Rupanya Guru Kungfu Wong Fei Hung Ulama Hebat!! Betul ke??
Wong Fei Hung (Faisal Hussein Wong) ternyata muslim dan ia adalah ulama
yang jaguh kungfu dan juga seorang tabib.Selama ini kita hanya mengenal Wong
Fei Hung sebagai jaguh Kung fu dalam filem Once Upon A Time in China. Dalam
filem itu, watak Wong Fei Hung dimainkan oleh pelakon terkenal Hong Kong, Jet
Li.
Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?
Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, ahli Perubatan, dan ahli bela diri
legenda yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah
China. Namun kerajaan China sering berupaya mengaburkan identiti Wong Fei Hung
sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.
Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari
keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton
untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek
Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila dibahasa arab-kan, namanya
ialah Faisal Hussein Wong.
Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu
perubatan tradisional, serta ahli bela diri tradisional Tiongkok (wushu / kungfu).
Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota
Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu
peringkat tertinggi. Ketinggian ilmu bela diri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal
sebagai salah satu dari Sepuluh Harimau Kwantung. Kedudukan Harimau Kwantung
ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.
Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik bela
diri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat
keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada
masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan
Keluarga Wong.
Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya
berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau
begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan
sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah pandang bulu dalam membantu, tanpa
mempedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih.
Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah
melawan pemerintahan Kerajaan Ch’in yang rasuah dan penindas. Kerajaan Ch’in
ialah Kerajaan yang merobohkan kekuasaan Kerajaan Yuan yang memerintah
sebelumnya. Kerajaan Yuan ini dikenali sebagai satu-satunya Kerajaan Kaisar
Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.
Wong Fei-Hung mulai mengasah bakat pertahankan diri sejak berguru kepada
Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang
kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya
melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar
jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan handalan dari Hung Hei-Kwun,
abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin
yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembunuhan oleh pemerintahan
Kerajaan Ch’in pada 1734.
Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir
mengalahkan Kerajaan penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang kita
mengenalnya sebagai Korea). Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan
pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, England, Jepun), pemberontakan
pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya menghalau pendudukan Kerajaan
Ch’in.
Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada
ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli
perubatan dan bela diri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi
lebih maju. Kemampuan ilmu pertahankan diri semakin sukar ditandingi ketika ia
berhasil membuat jurus baru yang sangat taktikal namun cekap yang dinamakan
Jurus Cakar Harimau dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong,
Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton
pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia
seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30
orang jaguh pelabuhan berbadan tegap dan kejam di Canton.
Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai ujian.
Seorang anaknya terbunuh dalam suatu kejadian pergaduhan dengan mafia Canton.
Wong Fei-Hung tiga kali menikah kerana isteri-isterinya meninggal dalam usia
muda. Setelah isteri ketiganya meninggal dunia, Wong Fei-Hung memutuskan untuk
hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan
muda yang kebetulan juga ahli bela diri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi
pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar bela diri
pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.
Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya
dikenali sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang
diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid.
Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala
dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang
hidup setelahnya. .. Aamiin
0 comments:
Post a Comment