Jika Ada Bukti, Sila Bawa Semuanya – Isu Aeril Zafril
Aeril Zafril dikatakan telah bernikah dengan Wawa Zainal pada 4 Februari lepas
Kontroversi Wawa dan Aeril menjadi semakin hangat apabila mereka berdua telah menulis beberapa buah tweet yang telah mengundang pelbagai spekulasi dari peminat dan media. Namun, Aeril yang sebelum ini telah dihubungi melalui panggilan telefon dan mesej dikatakan cuba melarikan diri dari media.
“Istilah melarikan diri, saya rasa tak pernah wujud dalam diri saya. Saya rasa sebagai seorang artis, saya lari mana pun orang lain akan persoalkan saya juga.“Untuk diri saya, ada lah sebab kenapa saya berdiam diri dan tak jawab sms serta call. Bukan saya nak lari, tapi saya sendiri akan adakan sidang media nanti.”
Ditanya mengenai David Teo, Ariel menafikan dirinya terasa pada pengarah itu dan memberitahu dia tidak mempunyai niat langsung untuk memarahi bekas bosnya itu.
“Saya berdiam bukan bermakna saya salah. Waktu ini sebenarnya ujian keimanan saya sedang diuji. Mungkin Tuhan nak uji saya dari segi pandangan manusia. Atau Tuhan nak uji saya samada saya redha atau cepat marah.“Itu semua saya rasa ujian Tuhan untuk diri saya. Biarlah terjawab Jumaat nanti dan saya rasa mungkin ada hikmah yang besar Tuhan nak tunjuk pada saya,” tambah Ariel lagi.
Pelakon berusia 25 tahun ini kini sedang menjalani penggambaran untuk sebuah telemovie Aidiladha berjudul “Cinta Mat Semprit” bersama Izara Aishah dan juga Fasha Sandha.

0 comments:
Post a Comment