Gambar kepala yang dipenggal di Kluang tersebar!!


Kepala_Penggal
Semalam Bernama melaporkan kepala seorang lelaki yang dipenggal ditemui polis dalam sebuah kuil di Kluang dan dipercayai digunakan untuk tujuan pemujaan. Baca berita Kosmo berikut…

KLUANG – Polis menemui satu kepala milik lelaki warga emas yang dipercayai dijadikan pemujaan di dalam sebuah kuil di kawasan ladang kelapa sawit, dekat Sri Lalang, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd. Ali berkata, kepala lelaki berusia 62 tahun itu ditemui penjaga kuil di Ladang Coronation pagi ini sebelum melaporkan kepada polis pada pukul 7.30 pagi.
“Siasatan awal mempercayai lelaki itu dibunuh di tempat lain sebelum kepalanya yang dipotong dengan senjata tajam dibawa ke kuil berusia lebih 70 tahun itu untuk tujuan pemujaan. Usaha sedang digiatkan untuk mengesan anggota badan lelaki itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, di sini hari ini. – Kosmo
Kini tersebar di FB gambar yang dikatakan lelaki berkenaan. Manusia kini semakin ramai yang hilang kewarasan…ngeri!!


Sumber

0 comments:

Post a Comment