'Ridhuan Tee si tahi anjing akan mati seperti bapak anjing...'


Kuala Lumpur: Selepas gempar apabila penceramah terkenal Ustaz Kazim Elias (UKE) dilaporkan menerima ugutan bunuh, kali ini nasib sama turut menimpa penceramah mualaf popular, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Beliau yang kini bertugas sebagai Ketua Program, Program Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dikejutkan dengan faksmile diterima di pejabatnya yang tertera gambarnya dengan lambang Nazi di dahi diletakkan bersama gambar anjing.

Turut tertera di kertas faksimili itu perkataan ugutan berupa: Ridhuan Tee si tahi anjing akan mati seperti bapak anjing Nazi Adolf Hitler. Ptuih! Kami akan kencing dan berak atas kuburnya.

Dr Mohd Ridhuan ketika ditemui semalam berkata, faksmile nota ugutan itu pada mulanya ditemui pegawai tadbir di pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa (TNCAA) Prof Dr Rugayah Mohamed pada Isnin lalu ketika melakukan kerja rutin termasuk menyemak faksmile setiap hari.

“Saya hanya mendapat tahu ugutan bunuh itu apabila dihubungi Prof Dr Rugayah jam 6.15 petang hari yang sama bahan itu ditemui di pejabat saya bertugas.

“Saya terkejut sebelum bergegas ke pejabat dan bimbang apabila melihat faksmile berkenaan. Sebenarnya sebelum ini saya sudah biasa dimaki di dunia maya termasuk di blog, forum sosial dan Facebook.

“Malah, saya juga kerap menerima SMS serta panggilan yang tidak saya kenali terus memaki dan membuat ugutan tetapi saya tak pedulikan berikutan menganggap ia perbuatan orang nakal. Bagaimanapun, kali ini saya rasa serius dan terlalu melampau,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini, kelmarin.


Sumber

0 comments:

Post a Comment