Video Klip Anuar Zain Dan Elina Tahun 1986 (VIDEO)

Anuar Zain
Memandangkan sambutan Aidilfitri tinggal dua tiga hari sahaja lagi untuk disambut seluruh negara. Eloklah kami semarakkan sedikit semangat menyambut lebaran yang bakal menjelang.
Kita pasti sentiasa mendengar lagu alunan Anuar Zain dan Elina setiap kali musim Aidilfitri yang bertajuk “Suasana Hari Raya”.
Berapa ramai pula antara kita sudah menonton video klip lagu berkenaan yang disiarkan pada tahun 1986 dalam satu program Gema Hari Raya.
Tidak diketahui siapa pengacara program walaupun cuba dijalankan sedikit carian berkenaan program berkenaan.
Namun pesanan yang sentiasa ada pada setiap kali Aidilfitri ialah pesanan supaya jangan bermain mercun.
Menurut pengacara program ini dengan kata-katanya yang lembut.
“Adik-adikku sayang, Raya raya jugak ya jangan main mercun, dah nampak. Kita dah dengar, malah kita nampak di TV kanak-kanak yang main mercun, ada yang putus tangan, ada yang mati pun ada, kita bergembira dan kalau boleh dengar cakap mak bapak,” katanya.
Bagi kami, memang legenda betul ucapan pakcik di dalam program Gema Hari Raya zaman “old school” ini.
Kita juga berpeluanglah menonton semula video klip ini yang saya sendiri pun tidak pernah menontonnya lagi sejak tahun 1986.

Tonton VIDEO di bawah ini



Sumber

0 comments:

Post a Comment