Istimewanya Johan Temani Shila Amzah di Showcase
Istimewanya Johan Temani Shila Amzah di Showcase | Setelah hubungannya dengan Sharnaaz Ahmad mencapai jalan penghujung, kehadiran Johan A'sari di sisi Shila Amzah kini menarik perhatian ramai.
Apatah lagi apabila keduanya mengaku bahawa ibu bapa masing-masing berkawan rapat. Namun sehingga kini hubungan rapat mereka terus menjadi teka-teki.
Biarpun Shila menegaskan yang dia tidak mempunyai hubungan istimewa, namun kehadiran Johan pada Showcase Shila di di Penthouse, The Icon, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada petang Khamis lalu, menarik perhatian ramai.
Di soal mengenai kehadiran Johan pada Showcase berkenaan, Shila menjelaskan ia merupakan satu sokongan daripada teman rapatnya itu.
"Tak adalah istimewa sangat. Johan datang atas jemputan, macam tetamu lain. Urusan jemputan dikendalikan oleh ibu saya," katanya ketika ditemui sebaik tamat persembahan.
Selain itu, turut hadir pada showcase berkenaan adalah artis popular seperti Datuk Siti Nurhaliza bersama suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa, Datuk DJ Dave, dan Nazim Othman.
Menerusi persembahan hampir dua jam itu, Shila tampil menyanyikan lagu-lagu daripada album terbarunya, antara lagu 'Masih Aku Cinta’, ‘Maaf’, ‘Tulus’ dan ‘Cinta Hati’.
Bagi menambahkan variasi dalam persembahannya, Shila turut menyampaikan lagu medley penyanyi antarabangsa yang dia kagumi, Adele iaitu lagu ‘Rolling In The Deep’, ‘Rumour Has It’ dan ‘Set Fire To The Rain’.
Apapun, tinjauan admin dilaman Instagram Shila membayangkan dua sahabat baik ini memang kelihatan agak istimewa...bahkan komen peminat turut seakan sama dengan admin....hehehe
Sumber
0 comments:
Post a Comment