Luahan Sedih Isteri Kekasih Hanez Suraya

Luahan Sedih Isteri Kekasih Hanez Suraya | “SAYA nak tanya, bila masa saya sah diceraikan? Mana surat cerai? Kenapa Hanez begitu berani membuat kenyataan sedangkan kami belum bercerai. Kenyataan Hanez bagaikan mencabar saya, seolah-olah saya tunggul kayu, sedangkan saya masih isteri ‘R’ yang sah.”

Itu antara luahan isteri kekasih pelakon Hanez Suraya, Liyana Manan menerusi sisipanB*Pop baru-baru ini.


Dia menyatakan kekesalannya selepas episod penafian demi penafian yang dilakukan oleh pelakon itu berhubung status kekasihnya yang dikenali sebagai ‘Mr.R’.

Hanez yang pernah ditebak dengan persoalan mengenai status kekasihnya sebelum ini berkata, lelaki itu merupakan duda anak dua.

Tidak lama selepas itu, dia memohon maaf dan menafikan bahawa ‘Mr. R’ seorang duda sekaligus membongkar kisah sebenar yang terjadi antara mereka.

“Selama hari ini, saya mendiamkan diri dan memendam rasa biarpun mengetahui suami menjalin hubungan cinta dengan Hanez. Saya tidak terfikir untuk menganggu Hanez, apatah lagi menyerangnya. Apa saja kenyataan dikeluarkan Hanez, saya baca dan pendam saja dalam hati.

“Bagaimanapun saya tidak mampu menahan sabar apabila dia memuat turungambar bersama anak-anak saya, Putra Adreeshah,8 dan Putra Rayqarl Shah, 2 dalam laman IG. Apa tujuannya mahu menyakitkan hati saya? Tak cukup rampas dan hancurkan rumah tangga saya, nak tambah lagi penderitaan saya? Cukup-cukuplah maruah saya disiat-siat.


“Saya akui rumah tangga saya dan suami bermasalah, tapi apa yang dapat saya katakan, konflik rumah tangga kami kian kusut dan huru hara apabila Hanez hadir dalam hidup suami saya. Mereka sudah menjalinkah hubungan sejak 8 bulan lalu, itu pengakuan Hanez sedangkan rumah tangga kami berantakan baru saja 6 bulan. Bermakna rumahtangga kami jadi lintang pukang sejak Hanez menjalinkan hubungan dengan suami saya,” ujarnya lagi.

Liyana berkata, suaminya mula berubah sikap termasuklah gemar membawa telefonbimbit walaupun pergi ke tandas.

“Sebelum ini saya hanya dapat mengagak suami menjalinkan hubungan dengan wanita lain apabila suami bersikap dingin. Sikap peliknya membuatkan saya dapat mengagak sesuatu, gerak hati isteri selalunya benar. Sampaikan masuk tandas pun masih membawa telefon bimbit, jadi faham-faham sendirilah.

“Suami juga selalu mencari pasal dan menuduh saya bukan-bukan sehingga mencetuskan perang besar. Pulang lewat jangan cakaplah, tapi masih bersabar. Kami berpisah bilik tidur dan akhirnya, saya tidak tahan dan ambil keputusan pulang ke rumah ibu saya pada September, tahun lalu.

“Saya terseksa apabila sering dimaki hamun sehingga kami tidak bertegur sapa dan hidup sebumbung bagaikan orang asing. Dia tidak lagi menghargai saya sebagai isterinya dan martabat saya sebagai isteri dipijak-pijak, jadi lebih baik saya keluar rumah.

“Anak pertama bersama suami, manakala anak kedua tinggal dengan saya. Bagaimanapun saya tidak dilepaskan sehingga hari ini. Saya sudah memfailkan permohonan cerai pada Oktober tahun lalu dan kes masih dalam sebutan,”jelasnya.

Menerusi pendedahan ini, wanita ini turut menyertakan bukti gambar percutian pelakon itu dan suaminya.




Mungkin Hanez boleh dikatakan ‘beruntung’ kerana Liyana seorang wanita yang cukup penyabar kerana tidak menyerangnya biarpun dia mempunyai nombor telefon pelakon itu.

