kisah seram di Genting Highland hotel Amber court

Setelah berminggu-minggu merancang bersama WUJUD Paranormal Team (WPT),
akhirnya terlaksana juga misi Kembara Amber ini. Terdahulu kami mengucapkan ribuan terima kasih
kepada WPT yang sudi menjemput kami bersama mereka ke Amber Court, Genting Highland, Pahang.

Misi kami kali ini adalah ingin menjejak kisah seram yang sering menjadi bual mulut baik dari sang penyewa, pelancong, orang-orang sekitar mahupun yang hanya datang berkunjung, kesemuanya menceritakan perkara yang sama. Amber Court ini penuh misteri dan ada entiti !!

Menjadi tarikan buat The Others Clan untuk ke kawasan tanah tinggi ini bagi menyusuri cerita dan pengalaman di tempat itu sendiri.


Trivia

Amber Court merupakan sebuah kompleks apartment (bagi yang tidak tahu) yang mempunyai dua buah menara. Terletak di pesisir lereng The First World Hotel dan di tepi lereng itu ianya dibina di atas puncak. Tidaklah mudah untuk menjejakinya berikutan hanya 2-3 sahaja papan tanda yang meletakkan nama Amber Court ini, mujur ianya tidak jauh.

Pada waktu kunjungan kami, ada lebih kurang 10-20 apartment didiami oleh penduduk tetap yang merupakan pekerja-pekerja disitu dan ada yang menjadi milik orang persendirian. Manakala selebihnya masih dijaga dibawah Amber Court Service Apartments.



Misteri

Antara cerita-cerita popular di sini termasuklah cerita tentang sebuah bilik yang sengaja dikosongkan kerana dikatakan 'angker' dan berhantu. Jika anda search di internet, dengan mudah anda akan menjumpai cerita tentang bilik berhantu ini di dalam carian anda.



Kejadian-kejadian misteri tentang bunyi air yang datang dari bilik tidak berpenghuni, pintu bilik diketuk oleh orang yang tidak diketahui, bunyi desiran tapak kaki di luar bilik. Kesemua ini ada diceritakan oleh mereka yang pernah mendiami Amber Court ini.

Melihat dari luar sahaja, dengan keadaan bangunan yang usang dan lusuh pastinya menyeramkan sesiapa sahaja. Namun, kisah sebenar masih belum diketahui kebenarannya.





Kembara

Setelah berbincang dan merancang kembara kali ini, Kami membuat keputusan untuk bergerak sendiri kerana kami tidak dapat menginap disitu (mengikut perancangan asal) bersama WPT. Jadi, WPT telah bermula awal dari kami dengan event mereka sendiri. Kami pula bergerak lewat kerana ada ahli-ahli kami terpaksa memenuhi kehendak hakiki sebelum menyertai kami.

Ikutilah jurnal perjalanan kami dan kami susuri dengan analisa dan juga ringkasan kejadian-kejadian penting ketika kembara kali ini.





Jurnal Kembara The Others Clan

Jam 2000

Kami telah mula berkumpul di RGK, Danau kota. Ianya merupakan base tetap kami untuk pengetahuan umum. Kami berkumpul awal bagi memeriksa alatan dan kelengkapan sebelum bertolak.

Jam 2130

Ahli terakhir kami telah pun sampai dan kami terus membuat taklimat akhir bagi tujuan keselamatan, pergerakan dan formasi.

Jam 2300

Kami mula bertolak mengikut Lebuhraya dari arah Gombak.

Jam 0000

Kami mula mendaki jalan ke Genting Highland. Memang mencabar dan diikut pula hujan lebat yang menyebabkan kabus naik dan tebal.


Jam 0145

Kami tiba di hadapan Amber Court. Setelah melalui perjalanan sukar berikutan kabus tebal dan penglihatan setakat 1 meter sahaja. Kami terus bersiap dan bermula dari arah Parkir Kereta di bahagian

Basement Level 1.

Jam 0215

Kami menyusuri Basement Level 1 sehingga ke level paling bawah dan keluar ke bahagian belakang berdekatan dengan Kotak Janakuasa Elektrik. Disini keadaan sangat sejuk dan kabus sangat tebal.

Jam 0300

Kami naik ke bahagian apartment dan bertemu dengan WPT. Selepas itu kami terus ke tingkat 23 dan pergi ke sebuah penthouse yang terbengkalai. Di sana kami mendapat view yang menarik dari bahagian atas Amber Court.


Jam 0400

Kami mula bergerak keluar dari Amber Court dan kami menggunakan jalan ke Batang Kali dan terus menuju ke Empangan Batu.

Jam 0500

kami tiba di Empangan Batu untuk berehat dan mengambil gambar sebelum pulang ke Kuala Lumpur.







Analisa

Sewaktu kami menuruni tangga ke bahagian basement yang paling bawah, keadaan sangat gelap berikutan kabus tebal dan cuaca sejuk menghalang penglihatan dan pendengaran menjadi terhad tetapi suasananya sangat seram dan mengujakan.




Di kawasan Stesen Janakuasa Elektrik, keadaan juga sangat mencabar terutama apabila pintu hanya boleh dibuka dari dalam. Keadaan di bawah ini sememangnya menyeramkan tetapi kami tidak menjumpai apa-apa yang menarik perhatian kami.



























Setelah kami masuk ke bahagian apartment, keadaan masih lagi normal cuma lif yang seringkali rosak berikutan tidak selalu di servis. Di penthouse tingkat 23, keadaan rumah memang terbengkalai dan terpencil. Setelah berada lama didalamnya kami perasan suatu bunyi desiran yang kuat namun setelah diperhatikan ianya datang dari bunyi desiran angin dari luar yang bergesel dengan tingkap.






Tiada apa-apa kejadian yang pelik cuma sesekali ahli kami terperasan kelibat-kelibat bayang lembaga dan kami sememangnya berasa 'diperhatikan' tetapi tiada tanda-tanda bahaya.

Namun bagi 'guests' kami malam itu, ianya satu pengalaman menarik untuk menyusuri sendiri kawasan misteri dan dikatakan berhantu ini.






"Seronok, tapi kami sentiasa berhati-hati" kata Fid, 22 (penuntut ipta)
"Sejuk sangat, tak nampak jalan tapi best" kata Kia, 24 (pekerja swasta)
"Gelap dan menyeramkan" kata Sophie, 21 (penuntut ipta)

Kami akhiri kisah kembara kami kali ini dengan lawatan ke Empangan Batu. Mungkin kami tidak bernasib baik kali ini, namun segalanya berjalan dengan lancar dan pengalamannya tidaklah sehebat cerita-cerita satira seperti yang didengari. Tepuk dada tanya selera!

Sumber

http://theothersclan.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment