Ezany Dedah Perangai Sharnaaz, Sokong Sharnaaz.

Ezany Dedah Perangai Sharnaaz, Sokong Sharnaaz | Ekoran kes gaduh Sharnaaz yang terbaru , pelakon Ezany Nizariff telah mendedahkan perangai Sharnaaz yang sebenar ketika di luar. Dia bukanlah sejahat atau kurang ajar seperti yang ramai sangka.

Ezany akui Sharnaaz sebenarnya seorang yang sopan dan menghormati pelakon senior.

Kata Ezany:
Pelakon Shahnaz yg sy kenal,seorang yg hormat pelakon senior,sopan n sentiasa beri kerjasama.mungkin klu timbul isu mengenai beliau,kerana beliau bukan plastik yg bercakap belakang.tetapi akan terus kedepan dan bertanya.mungkin pihak lain tak suka dgn cara beliau.bagi saya beliau tidak plastic.steady bro!

Sementara itu ramai juga orang yang menyatakan pengalaman bersama Sharnaaz. Antaranya pelakon extra yang akui Sharnaaz amat mesra dan sering bergurau senda bukanlah garang dan bengis.

Kata Marlin yang pernah berlakon dengan Sharnaaz dalam filem "Sindiket":
Saya brpeluang krjasama dgn Shahnaaz Ahmad dlm filem Sindiket arahan Bade Hj Azmi, film ni shooting di Sabah...sya terkejut bila baca media katakn shahnaaz pemarah, keras dll..tapi bila in person semua itu tidak benar..malah dia respek pelakon kecil spt saya..sya tak lupa beliau selalu bergurau, dgn mngatakan ' bang misai kami sama'

Apapun diharap kes ini dapat diselesaikan dengan baik.










Sumber hotlips-yuya

Shukri Yahaya Bangga Wajah Dikata Seiras Jericho

NAMA pelakon Shukri Yahaya mungkin belum begitu kukuh dalam industri hiburan tanahair biarpun sudah tiga tahun bertapak dalam bidang lakonan.

Namun kebelakangan ini, dia semakin kerap muncul di kaca televisyen termasuklah melalui drama ‘Menjinak Ombak’ dan ‘Jika Itu Takdirku’ yang sedang hangat diperkatakan menerusi saluran TV3.

Tidak dinafikan paras wajahnya yang agak seiras pelakon Filipina, Jericho Rosales itu agak membantu dalam memperkenalkan namanya kepada para peminat drama Melayu.



(Jericho Rosales)

Menerusi Sinar Harian, Shukri mengakui dia sebenarnya bangga apabila disamakan dengan pelakon itu memandangkan dia mempunyai pengaruh yang cukup besar bukan sahaja di Filipina, malah di negara ini.

“Bila ramai yang bercakap mengenainya, saya cuba ‘google’ dan bila lihat kehebatan lakonannya, saya rasa bangga walaupun wajah kami tidaklah sama seperti yang dikatakan,” ujarnya.

Mungkin tidaklah 100 peratus sama, tetapi kami rasa kalau sekali imbas, boleh keliru sekejap dibuatnya.

Beberapa gambar Shukri kami kongsikan untuk anda menilainya.




(Shukri Yahaya)

Sumber mynewshub

Luahan Imam ‘BALING SELIPAR’ Ketika Ambil BR1M VIDEO


Luahan Imam ‘BALING SELIPAR’ Ketika Ambil BR1M | MASIH ingatkah lagi kisah seorang imam yang bertindak biadap dengan membaling selipar kearah Hakim dalam Mahkamah?

Ahli PAS seumur hidup, Hoslan Hussin pernah mendapat perhatian umum dan menghiasi dada dada akhbar serta mendapat liputan berita telivisyen ketika kisah ini hangat diperkatakan.

Hoslan Hussin yang turut menyertai himpunan jalanan Bersih, Blackout dan pelbagai demo telah dibebaskan setelah menjadi hukuman penjara setahun kerana menghina Mahkamah.

Baru-baru ini setelah kembali daripada menghantar anak beliau mengaji di Yemen,beliau telah dijemput oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menjadi Pakar Motivasi kepada banduan-banduan kes dadah dalam penjara.

Kalau google kronologi cerita pasal imam selipar ini memang banyak.