Di akhir perbualannya, dia sempat menitipkan pesanan buat Hanez:

“Apa perasaan anda jika berada di tempat saya? Sebagai wanita, ibu dan isteri, saya diperlakukan seperti patung bernyawa! Mungkin ini hari saya, esok lusa mungkin giliran anda pula. Saya tidak minta jadi begini, jadi tolong hormati perasaan saya selagi saya bergelar isteri Mr.R.”

Memang sedih sebenarnya membaca setiap baris kata-kata Liyana ini.

Bayangkan jika anda berada di tempatnya, entah apa yang akan anda lakukan ketika melihat suami yang pernah bersama ketika susah-senang bercanda-ria dengan wanita lain yang belum mempunyai sebarang ikatan sah.

Kepada ‘Mr.R’, diharap anda tidak akan terus menyorok dan mendiamkan diri bagai seorang pengecut.

Jika benar anda sudah tidak ada hati dengan isteri, selesaikanlah dengan cara yang baik.

Diharap agar Liyana terus bersabar kerana kami yakin pasti ada hikmah di sebalik kepayahan yang dihadapi sekarang


Sumber mynewshub

5 gambar ngeri anggota polis maut diserang 5 lelaki indon ketika melakukan rondaan di klang

5 gambar ngeri anggota polis maut diserang 5 lelaki indon ketika melakukan rondaan di klang | Dua anggota polis unit peronda diserang oleh lima suspek lelaki dipercayai warga Indonesia. Kejadian berlaku di Lorong Yusuf Shahbuddin 44D, Taman Sentosa Klang Selangor lebih kurang jam 4 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, dua suspek telah ditembak mati dan seorang anggota polis maut ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). Anggota polis yang meninggal dunia dikenali sebagai Kpl. Raja Aizam bin Raja Mohd, 53 tahun manakala Kpl Mohd Aidil bin Mustafa, 29, cedera di bahagian muka dan kepala.

Menurut sumber, semasa kejadian, dua anggota polis tersebut melakukan rondaan dan terserempak dengan lima lelaki disyaki warga Indonesia. Anggota polis telah membuat pemeriksaan dan berlaku pergelutan.

Dalam pergelutan itu, pistol milik Kpl Raja Aizam telah dirampas dan suspek telah cuba menembak Kpl Aidil tetapi tidak meletup. Kpl Aidil berjaya merampas senjata milik Kpl Raja Aizam dan telah berjaya menembak suspek.

Kpl Mohd Aidil masih di rawat di HTAR Klang.

Al-fatihah untuk anggota polis yang gugur demi keamanan negara.

Berita seperti ini pastinya tidak akan disiarkan dengan telusnya di negara jiran kita. Bagi mereka, Malaysia yang bersalah dalam hal ini. Seperti kes yang berlaku minggu lalu dimana 2 kanak-kanak maut dikelar amah Indonesia, Kerajaan Indonesia juga menggatakan wujudnya unsur-unsur keraguan kononnya amah tersebut hidup tertekan dibawah majikannya.

Begitu mudah sekali kesimpulan dibuat oleh kerajaan negara 'inflasi' itu.







Sumber mymedialab

Polis Iring Tengku Laksamana Johor Cedera Dirempuh MPV

Polis Iring Tengku Laksamana Johor Cedera Dirempuh MPV | PONTIAN – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian cedera selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dikilometer 13 Jalan Pontian-Kukup, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.00 tengah hari itu, anggota terbabit, Konstabel Mohd Sazatul Nazril Salim, 23, dalam tugasan mengiringi Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar dalam perjalanan pulang dari Pulau Kukup selepas merasmikan Hari Sambutan Tanah Lembap Sedunia.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin mengesahkan kejadian.



“Sebuah kenderaan jenis MPV Grand Livina yang datang dari arah bertentangan cubamemotong di garisan berkembar bertembung dengan anggota polis trafik terbabit.

“Difahamkan, anggota polis trafik terbabit sudah membunyikan siren mengarahkan semua kenderaan memberi laluan dan bergerak ke tepi,” katanya.

Katanya, sebaik menyedari kejadian itu, Tunku Jalil turut membantu mangsa dan mengiringi ke Hospital Pontian.



“Anggota terbabit dilaporkan patah paha kanan selain cedera di bahagian siku kanan.Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk rawatan lanjut.

“Polis telah menahan pemandu MPV yang merupakan seorang lelaki berusia 32 tahun bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 keramemandu secara merbahaya.




