Aksi Ngeri Guna Bat Pingpong, Pisau Dan Nanas (VIDEO)
Seorang wanita Sweden yang dikenali sebagai Miss Ping menggunakannya untuk melakukan aksi ngeri yang benar-benar hebat!
Dalam video memakan masa selama 37 saat untuk program Tumba Ping Pong yang disiarkan di Sweden, Miss Ping menunjukkan erti ketenangan sebenar apabila memegang bat pingpong di kedua-dua tangan sambil menunggu pisau dilempar ke arahnya oleh seorang lelaki.
Tidak cukup dengan itu, seorang lelaki lain kemudiannya muncul lalu meletakkan nanas di hujung kepala Miss Ping.
Sekali lagi, wanita ini cukup selamba melihat pisau dihujam ke arahnya lalu memotong buah tersebut, cuma beberapa inci sahaja hendak mengena kepala.
Akhir sekali, bola pingpong dilempar laju dan lurus memasuki mulut Miss Ping.
Dalam satu temubual dengan Huffington Post, Miss Ping dan rakan-rakannya menyatakan mereka sudah berlatih lama dan berniat untuk menghibur semata-mata meskipun ia kelihatan membahayakan.
Begitu pun, tak semua orang yang menonton video Miss Ping ini percaya ia benar. Ramai yang menganggap ia sudah diedit kerana aksi yang terlalu hebat hingga boleh dikatakan mustahil untuk dilakukan dalam dunia nyata.
Saksikan VIDEo di bawah ini
Sumber

0 comments:
Post a Comment