Kelmarin beliau turut hadir untuk menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), jom dengar apa katanya





Sumber mynewshub

MAS Dan Air Asia ‘Berperang’ Di Facebook

Nampaknya, perang media sosial antara syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan Air Asia berterusan!
Selepas Air Asia mengambil kesempatan menggunakan isu nasi lemak ‘telanjang’ MAS, syarikat penerbangan tersebut dilihat menggunakan tarikh jualan promosi tiket Air Asia murah yang bermula pada hari ini (24 Februari 2014) pula sebagai modal untuk membalas dendam.
21 Februari lalu, MAS telah memuat naik satu status meminta agar pengguna bertindak BIJAK pada 24 Februari.

besmartteks
besmart

Kemudian dalam satu status lain, MAS menyenaraikan perkara yang perlu diambil berat oleh penumpang yang BIJAK adalah memastikan tiada kos tersembunyi yang perlu dibayar untuk cukai lapangan terbang, caj minyak dan bagasi apabila membeli tiket kapal terbang.

1948142_508736459239552_1272683520_n

Terangan-terangan, ini merujuk kepada harga tiket penerbangan Air Asia yang biasanya akan meningkat pada akhirnya berbanding harga promosi selepas kesemua caj di atas dimasukkan.
Apa pun, status ini dilihat turut menjerut leher MAS kembali apabila ada pengguna Facebook yang menggunakan kesempatan untuk menyindir kerugian MAS yang diumumkan baru-baru ini.

besmart1 besmart2 besmart3

18 Februari lalu, MAS diumumkan mengalami kerugian suku ke-4 berturut-turut untuk 2013 melibatkan angka RM1.17 bilion untuk sepanjang tahun tersebut.
Perkara ini turut mendapat komen pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.
Begitu pun, beberapa pengguna lain membela MAS kerana masalah kerugian syarikat penerbangan tersebut dikatakan tiada kena mengena dengan pekhidmatan mereka yang bagus.

sokong mas1  sokong mas2 sokong mas3

Apa pun, ini adalah cara iklan dan pemasaran biasa di luar negara.
Paling penting, persaingan akan mewujudkan lebih banyak peluang dan penambaikan yang menguntungkan pengguna, betul tak?
Sumber mynewshub

Sharnaaz Memang TANGKAP CINTAN Dengan Nelydia?

Sharnaaz Memang TANGKAP CINTAN Dengan Nelydia? | Nama Sharnaaz Ahmad kembali menjadi perbualan hangat peminat industri seni tanah air apabila dia kini dikatakan mempunyai persengketaan dengan pelakon Lisdawati Nazaruddin dan suaminya, Fauzi Nawawi.

Namun, apa yang ingin kami kongsikan di sini ialah bukan hal pergaduhan tersebut, tetapi sebaliknya sisi romantik Sharnaaz terhadap pasangan heroinnya dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC) terus terserlah menerusi perkongsian gambar aksi lakonan mereka di set penggambaran tersebut.

Dan daripada post gambar terbaru Sharnaaz, dapat disimpulkan drama BKATC telah tamat menjalani proses penggambarannya.

Menerusi keterangan gambar tersebut, Sharnaaz melahirkan ucapan penghargaannya kepada semua yang terlibat dalam drama terbabit termasuklah pengarah, rakan pelakon dan juga krew produksi.

Namun, apa yang menarik perhatian ialah ucapan terakhir Sharnaaz yang dikhaskan kepada Nelydia bertulis, “buat Nely, abang sayang awak”.



Adakah memang benar selama ini Sharnaaz memang menyimpan perasaan istimewa terhadap kekasih Qi Razali?

Sebelum ini pun, media pernah melaporkan Qi sedikit cemburu dengan perbuatan Sharnaaz yang gemar menulis kata-kata yang agak ‘jiwang’ dalam Instagramnya bagi mempromosikan BKATC.

Akhirnya kes itu berlalu begitu sahaja selepas Qi menyedari perbuatannya yang menuduh Sharnaaz secara membabi buta, dan Sharnaaz juga mempertahankan tindakannya itu adalah bertujuan untuk mempromosikan drama lakonannya dan juga Nelydia.

Mungkinkah Sharnaaz sudah terpaut dengan cinta lokasi seperti mana yang gemar terjadi di kalangan selebriti Hollywood

Sumber mynewshub

Remaja Sudah Duga Ajal Menerusi Status Facebook

Remaja Sudah Duga Ajal Menerusi Status Facebook | AJAL maut sememangnya di tangan Tuhan dan tiada siapa pun yang akan tahu bilakah waktu dan tarikh tepat kematian mereka.

