Ibu & Anak Kecil Dibiarkan Mati Selepas Kemalangan (VIDEO)


Kejadian menyedihkan ini berjaya dirakamkan oleh kamera CCTV di sebatang jalan sibuk dekat Delhi, India baru-baru ini. Seorang suami membawa isteri dan dua orang anaknya menaiki motorsikal, satu perkara yang lumrah di negara itu.

Kesemua mereka yang tidak memakai topi keledar itu bagaimanapun terlibat dalam pelanggaran dengan sebuah trak hingga menyebabkan keempat-empat mereka terhumban ke jalan raya. Pemandu lori berkenaan bagaimanapun melarikan diri setelah terbabit dalam insiden tersebut.

Namun apa yang menyedihkan, puas si suami meraung dan merintih agar keluarganya diberikan bantuan namun tidak ada satupun pengguna jalan raya yang mahu berbuat demikian.






Sumber

0 comments:

Post a Comment