Wow Ada Ikan Aneh Berkepala Transparan Seperti Cockpit Pesawat




National Geographic News menerbitkan gambar seekor ikan yang tergolong aneh. Pada bahagian kepala ikan tampak telus sehingga terlihat bahagian dalamnya. Sepintas kepala ikan mirip bahagian kokpit pesawat pejuang.

Sebagaimana diketahui, bahagian atas kokpit pesawat tempur biasanya telus sehingga sang pilot dapat terlihat dari sisi luar pesawat.

Ikan ini ditemui penyelidik Monterey Bay Aquarium Research Institute (MBARI), di kedalaman laut Pantai California. Ikan ini hidup pada kedalaman 200 kaki (600 meter) di bawah permukaan laut.

Boleh dikatakan ini temuan pertama spesies ikan berbentuk kubah dan telus. Penyelidik mengamati ikan bermata bulat (Barreleye) menggunakan peralatan canggih yang dikendalikan dari jarak jauh (a remotely operated vehicle / ROV)

Pada gambar 2 dan 3 terlihat keunikan iaitu bola mata ikan yang seolah dapat berputar ke atas. Anak mata yang berada di bahagian atas ini berfungsi untuk melihat mangsa yang berada di atas ikan tersebut. Sedangkan warna hijau yang dilihat dalam gambar adalah seperti lensa yang melindungi mata dari sinar matahari. Dengan begitu mata tetap fokus pada mangsanya.

"Bola mata itu tampak seperti melihat langsung ke atas," ujar Kim Reisenbichler, penyelidik MBARI.

Ikan Barreleye (Macropinna microstoma) mempunyai panjang 6 inci (15 sentimeter). Sebenarnya ikan ini telah dikenali sejak tahun 1939 apabila tersangkut jaring nelayan.

Mengamati gambar tersebut, selayaknya kita patut mengucapkan Subhanallah ... Maha Suci Engkau Ya Allah ... yang mencipta makhlukNya dengan sempurna.




0 comments:

Post a Comment