Kisah Sebenar Ah Beng Bahayakan Nyawa Polis Trafik Rupanya
TIDAK berapa lama selepas menulis laporan berkaitan kes seorang pemandu berbangsa Cina yang dikatakan kurang hajar dengan seorang polis trafik, kini polis trafik berkenaan tampil menerangkan kisah di sebalik semua yang berlaku.
Kurang Ajar Dengan Polis Trafik ! (VIDEO)
Anggota polis trafik ini menggunakan akaun Facebooknya sendiri untuk memberi maklumbalas berkenaan video itu yang kini sudah menjadi viral di laman sosial Facebook.
Menurut beliau, kejadian berlaku pada Selasa lepas pada pukul 9.15 pagi ketika beliau dalam perjalanan hendak masuk bekerja di Balai Polis Trafik, Jalan Tun H.S Lee.
“Ketika saya dalam perjalanan hendak menjalankan tugas dengan menggunakan motosikal LC135 menghala Balai Polis Trafik, Jalan Tun H.S Lee, ada sebuah kereta jenis Honda Civic berwarna biru gelap membunyikan hon dari arah belakang.
“Ketika itu, saya di lorong paling kanan dengan kelajuan 100 kilometer sejam, tanpa memikirkan keselamatan saya yang tidak sempat mengubah laluan ke lorong paling kiri, kereta tersebut telah memotong motosikal saya dari sebelah kanan menyebabkan saya hilang kawalan tetapi nasib menyebelahi saya dan saya tidak jatuh,” kata Sharifuddin.
Beliau kemudian memecut motosikalnya dan mengejar kereta terbabit sehingga di Jalan Tun Perak sebelum Sharifuddin mengarahkan pemandu itu berhenti, tetapi pemandu itu enggan berhenti.
Akhirnya pemandu itu berhenti di sebuah stesen bas berhampiran Pasar Seni, katanya.
“Dengan rasa tidak hormat kepada penjawat awam, dia berulang kali tanya saya “Apa salah saya?” Sedangkan dia tahu ap salah dia, dia sengaja nak blame (salahkan) saya supaya saya mengalah dan mengatakan dia memang tak salah.
“Kerana fikirkan saya hendak masuk bekerja dan sudah terlambat, saya anggap ini kes terpencil dan menyusahkan saya. Pemandu tersebut memang sengaja nak cari pasal, tak tau pula sampai dia nak Upload (Muatnaik),” katanya.
Kenapalah rakyat di negara ini sesuka hari mereka menghina dan memperlekehkan mereka yang berkorban masa demi menjaga keamanan dan kestabilan masyarakat.
Pasukan polis trafik bertungkus-lumus berusaha untuk memastikan perjalanan trafik lancar dan pengguna jalan raya boleh menggunakan kemudahan itu dengan selamat dan lancar.
Adanya golongan seperti si Ah Beng ini yang banyak membahayakan polis trafik dan suka membuat provokasi melampau sehingga menampakkan kepada orang lain yang dia dizalimi.
Kepada anggota polis trafik itu, jangan bimbang kerana majoriti masyarakat masih menghargai dan mengiktiraf sumbangan sungguh-sungguh anda dan pasukan Polis Diraja Malaysia dalam memastikan semuanya kekal aman.
0 comments:
Post a Comment