Namun, tidak dinafikan ada juga insan yang dapat merasakan waktu kematian mereka semakin hampir.

Ia dapat diperhatikan melalui sikap yang luar dari kebiasaan atau kata-kata mereka.

Seperti remaja ini, dia seperti dapat menduga ajalnya semakin hampir melalui status yang ditulisnya di laman Facebook yang berbunyi:



Melalui perkongsian di Facebook Oh! Media, dia meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah van sewaktu menunggang motosikal di Kampung Perana, Pulau Langkawi.

Lebih menyedihkan, hari kematiannya merupakan hari yang sama dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-16.

Berikut adalah komen-komen daripada beberapa individu yang mengenali mangsa.

Klik untuk besarkan



Apa pun, sedekahkahlah surah Al-Fatihah buat remaja ini dan janganlah membuat andaian yang bukan-bukan kerana kita sendiri tidak tahu bagaimanakah bentuk kematian kita suatu hari nanti. Wallahu a’lam…


Sumber mynewshub

Pelakon ariana rose tunjuk perangai sebenar di london?

Pelakon ariana rose tunjuk perangai sebenar di london? | Pelakon yang sebelum ini dalam status 'tak laku', tetapi baru-baru ini naik dek drama popular 'Ariana Rose' nampaknya tidak terlepas dari gosip atau kontroversi liar. Sama ada benar atau tidak, hanya tuan empunya badan saja yang mengetahuinya.

ADA kisah yang kurang manis mengenai pelakon Nur Fathia yang diceritakan menerusi tulisan wartawan B*Pop, Raja Nurfatimah Mawar.

Khabarnya, ‘Ariana Rose’ kerap kali buat hal sewaktu di lokasi penggambaran termasuklah datang lewat dan tidak hafal skrip.

Ia bukan sahaja terjadi di Kuala Lumpur, sebaliknya ‘merebak’ hinggalah ke London sehingga gandingannya, Keith Foo menggigil kesejukan kerana terpaksa mengulang babak berkali-kali.

Itu baru hal berkaitan disiplin, belum lagi masuk hal pergaulan.

Fathia dikatakan tidak begitu mesra dengan pelakon lain dan krew produksi, tidak seperti Keith Foo, Nabila Huda dan Jonathan yang sentiasa bergurau-senda dan akrab antara satu-sama lain.

Dalam satu kejadian yang disaksikan sendiri oleh wartawan itu, pelakon jelita itu dilihat bergaduh besar dengan penerbit eksekutif, Jalena Rejab.

Ia gara-gara Fathia berdegil untuk tidak melakukan rakaman promo kerana ia merupakan hari terakhir mereka di London.

Pendek kata, mungkin dia tidak mahu hari yang sepatutnya dihabiskan untuk bercuti dan membeli-belah disia-siakan walaupun hanya beberapa minit.

Antara petikan tulisan tersebut berbunyi:

“Raja terkejut melihat Jalena mengamuk hingga menghempas pintu van yang dinaiki. Jalena seperti melepaskan ledakan yang terbuku dalam hatinya selama ini. Butir-butir dialog ketika mereka bertegang urat biarlah Raja simpan saja. Kalau tulis di sini pun nanti Fathia tentu malu. Tapi, mana-mana penerbit eksekutif pun akan marah dengan sikap Fathia!

“Raja bersama pengarah. Raja Ahmad dan pelakon yang berada dalam van ketika itu jadi terpaku seketika, apatah lagi melihat Fathia tetap berkeras tidak mahu melakukan rakaman promo. Hmmm…keras juga hati si Fathia ni…”

Selepas kejadian itu, Fathia dikatakan mula menjauhkan diri dan hanya bersalaman dengan Keith dan Jonathan sahaja sebelum pulang dari KLIA.

Waduh, kenapa sampai begitu sekali ya? Sebelum ini namanya juga pernah terpalit dengan kontroversi apabila dikatakan membaling telefon bimbit ke arah pengarah Along Kamaluddin akibat tekanan.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Fathia dengan berkata kejadian itu tidak disengajakannya.

Kami sendiri pun tak tahu hendak komen apa mengenai perkara ini. Senang cerita, tak perlulah hendak tunjuk keras kepala sangat dalam industri ini.

Sedangkan pelakon yang sudah bergelar ‘otai’ pun masih ada sikap rendah diri, inikan pula anda yang baru beberapa tahun bertapak


Sumber mymedialab