Mimpi #mh370 - mungkin mainan tidur [sekadar berkongsi]
Mimpi #mh370 - mungkin mainan tidur [sekadar berkongsi] | Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.
Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.
Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.
Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……
Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.
Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..
Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.
Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.
Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.
“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”
Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.
Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.
Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.
Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.
Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin.

Biar betik?
ReplyDelete------------------------------------------
Follow my blogs:
http://portberita.blogspot.com/
Portal blog berita nasional, dunia, informasi dan hiburan eksklusif yang terkini di Malaysia
http://ceritakaw.blogspot.com/
Portal blog cerita lawak, seram, pelik, tips dan informasi yang memang kaw
http://fishyummies.blogspot.com/
Only the special, grill, bake and steam fish recipes of the world with fun fish facts
http://gadgeturtle.blogspot.com/
Portal blog berita gadget dan teknologi terkini
Beberapa hari lalu saya juga mimpi dua kapal terbang. Tak Nampak. 2 kali mimpi malam yang sama. Mula2 kapal terbang pertama terbang rendah atas umah saya dan dinding bergegar. selang 2 saat, kapal terbang lalu sekali lagi. Bergegar lagi dinding umah saya. Pastu terjaga dari tido. Pastu tido semula. Mimpi lagi sama seperti mimpi yg tadi tu.
ReplyDeleteape mkna kapal terbang lagi 1 tu? apa2 pun takziah buat keluarga mangsa MH370
ReplyDeleteWallahualam.
ReplyDeleteMimpi yg dialami lebih kurang dengan pasangan suami isteri dari Indonesia...adakah ini petunjuk dari Allah yang Maha Hebat, atau sekadar mimpi..yang pasti segalanya dalam genggaman Allah...
ReplyDeletekalau disingkap2 semula kronologi dan video2 di youtube pasal radar MH370 dan 1 plane yang follow MH370, adakah suatu kebetulan atau sekadar mimpi.... Semoga Allah menunjukkan lagi kekuasaan Nya...
innalillah
ReplyDeletekemungkinan untuk hijack kapal terbang dari luar pun boleh... tidak mustahil... dan xperlu masuk dlm cockpit untuk hijack... bleh guna kaedah remote control.. dan ianya xmustahil untuk menggunakan kaedah ni... leh tgk di sini sbgai klu utk fikir the posibility
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=oYmaP5OKWBQ
http://www.youtube.com/watch?v=uX4rxq1OznE
Sungguh Allah beri petunjuk kepada mereka yang dikehendakinya.. Subhanallah...
Salam...subhanallah...hanya Allah lbh mengetahui...saya tertarik artikal ini mengenai mimpi..sekadar utk berkongsi juga mengenai mimpi saya..
ReplyDelete3 hari sebelum hari kejadian MH370 hilang, saya ada bermimpi sebuah kapal terbang yg besar warna putih jatuh terhempas didepan mata saya akan tetapi tidak meletup..terkejut akan kejadian itu saya tetus terjaga dari tidur. Ketika itu waktu hampir subuh..saya ada ceritakan mimpi yg bagi saya pelik kpd suami tp suami berkata mimpi itu mungkin saya akan dpt durian runtuh..saya hanya ketawa... Namun,apabila kejadian itu keluar di tv..saya cuma terkejut dan simpati...namun selepas beberapa hari saya baru teringatkan mimpi saya itu..kapal terbang terhempas tp tidak meletup..mungkin bermaksud terhempas dlm laut.. wallahualam..smpai skrg saya tidak dpt melupakan mimpi itu mengenangkan MH370 masih hilang tanpa dpt dikesan hingga hari ini..
Saya bukanlah siapa2 mahupun pandai ilmu agama..cuma mengingatkan betapa besarnya kuasa Allah kpd kita... Al Fatihah utk penghuni Mh370...
