Uqasha Senrose Terima Gangguan Dalam Paku Pontianak


Uqasha Senrose
Pelakon Uqasha Senrose menyatakan seakan dirasuk ketika menjayakan babak menari Jaipong dalam filem seram lakonannya, Paku Pontianak.

Katanya kepada portal Murai, “sebenarnya ketika diminta oleh pengarah, Ismail Bob Hashim untuk menari dalam beberapa babak, terus-terang saya katakan saya tidak pandai menari langsung, apatah lagi menari tarian Jaipong.

“Namun ketika lagu itu diperdengarkan kepada saya ketika babak tarian, dengan tiba-tiba saja saya boleh menggerakan jari jemari untuk menari sehingga tamat babak. Selepas tamat sahaja lagu itu, saya sendiri tidak tahu apa yang saya dah buat,” ujarnya.

Sejurus selesai merakamkan adegan itu, pengarah terus memuji tarian kakak kepada Nelydia Senrose sedangkan dia melakukannya dalam keadaan tanpa sedar kerana merasakan seperti ada sesuatu yang merasuknya pada ketika itu.

Diganggu makhluk halus ketika sedang menjalani penggambaran bukan lagi menjadi perkara asing bagi sebilangan besar pelakon dan krew sesebuah produksi itu.

Kerana itulah, setiap kali memulakan penggambaran di sebuah lokasi yang terpencil atau usang, selalunya khidmat ustaz diperlukan untuk bacaan doa agar keselamatan semua yang terlibat terjaga.

Buat penggemar filem seram tempatan, jangan lupa saksikan Paku Pontianak bermula Khamis ini di pawagam berhampiran anda.



Sumber

0 comments:

Post a Comment