Lori Tangki Meletup Pekerja Stesen Minyak Guna Telefon Bimbit (VIDEO)


JIKA anda ke stesen minyak pasti anda akan menjumpai beberapa papan tanda amaran.
Antara papan tanda amaran adalah dilarang merokok, dilarang menggunakan telefon bimbit, kanak-kanak dibawah umur tidak dibenarkan untuk mengisi minyak dan dilarang mengisi minyak didalam tong yang tidak memenuhi piawai.
Namun, jika kita lihat masih ada golongan ‘degil’ mengingkari larangan tersebut.
Kali ini kami ingin berkongsi sebuah video yang kini sedang ‘viral’ di laman sosial Facebook berkenaan kejadian yang amat tragik di sebuah stesen minyak.
Kami tidak dapat pastikan kejadian tersebut berlaku di mana dan bila, tetapi mesejnya jelas.
Seorang pekerja stesen minyak sedang menguruskan sebuah lori tangki yang dipercayai dalam proses menghantar minyak ke stesen itu.
Pekerja stesen itu memanjat lori tangki tersebut untuk memeriksa bahagian atas lori tangki itu.
Apabila dia membuka penutup atas lori tangki itu, dia bertindak untuk menggunakan telefon bimbit sebagai sumber cahaya.
Secara tiba-tiba berlaku letupan yang kuat serta pekerja tersebut tercampak dalam keadaan badannya terbakar.
Bukan ada minyak petrol yang terpercik ke tefon bimbit, tetapi wap minyak tersebut bertindak balas dengan radar telefon.
Walaupun wap minyak petrol yang keluar dari tangki kenderaan anda tidak sebegitu banyak jika dibandingkan dengan lori tangki, tetapi ia masih lagi berbahaya.
Justeru, sila patuhi papan tanda arahan di stesen minyak bagi memastikan tiada kecelakaan yang tidak diingini berlaku.

Jom tonton VIDEO di bawah ini

Sumber

0 comments:

Post a Comment