Sedihnya… Penghina – Chetz Yusof – Dipercayai Muslim

Sebelum ini, Kami ada menyiarkan mengenai sebuah video yang didakwa menghina Islam apabila tindakan seorang lelaki meraikan sambutan Aidilfitri bersama tiga ekor anjing miliknya dengan berlatar belakangkan audio Takbir Raya.
Di sini, penulis ingin berkongsikan latar belakang lelaki yang didakwa sengaja membikin kontroversi yang nyata tidak menjaga sensitiviti umat Islam di Malaysia.
Menurut sumber blog Lamanizzs, lelaki itu dikenali sebagai Chetz Yusof, berusia 38 tahun dan yang paling penting sekali dia merupakan seorang Muslim!
Dia juga merupakan seorang jurutera dan membuka perniagaan atas talian demi menampung kehidupannya.
Selain itu, dia juga membela sebanyak lapan ekor anjing yang menjadi kesayangan si Chetz ni.

Yang menjadi persoalan di sini, video yang dikongsikan oleh Kami ini sudah dimuat naik sejak tiga tahun lalu.
Namun, baru kini ia menjadi hangat selepas tersebar di laman sosial Facebook.
Apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh jejaka kelahiran Kuala Lumpur ini menerusi video ‘animal lover’ nya itu?
Itulah yang menjadi persoalan sekarang.
Adakah tindakan pemuda ini bakal mengheretnya ke mahkamah seperti blogger seks murahan, Alvin dan Vivian?
Kita tunggu dan lihat sahaja apa tindakan selanjutnya yang bakal diambil oleh pihak berkuasa ke atas video kontroversi ini.
Sumber

0 comments:

Post a Comment