HIMPUNAN GAMBAR DAN VIDEO INDIVIDU YANG DIDAKWA SEBAGAI PENGUNDI HANTU! (VIDEO)
.jpg)
ISU WARGA ASING YANG DITUDUH MENJADI PENGUNDI HANTU - GAMBAR DAN VIDEO | Untuk pengetahuan anda, inilah gambar-gambar dan video-video yang berlegar di laman sosial yang sedang hangat diperkatakan dan dikongsikan. Benar atau tidak dakwaan mereka, saya pun tak tahulah. Mohon komen sekiranya anda mengenali mereka yang dituduh sebagai pengundi hantu.
LAYAN HIMPUNAN VIDEO INDIVIDU YANG DITUDUH SEBAGAI WARGA ASING PENGUNDI HANTU DI BAWAH.
Kat fb meriah orang letak gamba konon "bangla" dan juga gamba jari dakwat biru.- Ehem, korang pandai, takkan korang tgk orang letak gamba bangla, terus click share. entah bangla tu jalan je nak pergi kerja kebetulan lalu tempat mengundi, teros kena "tangkap" pastu kena "snap!"- yg Indian nama Chua Lai Fatt tu lagi kesian. dia adopted by chinese family, pastu kena "bang" jugak kat fb. nasib baikla ramai orang kenal dia dari sekolah lagi boleh tolong bela.- ade pulak aku nampak gamba 30 orang camtu beratur nak mengundi, dorang kata pengundi hantu. sah sah la aku tgk muka orang pedalaman, tak pasti pulak sabah/sarawak atau mungkin orang asli semenanjung. tapi agak2 ar nak tuduh pendatang pun, takkan korang dah duduk Malaysia paling kurang 21 tahun pun tak dapat bezakan, kesian dorang kena "snap!" lagi.- tapi sebab kan Malaysia ni byk bangsa, kita boleh jadi confuse jugak sekadar tgk dari luar, ingatla orang yg tinggal pedalaman kau suruh nyanyi lagu negaraku pun belum tentu dia ingat semuanya. entah entah tak pernah pergi sekolah pun. dulu aku pernah sekolah kat kl, ade jugak chinese yg tak boleh cakap melayu dengan fasih. tapi dorang semua rakyat Malaysia, dan dorang berhak mengundi!- kalau betul la ade bangla pun, pergi la report polis dari jadi jaguh kat fb ni. oh polis corrupt pulak? hehe korang ingat polis tu semua pangkah BN ke? berlambak polis anti-BN uiii. takdenye dia nak parti kesukaan dia kalah.- dakwat pulak, ade aku tgk pakai colgate pastu gosok ngan berus gigi, pastu gosok ngan clorox lagi. aduh desperatenye. clorox tu tuang kat jamban, flush boleh bersih. ni pergi celop pulak jari korang, ade yg gosok lagi, ai tak sayang organ nampak, tak takut ke sarung cincin nanti tetiba tersangkut sbb kulit menggelupas. ahaks.- kalau setakat cuci pinggan, mandi pakai sabun, celah celah jari tu ade kan lagi saki baki birunye. kan kan kan. jangan nak temberang takde.- aku ade nampak post sorang mamat report polis sbb 15mins je dia kata dakwat tu dah hilang dari jari dia. agak luar biasa juga kes dia, mungkin jari dia sensitip pilihanraya kot. hehe. tapi dia buat tindakan betul, pergi report polis, bukan jadi jaguh fb.So sekarang waktu mengundi pun dah selesai, la ni kena tunggu keputusan pilihan raya. aku pun tak boleh nak predict sape yg akan menang sbb nampak kalini fight nye sangat kuat dari kedua dua belah pihak. Ape ape keputusan malam ni aku terima dengan hati terbuka, kekal sama atau ubah. ini kalilah atau lain kalilah. dan aku pun harap korang pun sama, terima dengan hati terbuka, terima hakikat.
0 comments:
Post a Comment