Panas...Izzue Islam Menipu Jual Beli Telefon di Instagram?


Panas...Izzue Islam Menipu Jual Beli Telefon di Instagram? | Nampaknya nama Izzue Islam semakin panas, bukan lagi kerana kisah beliau yang lambat ke lokasi pengambaran tetapi kisah penipuan dalam urusan jual beli telefon bimbit. Untuk info, baru-baru ini wujud satu akaun Instagram palsu yang menggunakan nama Izzue Islam.

Khabarnya, si penipu tersebut telah membuat urus niaga jual beli telefon bimbit kepada peminat melalui laman akaun Instagram palsu yang diberi nama "izzue_4teen".

Bagaimanapun, perkara tersebut disedari Izzue setelah salah seorang pembeli membuat aduan dan memarahinya dalam Instagram sebenar milik Izzue. Izzue yang ditemui wartawan menjelaskan perkara tersebut.

"Saya sebenarnya tidak tahu dan terkejut dengan komen yang dibuat oleh seorang peminat di laman Instagram milik saya. Dia berurusan dengan orang lain tapi datang untuk meminta saya memulangkan wangnya sekitar bulan September lalu."

Tambah Izzue lagi, "Saya masih lagi belum membuat laporan polis tentang kejadian tersebut kerana masih sibuk dengan teater Maduku... Kalut di Istana Budaya. Bagaimanapun, saya sudah minta peminat yang ditipu itu untuk melakukan laporan polis. Kami juga sudah berbincang dan berbicara dengan salah seorang wanita yang ditipu itu."


"Dia gunakan nama akaun instagram izzue_4teen yang mana menerusi akaun tersebut, dia membuat urus niaga jual beli telefon bimbit dengan harga RM300. Apabila si pembeli telah membuat bayaran, akaun si pembeli akan terus disekat olehnya. Akaun saya juga telah disekat oleh orang itu.

Selain nama beliau digunakan oleh penipu tersebut, nama isterinya juga tidak terkecuali, keta Izzue Islam, "Selain itu, nombor akaun yang diberi pula, nombor akaun rakan isteri saya. Namun ramai yang ditipunya, terdiri daripada wanita dan remaja perempuan. Menambah lagi penipuannya, dia hanya boleh berhubung melalui Whatsapp sahaja. Antara nombor yang digunakan termasuklah 011-3151 6018 dan 011-2624 5773."

"RM300 itu bukannya jumlah yang sedikit. Perkara tersebut sebenarnya boleh mengganggu periuk nasi orang lain. Saya harap peminat tidak tertipu dengan perkara begini dan perlu berurusan dengan orang yang betul."

Nasihat Izzue Islam kepada peminatnya, "Jangan mudah mempercayai perniagaan sebegini. Mereka semua perlu berhati-hati. Jika fikirkan, takkan pula saya minta untuk masukkan wang ke akaun orang lain jika perniagaan itu saya yang buat. Sesiapa yang terkena, harap buat laporan polis dan ini sebenarnya akaun palsu yang meggunakan nama saya.



Sumber

0 comments:

Post a Comment