Hantu atau piring terbang melawat kolam renang? (VIDEO)

Hantu atau piring terbang melawat kolam renang
Kamera CCTV telah merakamkan satu objek yang bercahaya berlegar-legar selama 30 minit di atas sebuah kolam di Naples, Florida, AS. Penduduk di situ berkata mereka tidak pernah melihat suatu seumpama itu, dan pakar-pakar juga tidak pasti apakah ia.

Jom tonton VIDEO di bawah ini


Video itu dihantar kepada MUFON, sebuah pertubuhan UFO di Ohio. Pegawai-pegawai di MUFON mengatakan ia adalah salah satu video yang paling menarik yang pernah mereka lihat setakat ini.

Mereka menganalisis, tetapi mereka tidak fikir ia adalah satu penipuan.

p/s: Ntah-ntah itu adalah hologram atau dari projektor :P Tapi dari komen-komen penonton video ini, yang paling munasabah sekali ialah titisan-titisan air hujan je atas lensa CCTV tu. Wallahu a'lam .......



Sumber

0 comments:

Post a Comment