Biadab.. Namewee Ugut Nak Kencing Menteri???
Pengarah filem tak kenang budi!! Itulah sahaja gelaran yang layak diberikan kepada Pengarah filem Nasi Lemak 2.0 yang dahulunya merayu-rayu memohon dana untuk menerbitkan filem.
Pakai kot dan berjumpa dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dengan rupa baik.
Selepas Alvin dan Vivian berjaya mendapat pengaruh daripada video murahan mereka, Chetz juga dapat bahagian juga, saya sudah menjangkakan si Wee Meng Chee atau Namewee ini akan membuka mulut.
Rabu lepas Namewee sudah pun menghasilkan video dengan menggunakan kata ganti diri kedua “kau” melabelkan para Menteri yang dahulu pernah membantunya. Namewee turut mempersoalkan tindakan kerajaan mendakwa Alvivi yang telah mencetuskan kontroversi dengan sup “Bak Kut Teh” mereka.
Namewee turut hendak merasakan juga jadi terkenal dek kerana populariti murahan.
Video selama 5 minit 23 saat itu penuh kata mengutuk kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang diterajui oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam video berkenaan, tindakan polis menahan Alvivi juga dipersoalkan oleh Namewee tetapi dia mengambil contoh kes Guru Besar Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Pristana yang katanya “murid bukan Islam disuruh makan di tandas”.
Jelas Namewee buat tuduhan melulu biarpun kes itu sudah selesai dan mereka bukan makan di tandas pun sebenarnya.
Dalam satu babak di video berkenaan pada 2:11 Namewee berkata “Gua tau bahagian puting kamu paling sensitif kan?” jelas menghina kerajaan terutamanya menteri yang terlibat secara langsung dengan penerbitan filem
Namewee turut memperlekehkan tindakan kerajaan menggantung tayangan filem The New Village atau Kampung Baru Cina seperti diumumkan oleh Dr Ahmad Zahid untuk dinilai semula oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas)
Siapa lagi yang disebut kau “kau” oleh Namewee kalau bukan kementerian itu. Kita harap Dr Ahmad Zahid sekali lagi tidak berdiam diri dengan isu ini kerana Namewee jelas tidak mengenang budi.
Sudahlah diberi dana dahulu RM500,000 untuk menerbitkan filem Nasi Lemak 2.0, kini dia memperlekehkan para menteri ini dan mennyemai kebencian dengan mempersoalkan kerajaan seperti tidak menghargai undi dari kaum cina pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Semenjak dimuatnaik, video ini sudah ditonton oleh 159,298 kali dan ia jelas untuk disebarkan dalam kalangan rakyat Malaysia walaupun Namewee berbahasa Mandarin tetapi sudah diletakkan sarikata dalam videonya. Lebih lagi ia boleh ditonton oleh sesiapa sahaja di laman YouTube.
Dalam video Namewee itu, dia sempat memberi amaran kepada Dr Ahmad Zahid dan Ahmad Shabery supaya tidak melewat-lewatkan atau menangguhkan tayangan filem baru arahannya.
Jika tidak dialog di dalam video Namewee “Nanti gua sembur kamu dengan kencing gua dan suruh kamu dakwa air kencing gua” katanya kasar dan menghina. Sombong betul lelaki ini.
Selain itu, sebelum akhir video ini Namewee memberikan satu lagu katanya ditujukan khas kepada mereka yang terlibat kerajaan lah kan. Lagu itu katanya dipetik dari lagu dalam filemnya yang bakal ditayangkan 1 Ogos iaitu semalam bertajuk Kara King
Dalam liriknya ada perkataan”Makan Tahi, Makan Tahi,” Saya pelik bagaimana lagu ini boleh terlepas dalam filem Namewee?? dan diluluskan tayangannya.
Lelaki seperti ini tidak perlu lagi diberikan peluang mengarahkan filem. Dahulu ada pengarah filem mencarut di dalam program siaran langsung televisyen terus digantung, tapi kali ini dia bebas mengarahkan filem lagi selepas menghina orang lain sebegitu rupa.
Tonton VIDEO di bawah ini
Sumber
0 comments:
Post a Comment