Perbezaan Antara Cahaya Bintang Dan Planet Di Langit Malam
Namun, untuk mengamati planet-planet tersebut, seseorang pengamat perlu tahu membezakan antara planet dan bintang di langit malam. Bagi mata orang awam, seluruh objek seakan sama, berupa titik cahaya yang bertebaran di langit dan secara umum disamakan sebagai “bintang”.
Padahal, ada perbezaan antara planet dan bintang. Salah satunya, bintang memancarkan cahaya sendiri (Matahari adalah sebuah bintang), sedangkan planet terlihat bercahaya karena memantulkan cahaya Matahari (seperti Bulan).
Ada beberapa cara membezakan planet dan bintang di langit malam dengan mata kasar, tanpa bantuan sebarang alat.
- Cahaya planet kelihatan lebih terang dan ukurannya lebih besar dibandingkan dengan bintang. Ini kerana kedudukan planet lebih dekat dibandingkan dengan jarak bintang. Salah satu contoh planet yang paling mudah dikenali adalah Venus. Biasanya bila saja setelah Matahari tenggelam dan menjelang Matahari terbit. Planet Venus sering disebut “Bintang Fajar” atau “Bintang Kejora” dek kerana cahayanya yang sangat cerah. Planet Mars/marikh pula dapat dikenali dari cahayanya yang berwarna kemerahan.
- Cahaya bintang nampak berkelap-kelip, sedangkan cahaya planet cenderung tidak berkelap-kelip. Ini berikutan kedudukan bintang sangat jauh dari Bumi sehingga cahaya yang tiba di permukaan Bumi sudah sangat lemah dan mudah terganggu Sedangkan cahaya dari planet cenderung lebih stabil kerana planet lebih dekat sehingga cahaya yang sampai di permukaan Bumi “lebih banyak”.
- Apabila pengamatan dilakukan beberapa hari berturut-turut, akan terlihat posisi planet akan berpindah dari hari ke hari (waktu terbit atau tenggelam akan berbeza dari hari ke hari). Planet kelihatan bergerak terhadap latar belakang bintang-bintang yang lain.
0 comments:
Post a Comment