Terkini Perang Tembak Di Kampung Sri Jaya Semporna
Terkini perang dan tembak menembak berlaku di Kampung Sri Jaya Semporna. Berita ini baru sahaja berlaku dan kini semua orang di Semporna berasa dalam keadaan bimbang dan panik. Beberapa saksi berada di semporna melaporkan berlaku kejadian tembak-menembak di Semporna, Sabah dan terdengar beberapa das tembakan. Ada juga melaporkan ianya berlaku antara polis dan juga penjenayah. Kami tidak pastikan sama ada itu adalah tentera sulu. Turut dilaporkan dua anggota polis cedera dalam kejadian berbalas tembak dengan sekumpulan lelaki di Kampung Seri Jaya, Pulau Simunul, Semporna kira-kira pukul 7.30 malam tadi.
Update Terkini Dari Penduduk Semporna Sabah
UPDATE TERKINI 10.40
UPDATE TERKINI 10.51 MALAM: LAPORAN SAHIH DAN RASMI
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib sebentar tadi mengesahkan dua anggota polis cedera ditembak penyerang hendap berhampiran Kampung Simunul, Semporna. Beliau, bagaimanapun, menafikan kejadian itu ada kaitan dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu. Setakat ini, katanya, polis masih memburu kumpulan penjenayah terbabit.
UPDATE Terkini 11.10 Malam Dari Ketua Polis Negara
YDH Tan Sri Datuk Seri Ismail bin Tan Sri Omar mengesahkan bahawa telah berlaku satu kejadian tembak menembak susulan daripada pemeriksaan oleh pihak polis ke atas sebuah premis di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna, Sabah, kira-kira jam 7.30 mlm tadi.
Pemeriksaan tersebut bertujuan mengesahkan penglibatan kejadian pencerobohan di Lahad Datu. Setakat ini, pihak polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terlibat dalam kejadian terbabit. Bagaimanapun jumlah yang terlibat dipercayai tidak melebihi 10 orang.
Dalam kejadian tembak menembak ini, beberapa anggota polis dilaporkan tercedera. Butiran terperinci akan dimaklumkan dari masa ke semasa
Update Terkini 12.34 Pagi (3 MAC 2013)- Satu Anggota Polis Maut Semporna
Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu malam tadi.
Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera. Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.
Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.
Sumber
0 comments:
Post a Comment