USTAZ KAZIM ELIAS NAMPAK ORANG MENYIHIRNYA DALAM MIMPI!

USTAZ KAZIM LIHAT MANUSIA MENYIHIR DIRINYA DALAM MIMPI | Kuasa Allah tak siapa boleh menafikan. Semua berlaku dengan keizinan Allah jugak. Dengan kuasa Allah.. Allah memperlihatkan orang-orang yang menghantar sihir santau pada Ustaz Kazim Elias ni dalam mimpi dia.

Mujur la yang menghantar santau kat ustaz kazim tu sempat insaf dan sempat mohon maaf kat Ustaz Kazim kan?? Kalau macam cerita 6 Jahanam tu.. mati sia2 jer tak sempat taubat. Nasib 6 orang ini sedar sebelum terlambat.

Moral Of The Story... Jangan menganiaya orang. Balasan Allah kadang2 tak tunggu masuk kubur dulu. Ikut nasib la.. Kalau Allah nak balas kat dunia ni, sapa boleh kata 'TAK BOLEH'. Yang suka main bomoh, suka mengamalkan amalan khurafat dan syirik ni, bawak2 la mengucap dua kalimah syahadah. Taubat sebelum terlambat. Tak di nafikan orang yang solat 5 waktu terjaga pun.. masih ada yang percaya dengan bomoh ni.

1997.Kesakitan akibat di santau berterusan n mengganggu kerja dakwah saya.Serangan kedua lagi teruk,ramai yg datang membantu disamping amalan tertentu,gangguan dlm rumah makin menjadi2.Saya dibawa balik ke Kedah utk berubat,doktor mengesahkan saya tiada sebarang penyakit.Tahapnya sampai org masjid dtg baca Yasin..saya redha apa jua ketentuan Allah.Suatu malam,saya bermimpi didatangi seorang ulama,memakai baju putih..mengucapkan salam..dipegangnya dada saya dan dibaca beberapa potongan ayat Al Quran.Dia kata esok ambik 7 benda ni dan mandi gosok seluruh badan..Insyaallah katanya Allah bg kesembuhan.Dlm mimpi itu saya dipertunjukkan dgn 6 orang yg menyihir saya..gambar mereka ditunjuk satu2..saya tersedar dr tidur..Masyaallah,mimpi apakah ini..mimpi benar atau mainan?Siang esoknya sy gagahkan diri utk bercakap,minta disediakan 7 perkara itu,saya pun dimandikan dan saya masih ingat lebih 2 minggu sy terlantar,batuk berdarah,hanya boleh minum susu sahaja..Pagi saya mandi pd sebelah petangnya Alhamdulillah saya dah boleh duduk..saya kata lapar..nak nasi..saya tengok org sekeliling saya menangis,saya minta nak pegang anak saya,syukur dah boleh ingat banyak benda.1998..saya pindah dari rumah sewa ke rumah sendiri di Batu Gajah..dlm sibuk dok angkat barang,datang suami isteri..saya kenal mereka,org kaya,org hebat deme ni.Tiba2 suami dia peluk saya,si isteri menangis..dia kata maafkan kami ustaz,berkali2 diulang perkataan itu.Saya tanya nape?Dia jawab,kami lah yg menyihir ustaz,kami berdosa sangat2 pd Ustaz.Saya tanya kenapa buat kat saya mcm ni?Dia jwb.saya terasa bila ustaz tegur dlm kuliah ttg org yg tak berjemaah dimasjid,saya geram,saya menyampah dgn kata2 ustaz.Saya jwb,takpe..Alhamdulillah,saya tak marah dan simpan dlm hati.Dia kata lg mereka berenam terlibat.6 org?saya terkejut..Memang,saya kenal mereka kerana suami isteri inilah yg ditunjuk dlm mimpi saya itu.Saya sebut nama lg empat org,dia mengaku betul,mrk yg aniaya saya.Saya cakap.pesan pd mereka saya maafkan mereka.Sampai sekarang,kalau saya terserempak mereka berdua,sisuami akan memeluk saya..satu keluarga rapat dan tiap2 tahun mereka datang beraya dgn bawa sekali anak menantu cucu..langsung tiada dendam dihati,Alhamdulillah.

Sumber

0 comments:

Post a Comment