Tempat paling seram di malaysia

Hari ni aku nak buat entry pasal tempat paling seram kat Malaysia. Lepas baca ni baru aku tahu yang tempat-2 dalam senarai ni berhantu. Selama ni buat endah tak endah je. Eh, bagi yang penakut tu boleh je baca entry ni, takde citer-2 seram pun. Hanya list tempat seram je.


1. Highland Tower, Kuala Lumpur.


Tragedi pada tahun 1996 yang banyak meragut nyawa. Wah, semestinya tempat ni seram kan. Khabarnya, tempat ni dulunya apartment mewah tempat orang2 kaya and pelbagai lapisan masyarakat. Hanya segelintir je mayat yang dijumpai, yang selebihnya masih lagi terkubur kat sana.

2. Banglo Mona Fandey, Shah Alam Seksyen 12.


Sebenarnya, aku pun tak berapa pasti betul ke ni banglo Mona Fandey. Tapi dengardengar cerita macam tu la. Bagi yang tak tahu Mona Fandey tu sape, Mona Fandey tu sepasang suami isteri, bomoh dan pembunuh. Diorang bunuh Datuk Mazlan kat Ulu Dong tak silap aku. Err, best jugak citer pasal Mona Fandey ni ni. Aku citer pasal Mona Fandey ni kat entry lain eh. 

3. Kemayan City, Johor Bharu.


Shopping complex yang terbengkalai sejak sekian lamanya. Huhh, bila dah jadi bangunan tinggal macam ni, of course la ada penunggu kan. Dah buat tempat tu jadi tempat tinggal diorang sejak azali lagi. Beranak pinak kat sini aku rasa.

4. Lebuhraya Karak.


Macam entry yang aku dah taip kat SINI, mesti korang dah tahu kan pasal Karak ni. Bagi yang tak tahu, boleh la klik kat situ eh, baca perabih dulu yang tu. Then baru baca yang ni. Mwehehe. Kesian korang, taknak baca pun takpela. Takde paksa memaksa dalam blog ni. Berbalik pada lebuhraya Karak ni, dulu pernah gempar dengan kehadiran Volkswagen kuning tanpa pemandu sehingga menyebabkan banyak kemalangan maut terjadi.

5. Villa Nabila, Johor Bharu.


Tempat ni paling aku minat sekali. Aku pernah dulu buat entry pasal tempat ni, tapi tak detail sangat la. Baru-2 mula terjebak dalam dunia blogging. Villa Nabila ni bertempat di Bukit Serene, berhadapan dengan Danga Bay JB. Aiyoo, malas nak cerita sekali lagi. Nak baca tekan SINIokay?

6. Amber Court, Genting Highland.


Hishh, aku pernah jugak buat entry pasal Genting Highland ni, terselit jugak ler Amber Court dalam tu. Outside view hotel ni pun menyeramkan, apatah lagi suasana dia. Tapi, ada orang cakap bilik2 kat dalam hotel ni cantik gila.  Nak baca pasal ni, feel free to click SINI.

7. Kellie's Castle, Perak.


Menurut ceritanya,pembinaan istana ini yang memakan masa 10 tahun melalui beberapa peristiwa pelik dan kesedihan termasuk pekerja pekerja pembinaan diserang Spanish flu secara mengejut.Sehingga ke hari ini juga,perkara perkara seram banyak berlaku ketika melawatinya.Ada yang mengatakan terlihat kelibat tuan punya istana iaitu William Kellie Smith ketika berada di dalam istana yang tidak sempat disiapkan sepenuhnya.Ada juga yang melihat kanak kanak kecil serta suara auara aneh yang datang dari beberapa sudut istana ini.Apapun,istana ini diurus dengan baik dan boleh dilawati seterusnya menjadi lokasi pelancongan yang berunsurkan sejarah dan mistik di negeri Perak.

8. Penjara Pudu, Kuala Lumpur.


Err, penjara ni kan dah lama tutup. Dah tak guna lama berabad dah, tak silap aku bangunan penjara ni sudah dirobohkan. Tak silap aku lagi, Mona Fandey, dipenjara kat sini la. Bilik tahanan yang hujung sekali. Dulu-2 kan duk sibuk warden penjara cerita yang lokap yang Mona Fandey pernah duduk tu berhantu. Aku pun tak tahu la nak cakap apa. Wallahualam.

9. Poliklinik Cheras, Kuala Lumpur.


Hospital ni mula dibina pada Oktober 1952. Hospital ni untuk pesakit TB. Ia ditutup pada tahun 1985, dan beberapa bangunan digunakan sebagai Poliklinik Cheras. Suasana sekeliling dikatakan sungguh menyeramkan, kalau pegi waktu siang sekalipun boleh naik meremang bulu roma. Kini semuanya dah dirobohkan kecuali satu bangunan sahaja yang tinggal.

10. Bukit Tunku, Kuala Lumpur.




Sebuah tempat yang menyeramkan untuk menjadi tempat tinggal walaupun ia sebenarnya adalah salah satu kawasan kediaman yang paling elit di Kuala LumpurTempat ini dengan banyak pokok-pokok besar dan tinggi dan sangat berliku-liku jalan raya, kelihatan seram walaupun pada siang hari. Ia dikatakan bahawa beberapa tahun yang lalu dua beliayang memulakan mengejar motosikal berkelajuan tinggi di sekitar jalan-jalan berselekoh kawasan tersebutSalah seorang lelaki itu terhempas di kawasan jalan gelap, yang sebenarnya satu selekoh yang sangat tajam. Lelaki tu hilang dalam gelap kat situ.

0 comments:

Post a Comment