Fesyen Makin Ketat Shila Amzah Di Tegur Peminat


Shila Amzah juga pernah menjadi mangsa sebelum ini akibat memuat naik sekeping gambar dirinya memakai pakaian sukan hingga menampakkan susuh tubuh badan.
Terbaru, Shila sekali lagi ditegur peminat yang kurang gemar melihat penyanyi itu berpakaian agak ketat dan berkongsi foto-foto tersebut di Instagram walaupun sudah berhijab.




Tidak cukup dengan itu, Shila turut menerima pelbagai kritikan selepas peminat melihat dia bergambar dengan penyanyi lagenda, Lionel Richie dalam jarak yang agak rapat.

Ada yang menegur dengan cara berhemah, tapi yang tak sedapnya bila ada segelintir daripada mereka yang gemar menggunakan kata-kata negatif.
Bagaimanapun, Shila dilihat enggan memberi respon kepada kritikan yang diterima. Mungkin kerana tidak mahu dianggap selebriti yang cepat melatah. -OhBulan




Sumber

0 comments:

Post a Comment