Subhanallah! Mayat Masih Elok & Harum (Video)



Penghujung tahun lepas, dua rakyat Syria telah mati apabila dibom oleh rejim tentera di negara itu.
Akibat dari bedilan bom yang bertubi-tubi, penduduk di Tariq Sad, Balad, wilayah Dara’a telah menanam dua mayat yang terkorban itu iaitu, Anas Musalimah dan Walid ‘Ayash secara ala-kadar di kawasan perkampungan itu.
Selepas keadaan di kampung itu kembali tenang dan tidak ada lagi bedilan bom, mereka berniat mahu mengambus kembali dua mayat tersebut.
Serta, mahu menyempurnakan kedua-dua mayat dengan betul dan mengikut syariat Islam.
Tanpa diduga, orang-orang kampung yang menggali semula kubur mayat-mayat itu terkejut.
Subhanallah! Allahuakbar!
Allah S.W.T itu Maha Besar, Maha Berkuasa.
Mayat Allahyarham Anas dan Walid masih lagi dalam keadaan elok dan baik meski pun sudah beberapa hari ditanam.
Lebih menunjukkan kuasa dan keberasan Allah S.W.T, mayat mereka mengeluarkan bau yang terlalu harum dan wangi.
Ternyata, itu janji Allah S.W.T kepada hamba-hambanya yang teraniya.
Sesungguhnya, Allah S.W.T itu Maha Adil, Maha Mengetahu dengan setiap perkara yang terjadi di muka bumi ini.
Yang pasti, Anas dan Walid sudah pun menerima balasan yang terlalu indah dari Allah S.W.T.
Apatah lagi, pastinya Allah S.W.T memberikan ganjaran syurga kepada mereka berdua di akhirat kelak.
Allahuakbar…
Dari Qatadah yang berkata: Saya mendengar Anas bin Malik menyampaikan dari nabi saw yang bersabda:“Tiada seorangpun yang dapat memasuki syurga melainkan ia suka dikembalikan ke dunia.
Baginya tiada satupun yang bermakna di muka bumi selain dari mati syahid. Oleh kerana itu ia mengharapkan dapat kembali ke dunia supaya ia dibunuh sepuluh kali setelah mengetahui kemuliaan (mati syahid)”. (Sahih Muslim No. 4976)
“Barangsiapa yang mengerjakan amal yang saleh Maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri dan barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, Maka (dosanya) untuk dirinya sendiri; dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya”. (Fussilat: 46)
Lihat Video Di bawah ini:





Sumber

0 comments:

Post a Comment