Tersepit Di Kerusi Gara-Gara Bergurau (3 Gambar)
Seorang ibu terperangkap di sebuah kerusi duduk
anaknya selepas bergurau dengan seorang rakan yang berkunjung ke rumahnya di
sini, lapor akhbar The Sun semalam. Ketika
kejadian, Serena Curtis, 31, dilaporkan sedang meraikan majlis malam
perkahwinan beliau bersama rakan wanitanya Jade Dickerson, sementara anaknya
telah dihantar ke rumah pengasuh untuk dijaga. Curtis, ibu kepada tiga orang anak tersebut
yang ketika itu sedang mabuk telah mengambil keputusan untuk duduk di dalam
kerusi lipat milik anaknya sebelum tersepit di antara celah ruang tempat duduk kerusi
berkenaan. Dia dan Jade, 27, telah
berusaha selama sejam untuk meloloskan diri dari kerusi tersebut namun gagal
sehingga menyebabkan Curtis terpaksa berhenti seketika untuk berehat. Segala
kejadian yang berlaku ini turut dirakamkan oleh Jade menggunakan telefon
bimbitnya. Jade akhirnya terpaksa
memanggil pihak bomba untuk datang membantu membebaskan Curtis yang masih
tersepit itu. Serena berasa malu dengan kejadian yang berlaku apabila beberapa
anggota bomba tiba di rumahnya di Oxford. "Saya berasa sangat malu. Saya
baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Nasib baik kerusi ini telah
menyembunyikan muka saya. "Ini
adalah kerusi lipat anak saya. Saya masih tidak memberitahunya lagi mengenai
kejadian ini. Saya tunggu sehingga dia dewasa," katanya.
Sumber
0 comments:
Post a Comment