Subhanallah . Sy pun pernah bermimpi mengenai kapal terbang dan abang pilot dua minggu sbelum pesawat MH 370 hilang dari radar . selama 3 hari berturut sy bermimpi . dan selama dua minggu tu jgk laa hati sy sentiasa resah gelisah dan tertanya2 smpi laa satu ary tu sy on fb dan dpt tau psl pesawat MH 370 yg hlg pagi tu automatik otak sy trus berfikir ttg mimpi2 sy tu . Allahuakbar sesungguhnya Allah lebih mengetahui segala2nya .
ReplyDelete12/3/2014 saya juga ada bermimpi ada di dalam MH370. tengok keadaan seperti kapal terbang dirampas dan di control.. harap masih ada harapan
ReplyDeletemungkin benar petunjuk dari Allah. tidak mustahil.
ReplyDeletebbrp hari sblm insiden ini berlaku, sy bermimpi berada di tepi laut. ramai org. sy seolah2 berada di situ untuk mghantar adik. bila adik da pergi menaiki kapal (mungkin). tbe2 sy rasa sy tak patut biarkan adik menaiki kenderaan tersebut.
sy berlari2 mencari adik,bertanya orang disitu. jawapan yang sy dapat adik dah menaiki kapal.
sy berlari ke tepi lautan yang luas, sy tahu sy dah kehilangan kapal tersebut. bbrp hari sy sedih hanya kerana mimpi ini.
wallahualam
Innalillah...ya allah aku berlindung kepadamu drpd anasir2 yg berniat jahat kepadaku & seluruh keluargaku ya allah..aaminn,aaminn,ya robbil aalaminn.
ReplyDeleteSgt dekat dengan teori AWAC aircraft yg boleh deactivate radar Dan kawal kapal terbang
ReplyDeletesemua mimpi selepas kejadian..saya ni haa lagi lah tersentap kejadian pada 8/3/2014 saya pula bermimpi pada 7/3/2014 hari sebelumnya... sentap tak sentap lah sebab malam 7/3/2014 pada asalnya saya bermimpi bermain bola & jadi player termahsyur (biasalah mimpi) suatu hari saya pergi keluar negara (lupa pergi mana) naik kapal terbang...lepas tu ada kerosakan (malas cerita panjang panjang lagi pun ingat sikit je) kemuadia kapal terbang tu terhempas (terlupa lagi) tiba tiba saya diberi jaket keselamatan kemudian kapal terbang tak terhempas tapi landing atas air & walaupun landing bahagian kapal rosak teruk (terlupa) tiba tiba saya tersedar saya dijumpai orang kampung dipulau (apa yang dorang cakap saya tak faham tak sure orang asli kot) THE END hahahaa
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeletesaya tertarik dengan perkongsian saudara/i. Saya juga rasa simpati keatas keluarga mangsa diatas tragedi ini. Hampir setiap hari saya mengikuti perkembangan kehilangan MH370 ini dan tidak menyangka pengakhirannya begini. Subhanallah. Semuanya diatas kehendak yang Maha Esa. Cuma saya nak bertanya, jika mimpi berlaku semasa kita sedang tidur. Adakah ilusi boleh terjadi di dalam keadaan sedar? beberapa hari selepas berita kehilangan MH370 saya sering mandi dalam ketakutan. Seperti biasa saya mandi menggunakan air pancuran. Bila saya pejamkan mata, saya rasa lemas dan terdengar jeritan suara yang sayup2 meminta tolong. Semakin lama saya pejamkan mata, semakin deras terasa air pancuran itu dan saya menjadi semakin sesa nafas, telinga saya tersumbat sehingga saya segera menutup air dan buka mata. Hati saya gelisah.. dan berfikir mungkin saya terlalu terbawa-bawa dengan peristiwa ini. Apa pun saya doakan semoga dipertemukan mayat (jika benar telah meninggal) kpd ahli keluarga. Namun saya tetap mengharapkan mereka masih hidup kerana tiada bukti yg sahih untuk mengatakan itu adalah mereka.
ramainya yng mimpi kan -_-
ReplyDelete