Pengendali Laman Web Jiwang.Org Ditahan Di Kelantan


Sebuah laman web perkongsian muzik yang beroperasi secara haram di Kubang Kerian, Kelantan berjaya dilumpuhkan dengan penahanan pengendali laman web popular, jiwang.org.
Sebuah pasukan yang diketuai bahagian penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDKK) melakukan serbuan ke atas rumah suspek pada 11 Jun lalu, dalam operasi membanteras muzik cetak rompak di negara ini.
Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin berkata, suspek dipercayai memperoleh ratusan ribu ringgit menerusi langganan dan penjualan ruang iklan di laman web tersebut yang kebanyakannya melibatkan muzik tempatan.
“Kami merampas peralatan ICT bernilai RM30,000 dalam serbuan itu dan suspek diberikan jaminan polis di Kubang Kerian,” kata Roslan kepada pemberita di sini.
Sumber

0 comments:

Post a Comment