” Bakal Isteri Tahu Saya Lelaki Lembut “- Roslan Shah
Selepas hubungannya bersama seorang wanita tidak menjadi satu ketika dulu, akhirnya pelakon dan pelawak, Roslan Shah, 43, akui sudah pun menemui seseorang yang mampu menjadi suri hatinya, malah bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang wanita kelahiran Kelantan pada akhir tahun ini.
Hampir setahun bercinta, Roslan Shah berkata dia bersyukur kerana bakal isterinya itu sanggup menerima fizikalnya yang berperwatakan seperti lelaki lembut.
“Insya Allah, saya jangka tahun ini juga mahu kahwin dan perkahwinan itu akan dilakukan dalam keadaan yang sederhana di kampong bakal isteri saya. Alhamdulilah, hubungan kami berjalan dengan baik dan dia seorang yang memahami dan menerima diri saya seadanya. Malah dia juga tahu saya seorang lelaki yang lembut,” katanya kepada murai.com.my yang ditemui ketika selesai rakaman program bual bicara, Diva De Vida di Sri Damansara, semalam.
Bagaimana pun, sehingga kini Roslan mahu identiti bakal isteriya dirahsiakan sehinggalah mereka diijabkabulkan nanti.
Dalam menyimpan niat dan impian untuk berkahwin serta berkeluarga, Roslan memberitahu, ada di antara rakan-rakannya yang memandang rendah dan menghina dengan hajatnya untuk berumahtangga
“Sebenarnya ramai yang menyokong saya niat saya untuk berkahwin, malah tak kurang juga yang menghina dan tidak percaya yang saya mahu berkahwin. Saya bukan apa, saya hanya mahu doa daripada semua termasuk kawan-kawan untuk mendoakan kebahagiaan saya, bukan memperlekehkan hajat saya untuk berkahwin. Tetapi saya tak kisah yang penting Tuhan tahu niat sebenar saya,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Roslan memberitahu dia bersyukur kepada Tuhan kerana memberinya petunjuk dan mempermudahkan hubungannya dengan wanita berkenaan sehingga mengambil keputusan untuk berkahwin.
“Sebenarnya gerak hati hendak berkahwin ini bermula pada hari jadi saya yang jatuh pada 17 November tahun lalu. Ketika itu hati saya sangat tenang dan saya berubah untuk melakukan penghijrahan dan ketika itu juga saya membotakkan kepala.
“Selepas daripada itu, saya bersyukur kerana Allah gerakkan hati saya untuk mencari pasangan dan berkahwin,” luahnya lagi.
Mengenai perkembangan lain, Roslan Shah yang bakal menamatkan rakaman program bual bicaranyayang pertama iaitu Diva De Vida itu akan muncul dalam program 13 episod itu di siraran Astro Prima bermula 26 Ogos depan.- Murai.com.my
Sumber
0 comments:
Post a Comment