PANAS!! Insiden Kekecohan Shah Jaszle Dan Pasangannya Yang Ditangkap Khalwat! (VIDEO)

Video
Sebelum ini, menerusi laporan dari pelbagai media tempatan mengatakan pelakon Shahrizal Jaszle atau lebih dikenali sebagai Shahz Jaszle telah menyerang pasangan khalwatnya yang dikenali sebagai Farrah Salleh di tempat kerja wanita tersebut yang terletak di Bangsar, baru-baru ini.
Kali ini kami mahu berkongsi video rakaman daripada rancangan hiburan Galaksi yang menyaksikan pertemuan di antara aktor itu yang ditemani ibunya, Zaleha dengan Farrah yang turut ditemani oleh abang kandungnya.
Menerusi video berdurasi enam minit itu, nampaknya kedua-dua pihak cuba untuk menegakkan hujah masing-masing berhubung kemelut yang melanda diri mereka sehingga menyebabkan nama keluarga turut terseret sama dalam permasalahan itu.
Untuk makluman, kes khalwat mereka akan dibicarakan pada 12 November depan.

Tonton VIDEO di bawah ini


Sumber

0 comments:

Post a Comment