Manusia Kejam Seksa Anak Kucing (VIDEO)
SEDIH juga apabila kemajuan teknologi dan hidup menjadikan segelintir manusia semakin kerap melakukan perkara pelik tanpa diketahui tujuan sebenarnya lebih-lebih lagi perbuatan yang berunsur kejam.
Zaman ini juga segelintir manusia lebih cenderung melakukan kekejaman terhadap binatang juga tanpa diketahui tujuan sebenar mereka padahal mereka tahu ia adalah satu kekejaman.
Kajian menerusi bidang psikologi ada menyebut, bahawa manusia yang melakukan kekejaman menghidapi sejenis penyakit psikologi apabila mereka berasa suka dan gembira melihat haiwan diseksa dengan pelbagai cara.
Sebuah video di laman Facebook hari ini menunjukkan sepasang lelaki dan wanita melakukan kekejaman terhadap seekor anak kucing di sebuah lokasi yang kelihatan seperti di belakang sebuah rumah.
Dua individu itu pula dah tak ada kerja lain agaknya sehingga sanggup mencangkung di kawasan yang nampak agak kotor semata-mata nak menyeksa kucing itu.
Anak kucing itu diperlakukan dengan kejam dengan merendamkan badannya ke dalam lopak air sehingga turut menenggelamkan kepalanya.
Kemudian, ibu kucing itu dilihat cuba menyelamatkan anaknya itu dengan memegang anaknya itu di mulutnya tetapi dihalau oleh wanita kejam itu.
Menambah lagi seksa pada anak kucing itu, lelaki itu pula mengambil anak kucing yang cuba menyelamatkan diri dan dicampaknya pula kembali ke wanita itu sehingga kucing itu jatuh ke dalam lopak air.
Perbuatan mereka kejam sehingga mengundang kecaman hebat di laman Facebook tempat video berkenaan dimuatnaik.
Ia telah pun dikongsikan sebanyak 311 kali.
Saksikan VIDEO di bawah ini
Sumber

0 comments:
Post a Comment