Syiah Ubah Surah Al-Ikhlas Kepada Al-Assad
Antara kesesatan nyata yang dilakukan oleh puak Syiah adalah mengubah ayat al-Quran sesuka hati mereka. Hal ini kerana mereka percaya al-Quran yang ada sekarang tidak asli kerana telah diubah oleh para Sahabat Rasulallah iaitu Saidina Uthman Affan r.a, Saidina Umar Al-Khattab r.a dan Saidina Abu Bakar r.a..
Kononnya, al-Quran yang asli berada dalam simpanan Syiah dan dikenali sebagai Mushaf Fatimah. Hal ini jelas tidak benar kerana Alah SWT telah memberi jaminan bahawa al-Quran akan sentiasa dipelihara sampai akhir zaman.
Begitu pun oleh kerana rukun utama Syiah adalah Taqiyyah, maka mereka gemar berbohong dan berhelah kononnya mereka berpegang pada al-Quran yang sama seperti umat Islam lain termasuk Sunnah Wal Jamaah lalu menuduh Sunnah yang suka membuat fitnah pada mereka.
Salah satu bukti yang memaparkan wajah sebenar Syiah adalah mengubah surah Al-Ikhlas menjadi surah Al-Assad yang mempertuhankan Hafez Al-Assad.
Hafed Al-Assad adalah bapa kepada Bashar Al-Assad, Presiden Syria sekarang yang sedang melapah daging rakyatnya sendiri tanpa belas ehsan.
Setelah diubah, maksud ayat-ayat dalam surah palsu tersebut adalah:
“Katakan Dialah Allah Yang Maha Satu * Allah tempat meminta * Tidak menciptakan seperti Hafidz Asad * Dan tidak memimpin Syria * Kecuali Basyar Asad”.
“Katakan Dialah Allah Yang Maha Satu * Allah tempat meminta * Tidak menciptakan seperti Hafidz Asad * Dan tidak memimpin Syria * Kecuali Basyar Asad”.
Sesungguhnya, kekejaman Bashar dan tenteranya pada hari ini adalah bukti nyata betapa bahayanya Syiah kerana mereka umpama api dalam sekam buat umat Islam yang berpegang teguh pada Sunnah dan al-Quran

0 comments:
Post a Comment