Saintis Dedah Imej Sotong Gergasi Yang Dirakam Di Lautan Pasifik (3 Gambar)
TOKYO - Beberapa saintis menyatakan mereka
berjaya merakamkan gambar seekor sotong gergasi sepanjang kira-kira lapan meter
di dasar Lautan Pasifik. Pendedahan itu dibuat semalam selepas pihak Muzium
Sains Kebangsaan Jepun berjaya membuat penggambaran haiwan laut dalam itu di
habitat semula jadi sotong berkenaan buat kali pertama. Ia merupakan hasil
kerjasama dengan stesen televisyen NHK dan saluran Discovery Channel. Para saintis
itu menemui sotong tersebut pada kedalaman 630 meter dengan menggunakan sebuah
kapal selam pada Julai tahun lalu sekitar 15 kilometer ke timur Pulau Chichi di
utara Lautan Pasifik
Penyelidik muzium tersebut, Tsunemi
Kubodera berkata, pasukan penyelidikannya mengekori sotong besar itu pada
kedalaman 900 meter ketika haiwan berkenaan menyelam jauh ke dasar lautan. Rakaman
stesen televisyen NHK menunjukkan haiwan berwarna perak dan bermata hitam besar
itu berenang melawan arus laut dengan belalainya melilit umpan sotong
0 comments:
Post a Comment