Lagi Penghinaan Terhadap Islam – Kini Di Publika Sri Hartamas

Ini episod terbaru penghinaan orang tidak bertanggungjawab terhadap agama Islam.
Penghinaan terbaru dipetik dari blog Karim's Blog di alamat akarimomar.wordpress.com yang merujuk kepada satu Pameran Senilukis di kompleks membeli-belah Publika-Solaris Sri Hartamas di tingkat G2 di kawasan ruang legar.
Menurut tulisan blog itu, pameran bertajuk Pameran Seni M50 - Selamat Hari Malaysia anjuran Artemis Art KL.
Ia turut mempamerkan lukisan seorang pelukis dengan nama Anurendra Jegadeva dengan tema lukisan ABC-For The Middle - Age Middle Classes".
Satu daripada lukisannya melakarkan mesej penghinaan dengan menyebut "I is for Idiot" dengan disertakan dengan tulisan ayat suci Al-Quran iaitu lafaz Bismillah.


Dari pandangan mata seseorang sudah tentu I is for Idiot bermaksud I iaitu yang dieja dalam perkataan Islam sekaligus wujud unsur penghinaan.
Lebih memalukan, bendera seakan-akan bendera Malaysia digambarkan seperti bendera lanun dengan meletakkan lambang lanun di ruang bulan sabit dan bintang yang sepatutnya membawa makna simbol agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia.
Jadi dengan meletakkan lambang lanun itu, menurut pelukis, Malaysia mengamalkan cara pemerintahan lanun. Begitu?
Lukisan itu jelas menunjukkan niat jahat pelukisnya apabila turut melukis karya seni lebih kurang sama tetapi tidak pula wujud unsur penghinaan.
Lukisan menunjukkan "J for Jesus" dan "K for Krisna" tetapi tidak ada pula unsur menghina. Kenapa huruf I diserasikan dengan Idiot atau bermaksud "Bodoh"
Menurut penulis blog, beliau sudah pun laporan polis berkenaan isu penghinaan terbaru itu dan beliau pun sudah memberikan keterangannya di Balai Polis Sentul.
Kami juga berharap pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan dalangnya ditahan serta dikenakan tindakan serius kerana menghina dan memperbodoh-bodohkan Islam.


Sumber

0 comments:

Post a Comment