10 Gambar Mahasiswa Usung Keranda Ke Pejabat SPR


spr keranda 10 Gambar Mahasiswa Usung Keranda Ke Pejabat SPR

10 Gambar Mahasiswa Usung Keranda Ke Pejabat SPR-Sambil membawa dua buah replika keranda bewarna hitam dengan tulisan SPR serta sepanduk bertulis “PRU 13 adalah yang paling kotor” mereka turut melaungkan “Tukar SPR” dan “Anak muda mahukan keadilan”.

Beberapa NGO mengadakan perhimpunan di hadapan bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Putrajaya bagi menyerahkan memorandum menuntut agar pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri Abdul Aziz Yusof meletak jawatan berhubung dakwaan berlaku penipuan dalam keputusan pilihan raya umum ke-13.
945902 572248419475765 115127906 n 10 Gambar Mahasiswa Usung Keranda Ke Pejabat SPR
Perhimpunan yang bermula pada jam 2.30 petang itu dihadiri kira-kira 50 orang yang diketuai oleh Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang.
Turut hadir dalam perhimpunan itu ialah Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard.
6497b058b89a4ee3a5976ccc87157327 10 Gambar Mahasiswa Usung Keranda Ke Pejabat SPR
Turut kelihatan juga ialah kira-kira 10 orang anggota polis di sekitar kawasan perhimpunan itu bagi mengawal keselamatan.
052522e7d13a413adc426d5f2b34b350 10 Gambar Mahasiswa Usung Keranda Ke Pejabat SPR
Sementara itu, dalam ucapan selepas memorandum diserahkan kepada pegawai perhubungan awam SPR, Safwan berkata, pihaknya memberi masa selama tujuh hari untuk pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberikan respon terhadap tuntutan mereka.
“Kita bagi tempoh sampai hari Jumaat minggu depan untuk SPR respon memorandum dan letak jawatan.
“Jika tak jawab, kita akan turun di jalanan. Hari Sabtu nanti berdepanlah dengan kemarahan rakyat.
“Kita juga akan membawa perkara ini ke Istana Negara,” katanya. Perhimpunan itu bersurai kira-kira jam 3:15 petang.
Dalam memorandum tersebut, mereka membuat tiga tuntutan iaitu menolak keputusan pilihan raya umum ke-13, meminta supaya SPR yang baru dan telus ditubuhkan serta mendesak agar pilihan raya umum diadakan semula ~ Malaysiakini
945902 572248419475765 115127906 n 10 Gambar Mahasiswa Usung Keranda Ke Pejabat SPR
401837 10151695627562189 1092257342 n 10 Gambar Mahasiswa Usung Keranda Ke Pejabat SPR
960089 590404440994430 664922793 n 10 Gambar Mahasiswa Usung Keranda Ke Pejabat SPR
931167 572238752810065 1795626278 n 10 Gambar Mahasiswa Usung Keranda Ke Pejabat SPR
Dari HarakahDaily
PUTRAJAYA: Badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan mahasiswa mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof agar meletakkan jawatan segera.
Ia berhubung pelbagai dakwaan kegagalan suruhanjaya itu dalam mengendalikan perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lepas dengan telus dan adil.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, pada 18 Mei ini satu himpunan lebih besar rakyat membantah penipuan SPR akan diadakan dalam masa terdekat yang akan diumumkan kemudian.
“Kami menuntut dengan jelas untuk dikembalikan semula sistem demokrasi, dengan kebangkitan rakyat hari ini kamu tidak berjaya melenyapkan suara kami.
“Wahai anak muda kekalahan dan kemenangan itu tidak terletak hanya di atas kertas undi, kekalahan adalah apabila kita terus berdiam diri, percayalah apabila kita terus bangkit kemenangan berada di pihak kita dengan negara ini perlu diselamatkan,” kata Badrul Hisham.
Sumber

0 comments:

Post a Comment