Mamat Sepah Pernah Tolak Tawaran Fida Ibrahim

Mamat Sepah Pernah Tolak Tawaran Fida Ibrahim

Mamat Sepah Pernah Tolak Tawaran Fida Ibrahim | Mamat Sepah pernah menolak tawaran bekas kekasihnya Fida Ibrahim sebagai pasangan dalam Maharaja Lawak Mega 2013 kerana beranggapan mereka tidak mempunyai keserasian.

"Fida pernah mengajak saya bergandingan dalam MLM. Tetapi saya tolak dengan cara baik.

"Walaupun orang di sekeliling saya memberitahu gandingan kami mungkin boleh menambahkan kontroversi tetapi saya rasa itu bukan caranya.

"Saya lebih mementingkan kualiti berbanding mencari kontroversi tanpa sebab," katanya lagi.

Tambah Mamat, penolakan itu juga bukan disebabkan dia risau sekiranya memori kenangan cinta lama mungkin akan kembali sebaliknya apa yang telah berlaku hanya dianggap sekadar pengalaman hidup.

Sementara itu Mamat memberitahu, dia lebih serasi bergandingan dengan Munir dan Arin dengan membentuk kumpulan Kucai untuk berentap di MLM 2013.

Mamat Sepah Pernah Tolak Fida Ibrahim

Dalam pada itu, Fida turut berentap dalam pertandingan lawak itu bergandingan bersama Datuk Ali Mamak dan Aziz Kota dengan menubuhkan kumpulan bernama Santan.

"Saya dapati Munir dan Arin mempunyai kelebihan. Munir mempunyai wajah yang mampu membuatkan orang ketawa, manakala Arin pula mempunyai karakter yang suka berjalan kengkang.

"Kelebihan yang mereka ada membuatkan saya terfikir untuk menarik mereka menyertai MLM 2013," ujarnya.



Sumber

0 comments:

Post a Comment