“Keluarga anggota terbabit yang kini berada di Terengganu sudah dimaklumkan tentang kejadian tersebut,” katanya

Sumber mynewshub

Nabila Perli, ‘BOO’ Fathia Di Insta Gara-Gara Masalah Disiplin Di Lokasi

Nabila Perli, ‘BOO’ Fathia Di Insta Gara-Gara Masalah Disiplin Di Lokasi | Umum tahu, Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff pelakon utama Ariana Rose bertikam lidah dengan penerbit eksekutif Grand Brilliance, Jalena Rejab sewaktu mereka menjalani penggambaran di London.

Semuanya berlaku gara-gara keengganan Fathia untuk melakukan promo episod akhir Ariana Rose sebaik sahaja penggambaran drama itu tamat pada 26 Januari lalu.

Pergaduhan tersebut mendapat perhatian media sehingga Fathia menjadi mangsa kritikan peminat di laman sosial. Meskipun sudah memberikan penjelasan bagaimana dia boleh berbalah dengan Jalena Rejab namun masih ada kalangan artis yang dilihat kurang senang dengan tindakan Fathia yang dilabelkan sebagai 'menegakkan benang yang basah'.



Paling ketara sekali ialah Nabila Huda yang mengkritik tindakan Nur Fathia itu menerusi akaun Instagram. Nabila memuatnaik sekeping gambar yang memaparkan laporan berita penjelasan Fathia dan Jalena berhubung kontroversi di London.

Dalam caption berkenaan, Nabila meminta Fathia sedar diri dengan kesilapannya dan berhenti menunding jari pada pihak lain dari menutup kesalahan diri sendiri selain menyatakan seluruh krew produksi mengetahui perkara sebenar.


“Manusia kadang-kadang tak reti nak bersyukur.Bila diberi peluang,selalu lupadiri.Bila kite salah,tak perlu untuk menegakkan diri untuk menutup kesalahan dan menunding jari pada pihak lain atau memberi alasan yang bodoh.Kalau salah,mintak maaf dan berubah.Simple!People would love to work with you if u take it seriously about how important is discipline to be a good actor.Everyone from the team knows the truth,girl.Boo!”


Perkongsian Nabila Huda itu mengundang pelbagai reaksi positif dan negatif dari pengikutnya di Instagram. Ada yang juga yang hairan kenapa Nabila tiba-tiba memuatnaik status berkenaan.


Sumber mymedialab

Bacaan ayat kursi selamatkan jururawat menjadi mangsa r0g0l lelaki bangladesh

Bacaan ayat kursi selamatkan jururawat menjadi mangsa r0g0l lelaki bangladesh | Kg. Baru - “Dia (penjenayah) menjerit kepanasan apabila saya membaca ayat Kursi. Malah, penjenayah itu tidak meneruskan niatnya untuk mer0g0l saya biarpun pakaian ditanggalkannya,” kata seorang jururawat mahu dikenali sebagai Intan, 21.

Intan berkata demikian ketika menceritakan detik cemas dia cuba dir0g0l seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh berusia lewat 30-an yang memecah masuk rumahnya di Kampung Baru, di sini, pada jam 5.45 petang, Selasa lalu.

Dalam kejadian itu, biarpun tidak merogol mangsanya, suspek dilapor merampas wang tunai RM50 selain beberapa barangan berharga lain dianggarkan bernilai RM300 sebelum melarikan diri.

Menceritakan semula kejadian itu, Intan berkata, dia yang tidur di ruang tamu terjaga apabila mendengar ada orang membuka pintu rumahnya.

“Saya terkejut apabila melihat seorang lelaki warga Bangladesh yang tidak dikenali sudah berada di depan pintu rumah.

Saya segera berlari untuk masuk ke dalam bilik namun dihalang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Intan, penjenayah itu mengeluarkan pisau sebelum mendakwa dirinya anggota polis selain memintanya supaya mendiamkan diri.

“Saya tahu dia bukan polis kerana bahasa digunakan seperti warga Bangladesh.

Dia (penjenayah) memeluk dan mula #mencium saya.

Saya terpaksa mendiamkan diri kerana bimbang dicederakan,” katanya.

Menurutnya, penjenayah terbabit meminta wang tunai dan barang kemas daripadanya.

“Belum pun sempat berbuat apa-apa, dia (penjenayah) menolak saya ke katil dan mula menanggalkan pakaian dan seluar saya.

“Ketika itu, saya berulang-kali merayu supaya dikasihani namun suspek terus menindih badan saya kerana mahu mer0g0l.

