Info : Inilah Burung Yang Selalu Memekak Di Waktu Pagi Dan Petang (2 Video)
Kepada sesiapa yang biasa melakukan aktiviti luar pada waktu petang, pasti korang akan familiar dengan bunyi burung ni. Burung ni dikenali dengan nama Burung Tuwu. Jom dengar sikit bunyi burung ni in case korang tak ingat.
Lihat VIDEO di bawah
Lihat VIDEO di bawah
Burung tuwu atau asian koel atau nama saintifiknya, Eudynamys scolopaceus daripada famili Cuculidae adalah burung tempatan. Ia juga terdapat di beberapa negara Asia lain termasuk India dan China. Burung dewasa jantan spesis ini bersaiz antara 39-46cm. Musim membiak bagi burung tuwu di Asia Tenggara adalah di antara Mac hingga Ogos).
Sewaktu musim membiak, burung tuwu jantan akan berbunyi tanpa henti dari pagi sehingga senja sebagai panggilan untuk menarik perhatian pasangan. Burung tuwu betina berwarna kelabu dan berbintik putih pada kesuluruhan bahagian badan. Spesis ini mempunyai reputasi yang kurang baik, iaitu bersifat parasit. Semasa musim bertelur, ia akan menggunakan sarang yang dibina oleh spesis burung lain. Ia akan memakan telur burung dalam sarang yang dipilih dan burung tuwu betina akan bertelur sebagai ganti. Telur burung tuwu akan dieram oleh burung asal(pemilik sarang) sehingga menetas. Dan selepas itu mereka mengambil alih tugas untuk menjaga anak. satu taktik yang bijak tetapi agak sadis.
Burung tuwu jantan akan mengeluarkan bunyi, koo-ooo ..koo-ooo dengan kuat, nyaring dan berulang-ulang dari pagi(waktu Subuh) sehingga senja..
Lihat VIDEO di bawah lagi
p/s : Kicauan burung ni boleh didengari sehingga 1 KM!! Kuat gler..
Sumber
0 comments:
Post a Comment