Remy Ishak Risaukan Keselamatan Adiknya Yang Bertempur Di Lahad Datu


Semua sedia maklum pada ketika ini penduduk Sabah sedang berada dalam keadaan berjaga-jaga terutamanya sekali bagi mereka yang tinggal di sekitar kawasan Lahad Datu.


Terbaru menerusi laporan Kosmo! Online, pencerobohan di Lahad Datu kini telah masuk ke lima buah kampung dengan didahului oleh Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, seterusnya diikuti pula Kampung Seri Jaya, Siminul dekat Semporna dan Kunak.
Menerusi laman Twitter milik pelakon terkenal Remy Ishak, aktor ini turut memaklumkan bahawa adiknya, Mohammad Fairul Azmi Ishak yang sedang berkhidmat di kem RAMD Seremban, kini telah dihantar ke Lahad Datu bagi mempertahankan keselamatan negara di sana.



Sumber

0 comments:

Post a Comment