Pelajar Sekolah Tahfiz Mengaku Diliwat Abang Angkat
SUNGAI PETANI – Seorang remaja belasan tahun mendakwa dirinya diliwat oleh abang angkatnya dalam satu kejadian dekat Sungai Petani lebih kurang jam 6 pagi Jumaat lalu.
Suspek, lewat 20-an dikatakan bertindak menolak mangsa dalam keadaan tertiarap sebelum meliwatnya di mana kejadian berlaku di rumah suspek apabila mangsa menumpang tidur di rumah abang angkatnya.
Mangsa yang juga merupakan pelajar sekolah tahfiz bagaimanapun bertindak menarik balik laporan polis yang dibuat olehnya pada hari sama laporan dibuat.
Ini dikatakan atas faktor nasihat ibu mangsa supaya tidak memanjangkan kes tersebut memandangkan suspek dipercayai seorang anggota polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima laporan perubatan daripada doktor yang merawat mangsa sama ada berlaku kes itu atau sebaliknya.
Namun katanya, siasatan sedang dijalankan kemungkinan sama ada laporan pertama dibuat mangsa adalah palsu.
“Kita sedang siasat perkara itu (laporan palsu). Jika ada kes (liwat) kita akan siasat dan bawa pesalah ke muka pengadilan,” katanya.
0 comments:
Post a Comment