Penyelewengan Sejarah terbesar dalam Bangsa Melayu?


Putar belit fakta yang sangat kurang ajar. biarlah datang dengan fakta sejarah yang betul. Bagi saya adalah satu penipuan sejarah paling ulung bangsatnya yang cuba dilakukan. taktik mereka cube lenyapkan sejarah kita sedkit demi sedikit

1.Sejak bila SILAT itu berasal dari SILAMBAM? Bukan silat dari adalah seni bela melayu, yang dipengaruhi arab, cina dan india


Setakat yang diketahui silat adalah berasal dari alam Melayu sendiri ,silat berkait rapat dengan keris sebagai senjata Melayu.Berkemungkinan silat ini asalnya adalah latihan taktik perang untuk tentera-tentera waktu zaman Sri Vijaya (abad ke 7).Andaian yang mengatakan silalat berasal dari India adalah sangat meragukan. 

Kalau silat berasal dari India sudah tentu Silat berkembang pesat di sana ,hakikatnya silat berkembang di alam Melayu.Di India hanya kalari payat,keris tidak wujud sama sekali.Dalam peperangan zaman dahulu pun senjata mereka adalah pedang,bukan keris pun.Saya ada mengkaji sedikit sebanyak silat,kalari payat dan kung fu.

Teknik kalari payat amat berbeza sekali dengan silat.Kung fu pula ada sedikit persamaan dengan silat.Berkemungkinan kung fu juga sedikit sebanyak berasal dari silat ketika zaman perkembangan awal ugama Budha (zaman Sri Vijaya) dahulu.Persilatan di Malaysia pula Silat Gayung adalah susur galur dari ilmu persilatan Hang Tuah,Silat Lincah pula adalah susur galur ilmu persilatan Hang Jebat.Untuk makluman Pertubuhan Seni Silat Lincah masih menyimpan sepasang persalinan silat yang telah berusia 600 tahun.

2. Boleh aku tahu dari mana fakta yang cakap Parameswara tu datang dari India? Habis tu siapa Putera Empayar Melayu Srivijaya yang lari dari palembang ke Semenanjung lalu dirikan Melaka. Demm! Jangan sekali kau lacurkan sejarah bangsaku!

3. Dalam video ni,mereka dengan tersirat seolah olah mengatakan bahawa Sriwijaya dahulu merupakan jajahan Empayar Chola

ini adalah fakta yang terbukti salah....kerana sebenarnya Raja Rajendra Chola hanya mahu menghuru harakan pelabuhan Sriwijaya yang menjadi saingan kepada perdagangganya di Lautan Hindi.........Akibat fakta salah ini,LTTE(Tiger Tamil Eelam) mahu membina gagasan India Raya..sebuah gagasan Tamil Raya,di mana turut meletakkan wilayah Malaysia dan Sumatera sebagai wilayah Tamil Raya tersebut


Pertama analisis saya membawa kepada beberapa bahagian antaranya ialah:

1. Mereka mengatakan bahawa rajendra chola dari selatan India itulah yang mengajar bangsa Melayu erti tamadun.
2. Mereka mengatakan bahawa silat di bawa oleh bangsa mereka pada abad ke-10 sehingga ke-15 begitu.
3. Mereka mengatakan bahawa Parameswara itu seorang India sedangkan kita semua tahu dia putera kepada sebuah empayar Melayu Srivijaya selepas kejatuhan empayar itu.

saksikan VIDEO seleweng BANGSA MELAYU DI BAWAH INI




Sumber

0 comments:

Post a Comment