Yusof Haslam Buat Rayuan Untuk KL Gangster 2
BEBERAPA hari lalu, berlaku sedikit ‘pergaduhan’ antara pengarah muda, Syamsul Yusof dan pelakon, Sharifah Amani di laman Twitter.
Puncanya apabila Amani mempersoalkan mengenai klasifikasi filem oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang meletakkan filem ‘KL Gangster 2′ sebagai PG 13 walaupun mempunyai babak yang kurang sesuai untuk tontonan bawah 18 tahun.
Bagaimanapun, pelakon itu menjelaskan bahawa kenyataan itu tidak bersifat peribadi, sebaliknya lebih kepada menjurus kepada sikap ‘double standard’ oleh pihak berkenaan.
Bagi menjernihkan keadaan, Datuk Yusof Haslam tampil memberi penjelasan menerusi Berita Harian dengan menyatakan bahawa klasifikasi PG 13 itu diperolehi melalui rayuan kepada LPF.
“Filem terbitan saya pada awalnya diberikan klasifikasi 18. Ia tidak membimbangkan saya kerana kesan klasifikasi 13 dan 18 itu hanya sekitar 10 hingga 20 peratus ke atas kutipan tiket. Jika sesebuah filem berpotensi pergi lebih jauh, kutipan pada dasarnya tidak terganggu dengan pemberian klasifikasi itu.
“Bagaimanapun, selepas berlaku kebocoran KL Gangster 2 di Internet, filem terbitan saya disifatkan sebagai kes istimewa. Selepas kebocoran itu jugalah baru saya membuat rayuan memandangkan kerugian besar yang bakal saya tanggung. Apatah lagi produk yang bocor itu belum mendapat pemotongan daripada LPF,” jelasnya.
Justeru, Yusof menasihatkan para penerbit filem untuk membuat rayuan sekiranya filem mereka diklasifikasikan untuk tontonan 18 tahun ke atas.
Siapa tahu, kalau bernasib baik, luluslah rayuan itu nanti. Kalau tak cuba, tak tahu kan?
Sumber
0 comments:
Post a Comment