Pantang maut sebelum ajal




Assalamualaikum dan salam sejahtera, berpantang maut sebelum ajal, itu aku boleh rumuskan  bila tengok gambar Seorang remaja berusia 13 tahun berasal dari Virginia, Amerika Syarikat ini terselamat setelah lehernya tertusuk buluh. Remaja bernama Dez Heal sedang bermain-main dengan temannya dan berperanan sebagai ninja dan ia menyimpan buluh itu di dalam baju kaosnya. Ketika ia melompat buluh itu menusuk tepat di leher sebelah kanannya. isskkkkk..tapi budak Dez ni nampak tenang jer..gile cool budak ni.

Buluh tersebut berjaya dikeluarkan lima jam selepas kejadian, namun Heal tidak mengalami risiko apapun. Seorang doktor Paul Pepe, mengatakan buluh itu tidak boleh dikeluarkan kecuali mereka yang ahli. “Jika tidak ia akan memutuskan artileri maka kemungkinan darah akan banyak keluar,” kata doktor yang berjawatan sebagai ketua jabatan kecemasan di University of Texas Southwestern Medical Center.

P/s kalau yang ada anak tu awasi setiap apa yang mereka  lakukan...takut jadi macam ni menyesal pun dah tak guna, kadang-kadang rancangan TV ni bagi pengaruh yang negatif pada kanak-kanak...


Sumber

0 comments:

Post a Comment