Kecoh!! Lagu Siti Nurhaliza dikatakan Sama Dengan lagu Rihana

Kecoh Lagu Siti Nurhaliza diakatakan Sama Dengan lagu Rihana | Mengikut laporan blog Mynewshub.my. Secara kebetulan sahaja ada bahagian tertentu, rentak muziknya seakan-akan sama dan untuk menuduhnya ia hasil ciplak Aubrey adalah tidak berasas rasanya

SUSULAN dakwaan penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menciplak lagu Rihanna bertajuk ‘Russian Roullette’ dalam lagu nyanyiannya ‘Jaga Dia Untuk Ku’, Siti tampil menjawab dakwaan itu.

Siti menyangkal bahawa lagu single terbaharunya itu diciplak bulat-bulat daripada lagu yang dimaksudkan.

Pada awalnya hari ini, Siti berkata beliau tidak pernah mendengar lagu Russian Roulette itu dan meminta pihak yang membuat dakwaan untuk merujuk kepada pencipta lagu itu iaitu Aubrey Suwito.

“Baru dengar di YouTube, tak sama pun! beat (rentak) sahaja,”

Perbincangan di twitter berkenaan isu lagu Rihanna ini memang hangat dan kebanyakan yang menyertai perbincangan bersetuju bahawa melodi lagu Siti dan Rihanna tidak sama langsung.







Sumber Mynewshub

0 comments:

Post a Comment