“Pada mulanya ada sedikit pergelutan namun saya tidak berdaya melawan kudratnya apatah bimbang dicederakan kerana dia (suspek) bersenjata,” katanya.

Intan berkata, dia yang kebuntuan akhirnya mengambil keputusan untuk membaca ayat Kursi dengan kuat selain berniat di dalam hati untuk menyerahkan nasibnya kepada Allah.

“Apabila saya baca ayat Kursi, dia (penjenayah) bagaikan kepanasan dan menjerit-jerit mendakwa ‘panas’.

Penjenayah itu tidak jadi untuk mer0g0l saya.

“Penjenayah itu berubah fikiran, dia (suspek)menggunakan tali pinggang dan tudung mengikat kaki serta tangan saya,” katanya memberitahu, suspek melarikan diri selepas merampas wang tunai RM50 dan beberapa barangan berharga lain.

Katanya, dia yang membuka ikatan di tangan dan kakinya itu tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK)


Sumber isupanaz

Dubai Haram ‘Terapi Puntianak’

DUBAI – Pihak berkuasa Dubai mengharamkan rawatan kecantikan yang menggunakan sel darah pelanggan untuk mengekalkan keremajaan wajah.

Prosedur platelet kaya plasma (PRP) itu dikenali sebagai rawatan wajah puntianak dan popular di kalangan pelanggan di banyak spa dan klinik di bandar raya itu.

Pembantu Pengarah Jabatan Kesihatan di Pihak Berkuasa Kesihatan Dubai (DHA), Dr Laila Mohammad Al Marzouqi mengesahkan PRP diharamkan.

“Ia satu bentuk prosedur baru dan perlu dikawal selia seperti prosedur kosmetik atau terapeutik lain untuk memastikan keselamatan pesakit, yang menjadi keutamaan kami,” katanya.

Pengurus operasi Klinik Dermalase di Dubai, Natasha Bennett, berkata beliau berhenti menawarkan rawatan berkenaan di kliniknya berikutan arahan itu.

Suntik ke wajah Namun sebahagian klinik di Bandar Raya Penjagaan Kesihatan Dubai terus menawarkan rawatan berkenaan, dengan berkata mereka tidak tertakluk dengan garis panduan DHA.

Rawatan PRP adalah prosedur selama sejam yang memerlukan pakar terapi mengambil darah daripada kulit pesakit dalam dua hingga empat tiub. Ia kemudian diletakkan dalam mesin emparan yang memisahkan sel darah merah daripada plasma dalam darah.

Plasma dikumpulkan dalam 12 hingga 14 jarum suntikan dan disuntik ke wajah pesakit. Harga purata bagi satu sesi PRP antara Dh4,000 dan Dh5,000 (RM3,575 dan RM4,469).

Selebriti Kim Kardashian adalah antara yang menjalani prosedur itu, walaupun keberkesanan dan keselamatannya belum dikaji dalam ujian klinikal terkawal


Sumber mynewshub

Wajah ‘Mencair’ Gara-Gara Silap Makan Ubat

Wajah seorang seorang pelatih pendandan rambut dari Hoveton, Norwich, United Kingdom dipenuhi gelembung nanah sebesar bola tenis apabila tersilap mengambil ubat untuk melegakan kesakitan ulu hati.


Kulit sekitar wajah Leanne Howes, 17, menggelupas manakala bahagian dalam mulut dan tekaknya dikatakan turut bengkak hingga menyukarkan gadis ini untuk bernafas sehari selepas dia mengambil tablet Zantac yang dibeli di farmasi.

Menurut Leanne, pada mulanya dia berasa amat gatal sebelum kulitnya mula membengkak dan bernanah.


Dia dikejarkan ke hospital selepas ibunya menemui Howes terbaring di lantai bilik air tidak sedarkan diri.

Sebaik tiba di Hospital Universiti Norfolk, doktor menyapu krim perubatan lalu kulitnya mulai luruh dan mencair.



Howes disahkan mengalami sindrom Stevens-Johnson yang jarang berlaku. Secara nisbah, keadaan ini hanya menimpa dua orang daripada sejuta.

Keadaan Howes kini sudah pulih namun peristiwa yang menimpa dirinya pada September tahun lepas ini tidak mungkin dilupakan sampai bila-bila.


Sumber mynewshub