus-ratus penduduk setempat menyerbu rumah gadis itu dan melihat usaha bomoh menangkap makhluk itu.

JERTIH: Rumah gadis misteri di Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini, yang kerap ghaib menjelang senja dan tengah malam diserbu ratusan penduduk apabila dua bomoh yang merawat gadis itu mendakwa berjaya menangkap sembilan jin dan makhluk halus, malam tadi.


TERTARIK… orang ramai berebut-rebut mengambil gambar jin dan makhluk halus yang dimasukkan ke dalam tabung khas sebelum ia dihanyutkan ke laut oleh bomoh malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam ketika dua bomoh lelaki itu merawat Siti Balqis Mohd Nor, 22, yang menghadapi masalah gangguan misteri sejak dua bulan lalu menyebabkan dia sering ghaib.

Dua bomoh itu yang datang untuk menawarkan khidmat percuma selepas mengetahui kisah gadis itu menerusi akhbar sejak Selasa lalu, berpecah ketika sesi merawat, dengan seorang mengerjakan solat di dalam rumah dan seorang lagi menggunakan jampi di luar rumah.

Selepas 15 minit kedua-dua bomoh itu merawatnya, rakan bomoh di luar rumah ternampak satu lembaga dan terus mengejar lalu berjaya menangkap makhluk berkenaan.



Kerja menangkap berkenaan berlangsung satu demi satu sebelum sembilan jin atau makhluk halus berjaya ditangkap, menyebabkan beratus-ratus penduduk setempat menyerbu rumah gadis itu dan melihat usaha bomoh menangkap makhluk itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Ramlan Ali serta isteri turut hadir untuk melihat peristiwa yang menggemparkan penduduk daerah ini.

Ramlan berkata, selepas menangkap sembilan jin dan makhluk itu, bomoh terbabit memasukkannya ke dalam bekas khas yang bertutup bagi mengelak ia keluar.

Orang ramai yang menyaksikannya tidak melepaskan peluang mengambil gambar dan video, kebanyakannya menggunakan telefon bimbit, untuk dijadikan kenangan dan bahan bukti kejayaan bomoh berkenaan.

Ibu gadis itu, Norizan Said, 47, ketika ditemui berkata, sejak kisah anaknya disiarkan media ini, Selasa lalu, seramai 17 bomoh datang menawarkan diri untuk merawat Siti Balqis secara percuma, tetapi kejadian malam tadi paling kemuncak apabila bomoh berkenaan menunjukkan kepakaran berjaya menangkap makhluk yang sebelum ini didakwa menjadi punca anaknya ghaib.

Usaha wartawan Berita Minggu untuk mendapatkan komen dan mengambil gambar dua bomoh itu gagal kerana mereka tidak mahu menonjolkan diri, sebaliknya memberitahu makhluk halus yang ditangkap akan dihanyutkan ke laut.


Sumber

VIDEO LELAKI DIRASUK DI VILLA NABILA

Sebut sahaja Villa Nabila, pasti ramai yang rasa seram dan seriau. Apa tidaknya, misteri demi misteri yang tidak terungkar di Villa terbabit. Terbaru, seorang lelaki dikatakan kena rasuk oleh roh makhluk halus di Villa Nabila.

Saksikan VIDEO di bawah ini


"Kerasukan" la sangat

Dalam kesibukan org tgh cari budak yg hilang kat villa nabila,rupanya ada lagi kumpulan samdol nak meraih populariti,kena rasuk lah ye? hantu yg merasuk mamat ni la yg sembunyikan budak Izzat tu? daripada niat nak meraih populariti jadi pahlawan dan hantu,mereka mendapat pingat lawak je hari ni,kerana budak tu bersembunyi dlm flat dgn teman wanitanya,bukan dgn nabila,sekali lagi,bukan dlm villa nabilla.



Sumber

Pesta Paranormal Ala Seekers Di #VillaNabila

Ketika tiba di Johor Bahru untuk meninjau suasana sebenar di Villa Nabila malam tadi, rakan laman sosial memaklumkan bahawa pihak polis sudah pun menutup kawasan itu kepada orang ramai.
Ketika tiba di lokasi kira-kira pukul 8 malam, selepas mengharungi kesesakan lalu lintas dan terpaksa meletakkan kenderaan jauh serta berjalan kaki, ramai orang dilihat turt sama berjalan kaki menaiki bukit kecil menuju ke Villa Nabila.
Semuanya menyuluh laluan menggunakan lampu dari telefon bimbit.
Setibanya di pintu masuk Villa Nabila, kami terkejut melihat suasana di dalam villa itu akibat laporan palsu kehilangan 23 orang remaja, seperti satu pesta mencari hantu.
Tidak dapat digambarkan keadaan sebegitu ramai orang berjalan dalam gelap dan menyuluh ke sana sini seperti mencari dan mengharapkan untuk nampak sesuatu yang misteri dan mistik.
Semuanya memberanikan diri kerana ramai orang di atas, kami cuba turun sehingga ke kawasan kolam renang tetapi gagal kerana tangga menghala ke kawasan kolam renang sudah ditimpa sebatang pokok yang tumbang.
Apabila kami melihat semula rakaman video di dalam Villa Nabila, terasa juga seram apabila melihat sudut-sudut tertentu di rumah itu yang dipenuhi akar kayu yang menjalar serta pokok-pokok yang tumbuh di dalam rumah.
Team Mynewshub.my cuba untuk masuk ke dalam lagi tetapi keadaan rumah dan jalan yang licin serta gelap memaksa kami berpatah  balik. Cuba juga untuk meninjau di tingkat atas tetapi tangga dah reput dan seperti hendak runtuh.
Anda tontonlah video pesta mencari hantu di Villa Nabila ini, kami hanya ingin melihat suasana di sana sahaja. - Mynewshub.my
Saksikan VIDEO di bawah ini



Sumber